WASPADAILAH SIMPTOM TIROID YANG BOLEH MENJADI KANSER JIKA TIDAK DIRAWAT

tiroid

tiroid

Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid yang berfungsi mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga).

Kaum wanita adalah lebih mudah dan sering dikaitkan dengan penyakit ini.

Apa itu tiroid ?

Tiroid juga dikenali sebagai thyroid gland atau kelenjar tiroid. Ia berbentuk seperti rama-rama dan terletak di pangkal leher, di bahagian depan saluran pernafasan atau trakea dan saluran makan, betul-betul di bawah halkum. Ia juga boleh dirasai dengan sentuhan tangan. Tiroid berperanan mengawal dan menjalankan beberapa fungsi utama dalam badan kita.

Kelenjar yang kecil ini biasanya tidak jelas kelihatan, jadi ianya selalu diabaikan. Hinggalah apabila timbulnya benjolan, gangguan hormon, atau terjadinya komplikasi, barulah kita mula menyedari akan kewujudan tiroid yang seringkali dianggap tidak penting. Penyakit tiroid samada hypertrodisme (goitre, grave disease, thyroditis) atau hipotrodisme berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon di dalam tubuh.

Hormon tiroid berfungsi mengawal kadar metabolisma di dalam tubuh kita. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, tiroid berperanan membantu tumbesaran dan berikteraksi dengan hormon lain di dalam badan.

Bercakap mengenai penyakit tiroid, kita seringkali akan menggambarkan seorang pesakit yang mengalami bengkak di kawasan depan leher dengan tubuh badan yang kurus dan lemah. Mereka ini biasanya mengalami pembesaran pada kelenjar tiroid sekitar dua hingga tiga kali dari ukuran yang sewajarnya. Namun, tidak semua pesakit mempunyai ciri-ciri dan simptom yang sama kerana tiroid itu sendiri terdapat dalam 2 kategori.

Hypothyroidism dan hipertiroidisme adalah dua keadaan utama yang mempengaruhi kelenjar tiroid samada gangguan di mana kelenjar tiroid tidak dapat menghasilkan jumlah kelenjar tiroid yang mencukupi atau sebaliknya.

Apabila kelenjar tiroid tidak aktif, ia akan menyebabkan penurunan kadar metabolisme tubuh, menjejaskan pengeluran tenaga dan mengakibatkan kenaikan berat badan. Tidak hairanlah jika kita dapati penghidap hipertiroidisme yang mempunyai kadar hormon tiroid berlebihan, tetap kurus walaupun kuat makan. Ia adalah disebabkan oleh penyakit auto-imun yang meransang antibodi tubuh menghasilkan hormon tiroksin yang terlalu banyak dan terlebih-lebih.

Diagnosis dan Ujian Fungsi Tiroid

Bilakah ujian fungsi tiroid perlu dijalankan ?

Anda mungkin akan menghidap penyakit-penyakit lain susulan daripada perjalanan fungsi kelenjar tiroid yang tidak teratur. Leher anda perlu diperhatikan kerana kelenjar tiroid akan bergerak dengan tindakan menelan. Jika dipegang, boleh dirasai bentuk kelenjar dan juga pergerakannya dengan menelan.

Di hospital, beberapa ujian perlu dilakukan seperti ujian darah untuk hormon-hormon yang terlibat (T4 dan TSH). Ujian darah dijalankan bagi mengetahui fungsi tiroid dalam tubuh seseorang individu. Selain itu, x ray dada, CT scan dan ultrasound pada leher juga dilakukan. Jika disyaki terdapat risiko kanser, biopsy menggunakan jarum halus untuk mengambil contoh tisu tiroid akan dibuat.

Antara simptom-simptom yang mungkin berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon tiroid di dalam tubuh ialah :

  • mudah mengantuk, letih serta penat
  • perubahan berat badan yang mendadak
  • selera makan makin bertambah, tetapi berat badan mula menurun
  • kerap membuang air besar
  • emosi tidak stabil – mudah marah
  • gelisah, gementar dan berdebar-debar
  • terasa panas – suhu badan naik secara tiba-tiba
  • sering berpeluh
  • penglihatan terjejas
  • insomnia (mengalami masalah sukar tidur)
  • kemurungan
  • kaki membengkak
  • malas dan kuat tidur

Apabila ada peningkatan hormon-hormon ini, ia bermakna metabolisma badan meningkat dan begitulah sebaliknya akan berlaku jika hormon terbabit dikurangkan.

Dengan metabolisma yang tinggi, anda mungkin berasa panas dan begitulah sebaliknya. Jadi kelenjar tiroid membantu fungsi badan anda berjalan pada kadar yang selamat dan berkesan. Kawalan kelenjar ini dilakukan oleh kelenjar pituitari pada otak, melalui hormon perangsang tiroid.

Apabila hormon tiroid terlebih (terlalu banyak), penyakit hipertiroidisma akan berlaku dan sekiranya hormonnya tidak cukup atau terlalu sedikit, ia berkaitan pula dengan penyakit hipotiroidisma.

Adakah tiroid merbahaya ?

Ianya akan jadi merbahaya jika tidak diberi rawatan selanjutnya kerana TIROID JUGA BOLEH MENJADI KANSER.

Tiroid yang sihat membantu kita hidup dengan sihat dan normal, menjalankan aktiviti harian dengan baik, serta hamil seterusnya melahirkan bayi yang sihat. Gangguan hormon tiroid berisiko menimbulkan berbagai penyakit termasuklah mengganggu kesuburan.

Hormon tiroid yang berlebihan juga boleh membahayakan, kerana ia boleh menyebabkan komplikasi pada jantung, mata, dan organ penting lain, yang sukar dirawat. Kekurangan hormon tiroid pula boleh memperlahankan dan mengganggu aktiviti sel-sel di dalam tubuh.

Pesakit yang mengalami penyakit HIPOTIROIDISME mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala bergantung kepada aras hormon tiroid.

Bagi yang mengalami sakit HIPERTIROIDISME pula, iodin beradioaktif diberikan untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan.

Nak tahu tak?

Sempena bulan promosi Vitamin E, saya kongsikan satu lagi kelebihan Vitamin dengan ekstrak grape seed ini yang bukan sahaja kaya dengan anti-oksidan, malah dapat membantu pesakit tiroid (jenis hypotiroid).

  • Salah satu penyebab hipotiroidisme adalah autoimmune atau kehadiran antibodi terhadap sel tiroid dalam badan. Sekiranya antibodi ini dapat dikurangkan, maka lebih banyak hormon dari kelenjar tiroid akan dihasilkan.
  • Kelebihan vitamin E Shaklee ialah mengandungi 10mg selenium semulajadi. Ia diperlukan dalam proses penukaran T3 dan juga mengurangkan antibodi kepada tiroid
  • Vitamin E bersifat anti-oksidan (juga vitamin A dan C) yang berupaya melawan radikal-radikal bebas (kajian menunjukkan pesakit hipotiroidisme mempunyai tahap antioksidan yang rendah)
  • Walaubagaimanapun, pesakit tiroid jenis ini tidak boleh mengambil alfalfa, vitalea dan zink kerana ia boleh memberikan tindak balas autoimmune di mana ia akan melemahkan daya tahan menjadi tidak berkesan

Jadi, kenali dan waspadailah tiroid kita. Sekiranya anda rasa diri anda mempunyai tanda-tanda atau simptom-simptom seperti yang dinyatakan di atas, jangan tunggu atau bertangguh lagi untuk berjumpa doktor.

Dengan sedikit ilmu pengetahuan mengenai kelenjar tiroid, kita boleh mengambil langkah yang sepatutnya untuk mencegah dan mengubati tiroid, mengubah gaya hidup menjadi lebih sihat, serta memilih doktor yang tepat untuk membincangkannya dengan lebih spesifik sekiranya terdapat keraguan.

3,649 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation