Menghadapi batuk yang berterusan memang sangat memeritkan. Ditambah pula dengan kewujudan kahak yang menyebabkan ketidakselesaan di kerongkong dan tekak. Sampai loya dibuatnya.
Inilah dugaan yang paling mencabar, selain penat membatuk dan standby tisu untuk keluarkan kahak, kerapkali juga terkencing bila batuk tiba² menggila, terlalu kerap, kuat dan berlanjutan. Terasa macam ada sesuatu menekan-nekan pundi kencing.. memang tersiksa betul lah..
Saya compile kan petua-petua dari pakcik google, majalah, dan nasihat atuk-nenek untuk panduan menghadapi situasi batuk dengan petua tradisi. Sedikit tips menghilangkan batuk berkahak warisan daripada nenek moyang kita dahulu yang boleh dikongsi :
Petua #1 :
- limau kasturi
- madu lebah asli
- halia
Tumbuk halia sampai lumat, kemudian ambik jusnya. Campurkan dengan madu & perahkan limau – Campurkan semua dan minum sehingga batuk anda hilang.
Petua #2 :
- limau kasturi
- kicap manis
2-3 biji limau nipis diperah diambil jusnya. Jus limau nipis dicampur dengan kicap manis. Minum 3 kali sehari sehigga batuk beransur pulih sepenuhnya.
Petua #3 : SAYA PALING SUKA PETUA NI DAN INILAH YANG SAYA BUAT BILA BATUK. SEDAP DAN MUJARAB!
- lemon
- madu
- lozenges fisherman friend
Masukkan satu sudu madu ini kedalam gelas berisi air suam. Perahkan lemon dan Kacau sehingga sebati. Amalkan minum 2-3 kali kali sehari sehingga batuk dan sakit tekak anda sembuh. Makan satu demi satu sebanyak 3 biji lozenges fisherman friend secara berturut untuk kelegaan kerongkong anda!
Petua #4 :
- 2 ulas bawang putih bakar
Bawang putih dibakar selama lebih kurang 2 minit. Kemudia kupas kulitnya dan makan bawang tersebut. Amalkan setiap malam hingga batuk tiada lagi.
Petua #5 :
- Air rebusan (jus) epal merah
- ***saya minum jus epal merah yang instant. rasanya natural, masam dan sedap! (saya beli ni di COSWAY)
Epal merah direbus dan diambil jusnya lalu diminum setiap hari sehingga batuk anda sembuh.
Petua #6 :
- daun pudina
- gula batu
Rebus beberapa ketul gula batu bersama 8 helai daun pudina selama 5 minit. Minum air rebusan sekerap yang mungkin sehingga batuk anda hilang.
Petua #7 :
- madu
- limau nipis
- air suam
3 biji limau nipis diperah diambil jusnya sahaja, 1 sudu kecil madu dan segelas air suam. Campurkan semua bahan, kacau dan minum.
4,728 total views, 1 views today
KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE
PROMOSI TERKINI
KATEGORI
ENTRI POPULAR
ARKIB
APA KATA MEREKA TENTANG VIVIX
APA LAGI YANG MEREKA KATA PASAL VIVIX
HOT LINKS
LIVE TRAFIK
JUMLAH PENGUNJUNG SEJAK NOVEMBER 2015
You’re the writer of your life
JANA PENDAPATAN DARI RUMAH DENGAN KAMI