Y.E.S !!! MUKTAMAR GILANG GEMILANG UNTUK WARGA SID YANG SELALU ORANG JELES

Kurang lebih setahun berlalu. Esok harinya tiba lagi. Majlis Anugerah HASIL. Tapi kali ini bukan saya, turn kawan sebelah, satu team, rakan seangkatan.

Tahun sudah, saya dirai. Alhamdulillah. Setelah 5 tahun berkhidmat. Masa tu tengah preggy. Rezeki adik Ain. :)

Sejak zaman belajar dulu, di sekolah rendah dan menengah akan diadakan majlis anugerah cemerlang untuk pelajar-pelajar yang menunjukkan keputusan dan prestasi yang membanggakan.  Ia khusus bagi meraikan usaha gigih pelajar-pelajar yang telah belajar bersungguh-sungguh di sepanjang tahun.

Seperti juga syarikat-syarikat lain yang akan kebiasaannya akan mengadakan majlis anugerah mereka yang tersendiri sebagai tanda terima kasih kepada pekerja-pekerjanya yang telah menyumbang kepada keuntungan dan pembangunan organisasi.

Kesemua majlis yang dianjurkan ini tidak lain dan tidak bukan adalah bertujuan untuk menzahirkan rasa penghargaan kepada mereka yang telah berjaya, berkongsi rahsia kejayaan, disamping menyuntik semangat kepada yang lain-lain agar terus berusaha dan meraih kejayaan sama seperti mereka.

Begitu jugalah dengan menganjuran majlis eksklusif yang diberi nama Shaklee National Conference yang berlansung  bertempat di Mines International Exhibition Convention Centre (MIECC), pada awal Jun yang lepas.

Setiap tahun, Shaklee akan mengadakan majlis penganugerahan untuk setiap daripada ahlinya yang telah bertungkus-lumus berjuang sepanjang cycle tahun sebelumnya. Untuk tahun ini, National Conference Shaklee atau lebih dikenali sebagai NC diadakan pada 6-7 Jun 2015 bertempat di MIECC, Seri Kembangan Selangor.

Majlis gilang-gemilang ini diadakan khas pada setiap tahun adalah untuk meraikan mereka-mereka yang layak dengan penganugerahan berupa wang tunai dan trofi kristal. Ini sebagai menghargai penat lelah pengedar-pengedar nya yang telah mencapai target diri dan kumpulan masing-masing. Kerlasss sangat tau! Ala-ala Superstar Awards gituh. :)

Antara awards atau kategori anugerah yang diberikan pada hari tersebut ialah Superstar Award, Car Bonus Achiever, Leadership Consistency Bonus, Bussiness Growth dan Million Dollar Earner.

Jom kita layan video pulak betapa happeningnya suasana sekitar hari tersebut.

National Conference Shaklee 2014/2015 Highlights!

National Conference Shaklee 2014/2015 Highlight from iReach HD on Vimeo.

Memang sangat happening di mana kami bukan sahaja berpeluang meramas mesra dengan emak, nenek, super grandma dan adik-beradik lain malah juga dapat mendengar perkongsian yang sangat memberi inspirasi.

Apa yang best, anak-anak dan keluarga pun boleh diangkut sekali bagi memeriahkan majlis. Siap ada Day Care Room untuk budak-budak bermain dan menajamkan minda mereka. Memang family bisnes sangat!

Selain penganugerahan, terdapat juga pelbagai booth-booth kesihatan yang menarik serta padat dengan informasi kesihatan yang dikongsikan bersama sesiapa yang hadir.

Tahun ni adalah kali pertama saya menyertai NC dengan anak didik yang sama-sama ingin menyedut aura kejayaan. Untuk menyuntik semangat dan sama-sama berkongsi kisah suka-duka perjalanan bisnes yang penuh ranjau dan onak duri.

Bagaimana kita hari ini dapat mencorakkan sendiri gaya hidup kita pada hari-hari mendatang hanya bermula dengan memasang impian yang tinggi.

Kali ini juga, saya hadir dengan doa dan harapan agar tahun seterusnya nanti saya akan layak berada di pentas. Beli tiket harga RM30, dapat goodie bag berisi shaker limited edition, 4 sachet shaklee collagen powder dan voucher bernilai RM50. Memang sangat seronok dan berbaloi-baloi. :)

goodies bag untuk pengunjung NC di MIECC

 

 

 

 

 

 

Buat semua Qualifiers, rakan-rakan SID, tahniah sekali lagi dan semoga terus maju jaya!

Sangat-sangat seronok dan berbaloi. :)

Tahun depan, saya pasti kembali dengan tiket Free!!!! :)

483 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation