VIRUS ZIKA YANG BUAT KEPALA DAN OTAK BABY CACAT DAH SAMPAI MALAYSIA? OH TAKUTNYAAA…

Akhir-akhir ini ramai mak mengandung yang takut dengan penularan virus zika. Ia kini khabarnya sedang mengamuk di seluruh kawasan Benua Amerika dan telah banyak kes berlaku di mana ramai ibu-ibu hamil yang sudah dijangkiti di Brazil dan Columbia.

Tengok berita semalam, nampak berderet wanita dengan perut memboyot tengah tunggu turn nak checkup, terus terdetik dalam hati.. “nasib baik bukan tengah mengandung”

Eh.. aku pun sama takut macam diorang jugak ke?

Apa Itu Virus Zika?

nyamuk aedes egypty pembawa virus zika

Virus Zika adalah virus yang menular dan tersebar melalui nyamuk Aedes aegypti yang juga penyebab demam denggi. (nyamuk aedes ni banyak jenis dan spesies). Ia juga tergolong dalam keluarga virus penyebab penyakit lain seperti demam denggi berdarah, penyakit kuning, penyakit chikungunya dan JE.

Antara gejala awalnya ialah demam, ruam, sakit sendi dan conjunvitis (mata menjadi merah). Ia juga kadangkala disertai rasa loya, pening, pedih ulu hai, tidak selesa di perut serta rasa lemah dan lesu yang teruk.

Nyamuk jenis ini sangat jarang ditemui di kawasan Asia Tenggara kerana ia berasal dari Afrika, Amerika, Asia, dan Pasifik. Mendapat nama Zika bersempena dengan hutan Zika di Uganda di mana penyakit ini mula sekali dikesan di tempat tersebut.

Baru-baru ini pula ada berita yang mengatakan ia sudah sampai di Malaysia?

Takutnyaaaaaa…. Betul ke ni?

Virus Zika dan kesan pada ibu mengandung

Badan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengesahkan tentang perkaitan di antara virus zika dalam kehamilan dengan microcephaly (keadaan bayi yang dilahirkan dengan kepala yang lebih kecil dan otak yang tidak sempurna perkembangannya).

Kaitan antara virus Zika pada ibu hamil dengan kejadian cacat microcephaly (ukuran otak yang kecil) pada bayi yang dilahirkan belum terbukti secara ilmiah, namun telah banyak penemuan ke arah itu. Ia termasuklah rekod di Brazil (salah satu kota di Amerika Latin) dengan kes Virus Zika yang tinggi pada tahun 2015, terdapat peningkatan signifikan kes bayi baru lahir dengan sindrom microcephaly.

Walau bagaimanapun, tidak semua wanita hamil yang menghidap zika akan melahirkan bayi seperti ini. Para saintis juga masih lagi mengkaji mengapa sesetengah bayi terjejas dan sesetengah yang lain tidak.

Virus Zika yang disebut-sebut ni hanyalah satu daripada faktor yang boleh menyebabkan bayi lahir dengan kecacatan pada tumbesaran otak dan kepala, apabila ia sudah menjangkiti ibu yang sedang hamil.

Kelahiran bayi dengan kepala dan otak yang tak sempurna juga boleh berlaku akibat kekurangan nutrisi dan zat tertentu semasa ibu sedang mengandung. Sebab itulah, mak-mak yang bawak baby dalam perut ni takboleh malas-malas atau skip makan vitamin tau!

Baca : Kenapa Set Lengkap Kehamilan Shaklee sangat berbaoli dimiliki

microcephaly

Memang dah lama ada kes-kes bayi yang dilahirkan dengan kepala dan otak yang kecil kerana perkembangan dan tumbesaran yang tidak sempurna kejadiannya semasa dalam rahim ibu, walaupun ketibaan Virus Zika ini hanya khabar angin sepoi-sepoi bahasa.

Di Malaysia atau di negara-negara luar.. sindrom anancephaly atau microcephaly yang berkait dengan sistem saraf tunjang bayi ini sudah banyak terjadi.

Kecacatan bayi dengan kepala kecil

Apa yang paling ditakuti sebenarnya ialah jika berlaku pertumbuhan otak dan sarung kepala yang tidak normal. Kemunculan virus zika ini akan menyerang jaringan otot dan sistem saraf termasuk sistem saraf pusat di otak janin dalam kandungan. Ia adalah sejenis gangguan neurologi pada bayi baru lahir dengan kranium dan otak yang lebih kecil daripada biasa.

Menurut sumber berita daripada CNN – Berdasarkan data tahun 2015, ribuan kes Zika dicatatkan di mana lebih 500 kes dihidapi oleh ibu hamil pada bulan Disember. Dari angka tersebut pula, 150 kes ibu hamil melahirkan bayi dengan microcephaly. Secara totalnya, jumlah peningkatan bayi dengan microcephaly mencecah hingga 4000 kes sepanjang tahun 2015 hingga Januari 2016 tahun ini.

Biar betul! Banyak tuuu..

Bahaya Virus Zika

Meskipun begitu, belum ada kenyataan pakar bahawa virus ini tidak merbahaya dan masih lagi sedang dikaji. Namun setakat ini tiada lagi kes kematian akibat Virus Zika. Ia tidak dikategorikan sebagai merbahaya jika tidak muncul simptom seperti gangguan sendi, sakit kepala yang melampau, serta ruam yang membuat kulit terasa gatal.

Sama juga seperti denggi, buat masa ini masih belum ada ubat mahupun rawatan yang spesifik. Ia biasanya akan sembuh dengan sendirinya tanpa pengambilan ubat yang serius. Antara saranan paling efektif daripada doktor ialah untuk memastikan tubuh sentiasa terhidrat dengan kuantiti air yang mencukupi, serta meningkatkan dos vitamin C, E, B, dan A untuk mengukuhkan sistem kekebalan tubuh untuk menentang Virus Zika secara semulajadi. Banyakkan rehat.

Dengan keadaan tubuh yang baik, penyakit akibat jangkitan Virus Zika Virus akan beransur pulih dalam tempoh sekitar 7-12 hari

Kita boleh mengambil inisiatif untuk meningkatkan fungsi imun tubuh melalui pemakanan tambahan dengan kandungan interferon atau suntikan interferon (mengandungi bahan kimia) yang digunakan dalam bidang perubatan.

Selain itu, langkah-langkah pencegahan juga tidak harus dibuat main atau sambil lewa :

  • elakkan berada di luar rumah pada waktu lewat petang atau hampir senja
  • tidurlah menggunakan kelambu, terutama jika pulang ke kampung halaman yang ada sawah dan paya
  • sentiasa pakai pakaian berwarna terang (nyamuk suka tempat gelap-gelap)
  • pastikan kawasan rumah sentiasa bersih tanpa takungan air yang boleh bantu nyamuk membiak
  • hapuskan tempat-tempat yang berisiko seperti pasu bunga dan longkang yang tersumbat

Mencegah lebih baik dan mudah daripada merawat. Nak menghindar gigitan nyamuk yang bawa virus memang kita tak mampu. Aedes albopictus yang kakinya berbelang hitam putih merupakan spesies yang sering ditemui di Asia. Zika atau denggi, jika dah meninggalkan virusnya pada kita, dua-dua pun boleh memudaratkan.

Tak sanggup lagi dah rasanya merasa kali kedua pengalaman dijangkiti denggi 6 tahun lalu..

Kata abi, sekarang Shaklee kan ada?

Betul, dia sendiri yang COD kan Set Demam Denggi Shaklee pada customer merangkap bekas officemate saya yang suaminya collapse akibat denggi.

Iya, Shaklee cuma asbab, Yang Menyembuhkan dan Memberikan Kesembuhan itu Allah Yang Maha Kuasa. :)

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia

COD available di Bandar Baru Bangi, Kajang dan kawasan sekitar

Nusaybah Anuwar 019-3832656

1,458 total views, 1 views today

One Thought on “VIRUS ZIKA YANG BUAT KEPALA DAN OTAK BABY CACAT DAH SAMPAI MALAYSIA? OH TAKUTNYAAA…

  1. Pingback: KESAN KURANG VITAMIN BAYI LAHIR OTAK CACAT | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation