UJIAN PAP SMEAR DAN KANSER SERVIKS, SUATU PILIHAN ATAU KEWAJIPAN BUAT WANITA?!

Pap Smear.

Tak pernah terbayang saya akan sebut perkataan-perkataan macam ni. Selalu dengar masa anak dara dulu, tapi masa tu setakat dengar je, tak teringin pun nak ambil tahu.

Sekarang?

Bukan setakat tahu istilah, tapi dah merasa pun macam mana ujian Pap Smear tu. Dah dewasa rupanya aku. Dah jadi mak orang pun.

Sebenarnya, saya terlintas nak membebel pasal ujian Pap Smear ni sebab sehari-dua ni ramai kawan-kawan seusia yang duk bercakap pasal Pap Smear. Katanya takut nak buat sebab sakit. Ada juga yang nak tunggu dulu, tunggu betul-betul ready sebab malu saja-saja nak kangkang depan doktor. Kata mereka cukup-cukuplah masa bersalin dulu. Herm…

Kena fikir sampai macam tu sekali ke?

Mungkin benar. Bagi sesetengah wanita, Ujian Pap Smear boleh menjadi sesuatu yang menakutkan terutama sekali mereka yang belum pernah melakukannya.

Pap smear (juga dikenali sebagai ujian Pap) adalah prosedur pemeriksaan untuk mengenalpasti risiko kanser pangkal rahim. Ia menguji kehadiran sel-sel kanser atau pra-kanser pada bukaan serviks. Ia mendapat nama ini sempena nama seorang doktor – Georgios Papanikolaou (Pap), yang menetapkan bahawa ini adalah satu cara yang sangat berguna untuk mengesan tanda-tanda kanser pangkal rahim.

Bagaimanakah Ujian Pap Smear dilakukan?

Ujian Pap Smear memerlukan wanita yang ingin melakukannya berada dalam posisi berbaring. Dalam keadaan selesa, beliau akan diminta untuk membengkokkan lutut supaya doktor atau jururawat boleh memulakan prosedur dengan memasukkan satu alat yang dinamakan spekulum (saya panggil mulut itik) ke dalam faraj.

picture credited to google

picture credited to google

Spekulum berfungsi sebagai alat untuk memegang dinding faraj selain membolehkan kawasan sekeliling serviks dilihat dengan jelas. Ia biasanya diperbuat daripada plastik, namun terdapat juga hospital atau klinik yang lebih suka menggunakan spekulum jenis logam.

Yes, inilah yang selalu disebut-sebut. Di sini lah “malu” yang dimaksudkan.

Bagi sesetengah wanita, prosedur ini dianggap agak memalukan kerana mereka perlu menanggalkan sebahagian daripada pakaian dalam keadaan diri yang sihat (tidak sakit). Namun, harus diingat bahawa ini adalah satu prosedur standard di mana kebanyakan petugas samada doktor atau jururawatnya adalah wanita. Seboleh-bolehnya, lakukanlah ujian Pap Smear ini di klinik Pakar Sakit Puan yang kita dah biasa pergi sebab kita dah kenal dengan doktor yang bertugas.

Setelah spekulum berada di tempat yang sepatutnya, spatula atau berus akan dimasukkan melaluinya untuk mengambil sedikit sel-sel tisu dari pintu vagina. Walaupun ia hanya mengambil masa yang singkat (2 -3 minit), anda mungkin akan berasa agak pelik dan tidak selesa pada ketika ini. Sebaik sahaja doktor atau jururawat telah mengambil beberapa sample sel untuk pemeriksaan, mereka akan mengeluarkan spekulum dan anda akan diminta untuk berpakaian semula.

Sel-sel daripada pangkal serviks ini kemudiannya akan diletakkan pada slaid kaca sebelum dihantar ke makmal untuk pemeriksaan lanjut. Sel-sel ini akan diteliti sekiranya terdapat sebarang keabnormalan tertentu, yang jika tidak dirawat, boleh membawa kepada kanser serviks.

Baca Juga : Keputihan kronik meningkatkan risiko Kanser Serviks

Menyakitkan kah Ujian Pap Smear ni?

Ini antara soalan favourite yang orang selalu akan tanya sebelum bersetuju atau ambil keputusan nak buat Ujian Pap Smear. Soalan yang jawapannya nanti akan buat 80-90% peratus orang perempuan yang tadinya duk tanya-tanya sakan, terus tak jadi nak buat test ni.

Macam mana rasa dia ye? Sakit ke tak ye?

So disebabkan ujian ini memerlukan sample tisu yang berupa cecair dan lendiran pada vagina, memang akan ada proses yang akan melibatkan akses pada pangkal serviks untuk membolehkan sel-sel tisu diambil untuk diagnosis.

Jawapannya ialah sakit tetapi cuma sikit dan tidaklah sampai memudaratkan.

Biasa orang kata masa nak bersalin, time nak keluarkan baby tu lah yang paling kritikal kan?

Dengan kata lain part kepala baby nak melepasi serviks adalah part yang paling menyakitkan dan diingati sampai bila-bila pun. Betul?

Ni mak-mak yang dah mengandung dan bersalin akan mengangguk setuju.

Tapi nanti dulu.

Kalau dah lebih daripada sekali mengandung dan bersalin, kalau anak dah lebih dari seorang tu, cuba tanya balik diri sendiri, kalau dah tahu betapa sakitnya bersalin kenapa masih lagi nak repeat proses yang sakit gila tu untuk anak seterusnya?

Ada yang jawab, time beranak tu tak sedar pun dah kepala baby sampai dekat mana, yang duk fikir masa tu asalkan baby dapat cepat keluar je. Tau-tau dah rasa lega yang teramat sangat dan dengar bunyi budak menangis. Eh, dah keluar anak aku?!

Jadi, samalah juga dengan ujian ni. Kita orang perempuan ni memang golongan yang paling tinggi terdedah dengan risiko kanser. Berbaloi tak kalau skip test sebab takut sakit sedangkan kita tahu langkah pencegahan awal sebegini adalah lebih baik?

Tips untuk mengelak rasa takut dan mengurangkan rasa sakit

1. Rancanglah bila masa yang sesuai untuk melakukan Ujian Pap Smear ini. Bagi wanita yang berusia dalam lingkungan 18-70 tahun, ia disarankan dilakukan pada setiap 2 tahun sekali.

2. Niatkan melakukannya untuk tujuan kesihatan, sekiranya terdapat petanda awal kanser sekurang-kurangnya kita telah mendapat tahu lebih awal dan peluang kembali sembuh juga masih cerah.

3. Berbincanglah dengan ahli keluarga atau rakan terdekat yang telah mempunyai pengalaman untuk mencadangkan doktor atau klinik Pakar Sakit Puan yang sesuai untuk Ujian Pap Smear ini.

4. Rujuklah kepada klinik atau hospital yang letaknya dekat dengan rumah. Nyatakan bahawa anda inginkan doktor dan jururawat wanita atas sebab ingin menjaga aurat dan rasa malu yang tebal.

5. Jika anda tidak pasti mengenai ujian Pap Smear ini dan bagaimana ia dilakukan, bertanyalah kepada doktor atau jururawat terlebih dahulu supaya mereka boleh membantu untuk memberikan penjelasan.

6. Jangan takut, tarik nafas dalam-dalam dan relaks. Boleh juga kalau rasa nak pejam mata (macam saya selalu buat). Macam masa nak making love dan berbaby dancing juga lah. Relax dan tenang.

7. Jangan sesekali rasa terpaksa. Jangan keraskan tulang peha masa doktor tengah nak start prosedur itu nanti supaya otot-otot di bahagian dalam serviks pun lembut je.

8. Jaga emosi supaya tak stress atau terlalu takut. InshaAllah smooth je proses tu nanti. Rasa sakit pun kurang. Tau-tau dah settle.

Perkara paling penting yang boleh dilakukan supaya pengalaman menjalani Ujian Pap Smear menjadi sesuatu yang tidak lagi digeruni ialah dengan mencari seorang doktor yang boleh memberikan rasa selesa dan yakin. Ujian Pap Smear ini adalah sangat digalakkan untuk dilakukan secara rutin dan berjadual kerana kebanyakan kes Kanser Serviks berkembang dalam tempoh 10 tahun.

Bercakap tentang keselesaan, saya sangat selesa dengan konsultasi dan profesionalisme yang ditunjukkan oleh Dr.Khamsiah Muda, Obstetric & Gyneacology Klinik Pakar Wanita An-Nur Hasanah Bangi. :)

Tak sakit lansung tu tipu, tapi sakitnya pun masih boleh tahan. Contraction nak beranak walaupun baru tahap manja-manja laagiii jauh berkali ganda sakittt.

Kalau dah berkahwin tu, yang dah biasa dengan hubungan intim dengan pasangan halal tu, paksalah diri untuk buat test ni. Bukan untuk orang lain, tapi kebaikan diri sendiri juga.

Satu je syarat yang boleh lepas kalau still rasa taknak buat test ni. Kalau dah dibuang rahim, memang selamatlah. Tak payah susah hati atau takut-takut nak buat ujian Pap Smear lagi dah.

Eh, rahim dah kena buang tu maksudnya???

Iskk..takut bila fikir..

Ia sepatutnya bukan lagi pilihan, tapi kewajipan. Mesti buat kalau dah berkahwin, dah melakukan hubungan seks dan pernah melahirkan anak. Biasanya akan disuruh buat pun masa PostNatal checkup.

Macam saya sendiri, pertama kali buat Ujian Pap Smear ini adalah selepas hampir setahun tunggu nak mengandung anak pertama. Bulan 12 saya kahwin, bulan 2 saya disahkan mengandung dan bulan 4 saya keguguran. Lepas tu tak juga lekat-lekat sehinggalah saya buat keputusan untuk berjumpa dengan Pakar Sakit Puan untuk further check.

Inilah pengalaman pertama buat Ujian Pap Smear, walaupun masa tu resultnya negatif. And yes, masa tu saya ada masalah kencing kotor, selain keputihan juga. Stress nak timang anak punya pasal.

Oh, jangan taktau, stress pun boleh jadi faktor penyebab keputihan tau!

Berbalik kepada penyakit senyap yang membunuh ini, antara faktor penyebab kanser serviks ini ialah Virus Human Papiloma (HPV) yang kebiasaannya tersebar melalui hubungan seks. Selain itu, tabiat seks turut menjadi faktor seperti memulakan hubungan seks pada usia yang sangat muda atau mempunyai pasangan seks yang ramai.

Juga disarankan buat mereka yang masih berstatus bujang tapi selalu buat aktiviti seks rambang (kena cakap sebab zaman hari ni ramai yang pandai buat tapi tak tahu akibat), risiko mendapat kanser serviks menanti.

Mengesan kanser serviks awal dengan calitan Pap ini akan memberikan peluang yang lebih besar untuk pesakit kanser serviks kembali sembuh. Pap smear juga boleh mengesan perubahan dalam sel-sel serviks yang meningkatkan risiko kanser di masa akan datang.

Mengesan sel-sel yang tidak normal lebih awal dengan Ujian Pap  Smear adalah langkah pertama yang mungkin boleh menyelamatkan nyawa ibu, kakak atau diri sendiri daripada menjadi mangsa kanser serviks!

Hubungi saya untuk sebarang masalah berkaitan kewanitaan atau bagi mengelak terjadinya kanser wanita.

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia untuk bisnes dan makan sendiri.

COD sekitar Kajang, Bangi dan penghantara melalui pos ke seluruh kawasan menggunakan kurier terpilih.

Nusaybah Anuwar 019-3832656

842 total views, 5 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation