TUKAR JENAMA PRODUK PENCUCI, AGAR BAHAYA MENJEMUR BAJU DI DALAM RUMAH DAPAT DIELAK

Tersentak jugak kami laki bini bila baru-baru ni terbaca pasal satu artikel tentang bahaya menjemur baju di dalam rumah. Saling berpandangan kami satu sama lain. Bukan apa, bukan sebab kami pun buat benda yang sama, tapi sebab kami baru je sebut nak buat. Baru je plan nak ngemas-ngemas satu bilik yang selama ni letak almari dan baju-baju nak dijadikan bilik jemuran. Terus tak jadi. hahaha…

Mengada sangat kan. Takde kepentingan pun. Rumah dah elok-elok ada tempat sidai depan belakang, lagi mau cari pasal nak pegi jemur dalam rumah pulak. Nak make sure semua bilik digunakan dengan adil dan saksama kekdahnya. hihihi. So, memandangkan lagi banyak buruk daripada baiknya, takpayah! Lupakan saja niat itu. Nanti kau gilir-gilirlah dengan abi masuk semua bilik kasi “hidup” balik belaka.

Oh ya, recap balik apa yang dah dikongsikan tentang bahaya yang paling membahayakan, apabila menjadikan suatu ruang di dalam rumah sebagai tempat jemuran ialah terdedah kepada kanser. Kalau dulu kita selalu bayangkan persekitaran di luar rumah yang terdedah kepada radikal bebas pencemaran dan sisa kimia, tapi sekarang ni tak payah tunggu keluar rumah, kat dalam pun dengan jelas kita dah mendedahkan diri pada risiko kanser secara tidak sedar. Ishkk..takut kan?!

Udara lembap yang terperangkap di dalam bilik itu juga akan menyebabkan kesan alergi, masalah gangguan pernafasan serta salah satu penyebab bakteria, kulat dan jangkitan paru-paru yang berpunca daripada udara beracun yang tersebar.

Jumlah cecair di udara pada kebanyakan rumah adalah sekitar 5-10 liter. Tindakan menjemur kain baju di sesebuah ruang ialah ia akan menambah kelembapan udara 2 liter atau 1/3 daripada kelembapan di hari biasa.

bahaya menjemur pakaian di dalam rumah

Bahan kimia yang digunakan dalam pencuci, peluntur dan pelembut pakaian yang biasanya berbau wangi mengandungi acetaldehydes yang tinggi. Selain menjadikan wap yang naik ke udara itu merbahaya untuk disedut, ia juga menghasilkan bau busuk pada pakaian terutamanya yang lambat dijemur setelah selesai basuhan.

Ia akan melemahkan sistem imun menyebabkan kita mudah terkena selsema, demam dan diserang penyakit termasuklah gangguan pernafasan seperti asma dan allergi.

Ramai juga yang mengeluh kerana amalan ini sudah dipraktikkan sejak sekian lama. Selain kerana faktor ruang yang terhad, cuaca yang tidak menentu juga membuatkan mereka tiada pilihan lain selain tetap menyidainya di dalam bilik.

Saya jangkakan dilema ini melanda hampir setiap ibu terutamanya suri rumah yang menetap di rumah bertingkek-tingkek. Macam apa yang saya alami dulu. Al-maklumlah, lantai rumah orang, atap rumah kita, kan? hehehe… Ruang yang ada pun memang sangat terhad untuk menguruskan baju-baju tersebut.

Kaedah mencuci secara semulajadi tanpa racun

sabun pencuci pakaian shaklee

Fresh laundry concentrate :

  • boleh membasuh sehingga 88 kali basuhan
  • Hanya 1 auns (11.375 liter) sudah mencukupi untuk cucian muatan sederhana
  • selamat untuk digunakan pada semua fabrik yang boleh dibasuh
  • sesuai untuk semua suhu samada sejuk atau panas
  • mengekalkan warna pakaian yang putih
  • menjadikan pakaian berwarna lebih berseri
  • selamat untuk bumi, sistem septik dan pembentungan
  • sesuai untuk basuhan baju anak-anak yang mempunyai alergi
  • dihasilkan daripada bahan semulajadi dan mesra alam
  • tanpa klorin, fosfat, borat, bahan perengsa atau bahan kimia berbahaya
  • tidak meninggalkan bau yang busuk dan tidak menyenangkan

Formula terbaik untuk pakaian lebih bersih

menjemur kain di dalam rumah

Bayangkan keseronokan apabila hasil cucian bersih dan berbau harum? Rasai kepuasan yang lebih mendalam dengan pencuci fabrik Fresh Laundry. Rumusan enzim semula jadi ini bukan sahaja membersihkan pakaian dengan lebih baik, malah ia juga sama sekali tidak memudaratkan bumi. Ini bermakna, anda boleh menghidu keharuman pakaian yang dicuci sambil terus menghirup udara yang segar dan nyaman.

soft-fabric-concentrate

Soft fabric concentrate :

  • berkepekatan tinggi dan menjimatkan
  • 32 auns mampu melembutkan sehingga 64 cucian
  • kandungan PH yang seimbang dan lembut di tangan
  • melembutkan dan mengurangkan kedutan
  • mengawal kesan statik secara semulajadi
  • mengelakkan pakaian melekat pada badan akibat kesan statik
  • mengawal kesan statik secara semulajadi
  • tanpa pewangi, pewarna atau bahan kimia merbahaya

Tahukah Anda ?

Kebanyakan serbuk pencuci pakaian mengandungi bahan perengsa yang boleh disedut atau diserap melalui kulit – punca lazim berlakunya tindak balas alahan. Triethanolaminedodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu bahan perengsa tersebut, dan ia disenaraikan sebagai bahan berbahaya oleh EPA dan DOT.

Sentuhan dengan bahan ini boleh merengsakan dan membakar kulit dan mata. Jika terhidu, ia akan merengsakan hidung, tekak dan paru-paru hingga menyebabkan batuk, asma dan sesak nafas. Kulit yang kerap bersentuhan dengannya akan menjadi kering dan gatal serta mengalami masalah alergi kronik dan ruam.

Macam tau-tau je. Macam just-in-time je kan?!

Mungkin sekarang masa yang sesuai untuk anda para ibu dan bapa mithali sekalian bertukar kepada produk pencuci dan pelembut pakaian yang lebih selamat dan semulajadi.

Kalau tadi katanya dah tak ada pilihan untuk tidak menjemur kain baju di dalam rumah, kali ini berbeza. Anda mempunyai pilihan untuk menukar bahan pencuci yang digunakan kepada fresh laundry concentrate dan soft fabric concentrate yang bukan sahaja menjimatkan, malah selamat, berkesan, mesra alam dan semestinya bebas bahan kimia.

Kalau tak boleh elakkan semua, jangan tinggalkan semuanya. Kalau tak dapat bertukar lokasi sidai baju, bertukarlah penggunaan produk pencuci. Setidak-tidaknya risiko dan bahaya kesan daripada kandungan bahan-bahan terlarang dapat dikurangkan.

Membuat sebuah atap atau canopy dari bahan fiberglass pada ruang jemuran adalah idea yang baik. Anda tak perlu lagi bimbang jika hari hujan kerana ia tidak akan menjejaskan kain baju di jemuran walaupun disidai di luar rumah. Namun jika memang terpaksa dan tiada pilihan lain, lakukannya hanya di hujung minggu supaya anda dapat membuka tingkap dengan luas untuk peredaran udara yang sihat.

Duhai ibu-ibu samada suri rumah atau bekerjaya, atau tak kisahlah siapa pun yang uruskan kain-baju di rumah masing-masing, pilihan di tangan anda! :)

Kami?

Kena terus saling bertukar-tukar idea dan fokuskan impian untuk memiliki bilik dobi atau laundry room lah nampak gayanya ni. Berangan dulu awal-awal ni tak kena bayar apa pun kan?

To make it reality, kasi masuk terus dalam vision board. ngeee…

dreams laundry room

bilik dobi idaman

laundry room ikea

Pencuci baju dan pelembut pakaian of course kami guna Set Get Clean yang lengkap semuanya. Daripada tugas membasuh baju, pinggan, botol susu, lantai rumah dan bilik air pun kami memilih Shaklee. :)

Sedar tak sedar dah setahun pun. Memang takkan tukar dah. Sampaikan sekarang ni bila pergi supermarket, kami dah taktau nak beli apa dah dekat section tu. Nampak sangatlah yang selalu dibeli setiap bulan tu kelengkapan laundry. Hihihi..

Tekad dah bulat katanya. Tak kisahlah nak sidai baju kat mana sekalipun. Walopun tak jemur baju kat dalam rumah. Nak hindari dan selamatkan salur pernafasan daripada bau-bauan dan ancaman penyakit kekdahnya.

Bukan untuk orang lain, tapi kesihatan kediaman yang kita dan family kesayangan duduk berteduh kan. Pilihlah yang terbaik jika kita punya pilihan. Menukar jenama boleh mengubah hidup anda!

Boleh hubungi saya untuk dapatkan set produk penjagaan rumah Get Clean yang selamat dan semulajadi.

Pengedar sah Shaklee di seluruh Malaysia.

COD sekitar Bangi, Cyberjaya dan Putrajaya.

Nusaybah Anuwar 019-3832656

2,214 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation