VITAMIN CINTA SHAKLEE

Psttt..psttt..

Kena fikir berkali-kali sebelum post unsur-unsur begini..ishkk ishkk.. malu tapi sangatttt teruja mahu kongsi dengan anda…kikiki…

Sejak mengenali dan seterusnya mula jatuh cinta dengan Shaklee… kehebatannya, keunikannya, kemujarabannya, keasliannya.. saya mula mencuba, terus mencuba, menambah satu demi satu koleksi vitamin dalam almari ubat (sekarang nak tukar nama jd almari hikmat sebab semuanya vitamin, bkn lg ubat)..

Saya bermula dengan hero Malaya si Ostematrix dan Bapak segala Ikan, Omega Guard Shaklee..

Selepas bersalin, saya diperkenalkan dengan Set Berpantang, seterusnya Set Menyusu Shaklee..

Pada suatu hari, selepas diperkenalkan dan disogokkan dengan kelebihannya, saya terjebak membeli Vitamin E Complex Shaklee pula! (sambil urut dada)..

vita e 1

ANTARA MANFAAT LAIN VITAMIN E SHAKLEE :

  • Awet muda
  • Membaiki peredaran darah, memperbaiki tisu, rawatan PMS
  • Mengurangkan parut
  • Meningkatkan kesuburan untuk lelaki & juga wanita
  •  Kulit dan rambut sihat, cantik & lebat
  • Merawat masalah keintiman
  • Merawat masalah seksual lelaki
  • Mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan pengisap rokok
  • Vitamin E juga boleh dijadikan sebagai masker semulajadi

Vitamin E larut dalam lemak di mana ia berupaya menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat, serta meningkatkan fungsi paru-paru, kolon serta imun tubuh. Ia juga terbukti efektif meningkatkan fungsi daya tahan tubuh.

Mula-mula makan, jerawat keluar dengan banyaknya.. hidup-hidup saya musnahkan..memang puasss!

Melalui pembacaan saya juga, kandungan anti-oksidan nya memang agak kuat..jadi no wonder jadi begitu.. So, saya switch plan drpd makan, kepada pakai.. Alhamdulillah.. sapuan minyak grape seed extract (ekstrak biji angggur) daripada softgel vitamin E yg saya sapu di sekitar muka dan kawasan sekitar jerawat menunjukkan kesan yg sangat positif.. jerawat yg timbul mula mengecut dan parut juga mula pudar setelah beberapa hari.. memang tak hilang terus, tapi serius nampak perubahannya.. ikut hati memang nak makan vitamin E ni, tapi atas sebab-sebab kesihatan, doctor tak galakkan saya ambil vitamin ni secara oral buat masa ni.. uhuhuhu…

Kalau ditanya, saya memang suka sapu pada muka, tapi yang saya tak suka nya ialah bila si kenit tu suka korek-korek dan gentel-gentel muka saya masa menyusu nak tido.. Sebotol vitamin E dengan 120 capsul ni sebenarnya terlalu banyak utk dihabiskan hanya dengan penggunaan luaran..

Tilik punya tilik, expiry date adalah pada Ogos 2014, jadi saya kena habiskannya sebelum itu!! oh sayang kalau terexpired begitu sahaja.. Fikir punya fikir, kemudian saya dapat ilham utk beri saja vitamin ni pada makcik yang masih boleh digelar “pengantin baru”, yang masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata..

………………………………………………………………………

Selepas seminggu stok Vits E Complex diwariskan pada ahli keluarga saya yang sorang tuu…

………………………………………………………………………

Hari ni Ahad 16/4/2014, abah panggil jiran-jiran dan sedara-mara ke rumah sempena seekor kambing yang di aqiqahkan atas nama along yang minggu depan akan bergelar seorang suami…

Berduyun-duyun makcik, pakcik, adik, menantu, ipar-duai, beras dan biras semua berkumpul..

Saya? Dah macam berparty Tupperware ditanya itu ini pasal Shaklee.. makanan minda anak-anak Omega Guard utk tingkatkan prestasi pembelajaran.. vitamin kuruskan badan, sehinggalah set utk penghidap darah tinggi dan kencing manis! wahwahwah… SERONOK!

Sebelum balik, saya tertanya pada salah seorang makcik, si bertuah penerima Vitamin E ku..

saya : Eh, macamana? pak…. dah makan vitamin e tu? ada beza tak?

makcik : (mula pelik) kenapa awak Tanya?

saya : Takdelah..saja nak tau..org panggil tu vitamin Cinta, tapi saya tak pernah la pulak try dkt kheri..

makcik : Ya Allah..kakngah..yeke? patutlah.. saya dah agak dah.. saya nak Tanya ni.. vitamin e tu.. !#$#^%$%^%*^*()*(&*#$%$$^$ ke? (tiba-tiba saya rasa sangat malu nak ulas kat sini?) saya dah perasan dia lain sejak seminggu ni. yelah, sejak makan benda tu..

saya : erk.. (dalam hati rasa fuhh legaaa…hehehe) nasib baik tak pernah kasi si suami makan..hehehe..

makcik : patutlah dia pun rajin makan benda tu..hari-hari tak miss.. dia pun dah rasa lain kot..

saya : senyum. terbayang perenggan dalam buku nota : Ia digelar Vitamin Cinta kerana membantu masalah kedinginan antara suami isteri. Vitamin E Shaklee berupaya meningkatkan kemampuan seksual dengan memberikan oksigen yang lebih. senyum.. (akukah yang bersalah?) kikikiki…

Vitamin E Shaklee – Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif.

Lelaki yang mengambil 600IU – 800IU Vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka!

couples

Cerita di atas adalah khusus utk golongan yang telah berumahtangga, sebarang salah faham atau salah tafsir tidak menjadi tanggugjawab penulis..

1,209 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation