VIVIX, MINUMAN ANGGUR TERBAIK TANPA ALKOHOL UNTUK IBU BERPANTANG DAN MENYUSU

Dalam brestfeeding course yang saya pergi baru-baru ni, selain topik berkenaan penyusuan kami juga berbincang tentang beberapa isu berkaitan amalan berpantang mengikut kaum.

Saya berpeluang belajar dan mendegar sendiri kisah-kisah berpantang rakan-rakan yang berbeza budaya. Cerita yang lansung saya tak pernah sangka dan tahu sebelum-sebelum ni. Menarik sangat, sebab peserta-peserta kursus kami memang berbilang bangsa.

Antara yang menarik ialah tempoh berpantang 30 hari kaum hokkien yang mengamalkan meminum arak sebagai salah satu kaedah mempercepatkan pemulihan selepas bersalin.

Arak tersebut akan dimasukkan ke dalam makanan berpantang bersama-sama ayam, halia dan rempah lain kerana dipercayai membantu mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin disamping dapat mengembalikan semula tenaga yang hilang semasa proses kelahiran.

Di sinilah point yang kami bincangkan, tentang kemudaratan alkohol yang terkandung dalam minuman arak tersebut kepada bayi yang menyusu badan.

Dalam keadaan tertentu, pemakanan ibu boleh menjejaskan bayi. Pengambilan kopi dan alkohol dalam jumlah yang banyak contohnya, telah dibuktikan boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan bayi.

Walau bagaimanapun, pengambilan kafein yang sederhana serta alkohol secara terhad dibolehkan dengan syarat, kuantiti yang diambil juga harus mengambil kira umur bayi – lebih kecil umur bayi, semakin kurang yang harus diambil.

Kandungan alkohol dalam susu ibu apabila ditelan

Semua bahan termasuklah alkohol, makanan (sihat atau tidak), pil ubat yang masuk ke dalam tubuh ibu, boleh disalurkan kepada bayi melalui susu ibu. Oleh sebab itu, sangat penting bagi ibu untuk menjaga pemakanannya.

Minuman beralkohol akan diserap ke dalam darah dengan cepat. Oleh sebab itu, selepas minum arak mereka dilarang memberikan susu kepada bayi direct melalui payudara, sebaliknya susu tersebut perlulah diperah terlebih dahulu sebelum ibu minum sebarang unsur alkohol.

Wain di dalam darah boleh dikesan selepas 30 minit selepas diminum. Kira-kira 10% daripada semua yang masuk ke dalam aliran darah akan masuk ke dalam susu ibu.

Sebuah kajian baru oleh American Academy of Pediatrics yang diterbitkan dalam jurnal Pediatrics menemui bahawa ibu menyusu yang minum alkohol dan merokok akan menurunkan kemampuan kognitif anak.

Kajian juga menunjukkan bahawa alkohol akan menjejaskan rutin makan dan tidur bayi. Walaupun bayi yang menyusu badan selalunya lebih cepat mengantuk dan lebih mudah tidur selepas ibu minum alkohol, mereka juga lebih kerap terbangun dari tidur.

Masa penghapusan alkohol bergantung pada dos, serta berat ibu. Secara puratanya, ia mengambil masa sekitar 2-3 jam untuk hilang sepenuhnya dari tubuh ibu. Dikatakan juga hanya 0.5 g alkohol yang dibenarkan untuk setiap kilogram jumlah berat badan ibu.

Kebaikan dan manfaat minuman wine (anggur merah)

Mengandungi Tinggi Resveratrol

Resveratrol membantu meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan terkenal kerana memiliki kandungan antioksidan yang dapat meningkatkan tahap kesihatan.

Kaya dengan zat besi

Zat besi berfungsi membawa oksigen melalui aliran darah dari paru-paru ke seluruh otot tubuh dan sistem organ lain.  Kekurangan zat besi akan mengganggu pengaliran oksigen akan dalam tubuh yang membuat mudah merasa letih, lesu, dan kelihatan pucat.

Merendahkan risiko kanser

Anggur merah dapat mencegah kanser pada wanita. Penelitian dari Cedars-Sinai Medical Center menemui bahawa anggur merah berupaya menurunkan paras estrogen.

Mengatasi masalah sembelit

Sembelit adalah masalah biasa yang selalu terjadi, terutamanya pada ibu-ibu dalam pantang. Untuk mengatasi masalah sembelit, pengambilan buah-buahan beri yang kaya fiber akan sangat membantu. Kandungan air yang tinggi, anggur akan membantu meransang pergerakan usus yang sihat.

Mengekalkan berat badan sihat dan ideal

Kajian menemui orang yang meminum wine setiap hari memiliki berat badan yang lebih rendah. Peminum wine dalam jumlah secukupnya memiliki pinggang yang lebih kecil dan kurang lemak pada perut kerana ia berupaya membakar kalori di dalam tubuh.

Vivix, minuman berpantang alaf baru yang HALAL, diuji secara klinikal sesuai sebagai alternatif minuman beralkohol yang SELAMAT untuk ibu-ibu berpantang

1 HIDANGAN VIVIX bersamaan dengan 200 gelas WINE MERAH

perbandingan vivix dan wine merah

Vivix – Kaya dengan polifenol dan resveratrol

Minuman botani (dari sumber tumbuhan) yang merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang sangat kaya dengan polifenol.

Vivix – Mempunyai hak Paten.

Hak Eksklusif/ Hak Cipta Terpelihara yang telah diperolehi untuk produknya, formulasinya. Ia bermakna tiada yang seumpamanya di dunia selain Vivix dari segi kandungan bahan, gabungan polifenol lain, teknik penghasilan. Satu-satunya minuman anti-oksidan yang diuji secara klinikal oleh saintis antarabangsa.

Vivix – Tinggi kandungan anti-oksidan

Vivix menggunakan anggur muscadine sebagai kandungan utama. Mempunyai kandungan resveratrol yang tinggi dan tinggi antioksidan mampu melawan radikal bebas.

Vivix – Semulajadi, tanpa pengawet dan penstabil

Kalau diletak di atas meja, Vivix tak meruap. Kalo dialihkan ke dalam freezer, Vivix takkan membeku. Inilah bukti bahawa TIADA CAMPURAN BAHAN LAIN dalam Vivix walaupun air atau gula. Bukan kerana bantuan bahan-bahan kimia tetapi semata-mata kandungan bahan botani Vivix yang TULEN. 

Vivix – Mempercepatkan proses pemulihan luka luaran dan dalaman

Cakap banyak pun tak guna, jom kita tengok testimoni ibu-ibu yang sangat berpuas hati selepas merasai sendiri pengalaman berpantang dengan Vivix

wpid-fb_img_15546440501127662965074724378161.jpg

wpid-fb_img_15546440670565560728747340186887.jpg

wpid-fb_img_15546440898311359044073929702130.jpg

wpid-fb_img_15546440998681882651338581704563.jpg

Dapatkan Vivix untuk persediaan berpantang dengan menghubungi saya untuk bantuan kerana anda berpeluang mendapat keahlian dan postage PERCUMA dengan pembelian 2 botol Vivix (penjimatan sehingga 20% harga ahli) beserta hak eksklusif mendapatkan konsultasi penggunaan produk secara berkesan.

 

237 total views, 5 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation