TOKSIN PUNCA UTAMA SEMUA UBAT ATAU PRODUK YANG DIMAKAN CUMA JADI SAMPAH

Pernah tak?

Rasa tak fit, rasa nak pitam, lemah-lemah badan, tak bermaya, letih dan lesu?

Pernah tak?

Alami nafas berbau, kulit bermasalah, timbul jerawat dan bintik hitam yang hodoh?

Pernah tak?

Bermasalah berat badan, sering sembelit dan badan berbau?

Jawapan yang saya pasti, bukan sahaja pernah, malah masalah-masalah ini masih juga dirasa dan dialami sehingga kini. Kalau dah bergabung semuanya, memang asyik rasa nak duduk jauh-jauh, sebab nak mengasingkan diri dari orang lain yang kadang-kadang memang busy body!

Sudah pasti juga akan ada rasa kemurungan, down dengan diri sendiri akibat gejala-gejala ini yang bagai tiada jalan penyelesaian.

Tidak dinafikan ada di kalangan kita, malah ramai yang sudah melaburkan sejumlah wang yang besar, cuba melakukan sesuatu untuk mengembalikan keyakinan diri dengan mengambil ubat-ubatan, produk kecantikan dan produk penurunan berat badan bagi menyelesaikan masalah yang membelenggu diri ini.

Dan, sekali lagi kesemua ubat mahupun produk yang diambil tidak lansung memberi kesan yang diingini, malah keadaan menjadi semakin buruk.

Memang kecewa dan sedih. Kalau boleh nak menangis semahu-mahunya jikalau itu adalah cara terbaik. Sudahlah duit hangus, membazir masa pulak. APTB.

Tapi, yang lebih penting… pernah terfikir tak kenapa?

detoks penting sebelum rawat penyakit

detoks penting sebelum rawat penyakit

Pernah dengar tak tentang toksin?

Toksin terjadi akibat kegagalan sesuatu organ pencernaan untuk menghurai dan mencerna makanan secara optimum. Makanan yang pada dasarnya berkhasiat boleh bertukar menjadi racun atau toksin setiap kali ia dimakan sekiranya ia gagal dihurai melalui penghasilan enzim yang tepat dengan kuantiti nutrien yang diambil.

Salah satu penyebab terbesar terjadinya tokxemia pada usus adalah kebiasaan mengambil makanan yang dimasak secara berlebihan atau diproses, iaitu makanan-makanan yang tidak memiliki enzim lagi.

Toksin pada badan kita datang samada dari persekitaran atau dari dalam badan kita sendiri. Ia masuk ke dalam badan melalui pelbagai cara seperti udara yang tercemar, makanan atau minuman yang tidak bersih, ubat-ubatan sintetik dan vaksin, terdedah kepada radiasi sinar x-ray, bahan radioaktif dan gelombang mikro, makanan yang tidak hadam yang mengalami tindakbalas biokimia serta dehidrasi dan malnutrisi akibat kekurangan air dan zat yang boleh meracuni sistem tubuh kita yang kompleks ini.

Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag.

Apa pula kaitannya dengan detoksfifikasi ?

Seperti yang diketahui, istilah detoksifikasi ialah tindakan membuang racun dari dalam tubuh akibat pengambilan alkohol, dadah, atau bahan beracun lain.

Detox atau juga dikenali sebagai nyahtoksin adalah proses membuang kekotoran atau sisa yang tidak diperlukan dari tubuh badan. Secara semulajadinya, setiap hari badan kita akan menyingkirkan toksin melalui peluh, najis dan air kencing.

Pembuangan toksin dari badan adalah perlu bagi bagi memastikan tubuh badan kita berfungsi secara normal. Namun kadangkala proses ini menjadi tidak lancar dan tidak semua dapat dinyahkan dari tubuh badan kita. Walaupun hari-hari berak, walaupun setiap pagi bermenung di mangkuk tandas adalah rutin biasa.

Toksin yang terhasil dalam jumlah yang sedikit boleh dinyahkan melalui rektum, tetapi jika jumlahnya berlebihan, ia turut akan diserap oleh tubuh terutamanya melalui usus kecil.

ALFALFA – “father of all foods”

What is it?

Alfalfa is an herb. People use the leaves, sprouts, and seeds to make medicine. Alfalfa is used for kidney conditions, bladder and prostate conditions, and to increase urine flow. It is also used for high cholesterol, asthma, osteoarthritis, rheumatoid arthritis, diabetes, upset stomach, and a bleeding disorder called thrombocytopenic purpura. People also take alfalfa as a source of vitamins A, C, E, and K4; and minerals calcium, potassium, phosphorous, and iron.

How effective is it?

Natural Medicines Comprehensive Database rates effectiveness based on scientific evidence according to the following scale: Effective, Likely Effective, Possibly Effective, Possibly Ineffective, Likely Ineffective, Ineffective, and Insufficient Evidence to Rate.

ALFALFA SHAKLEE

Merupakan formula SHAKLEE SIGNATURE yang pada asalnya dibangunkankan oleh Dr.Forest C Shaklee pada tahun 1950 an.

daun alfalfa

daun alfalfa

Ia adalah rumput istimewa yang diperbuat daripada tanaman alfalfa (medicago sativa) secara organik di California yg bebas daripada pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia.

Bukan sebarang rumput tau!

Dikenali juga sebagai Raja Segala Tumbuhan. Medicago Sativa memiliki gred yg paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa. Mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi

Alfalfa telah digunakan secara meluas oleh manusia sejak lebih daripada 2500 tahun dulu. Telah dikenalpasti sebagai makanan berasaskan tumbuhan herba yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian.

Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayur-sayuran lain.

Selain itu, alfalfa juga kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia.

Memang persis raja kan? Boleh dikatakan semua zat dan mineral penting ada dalam alfalfa ni.

Shaklee Alfalfa Complex adalah diuretik semulajadi dan penyahtoksin badan yang berfungsi sebagai agen detoks seluruh tubuh – membantu proses detox hati, darah dan usus. Ia merupakan makanan beralkali tinggi yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid serta menghilangkan toksin dalam badan kita.

Selain itu, ia juga berupaya memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, ulser, gastrik, sembelit disamping menyingkirkan lemak dan kolestrol yang tidak diperlukan.

Shaklee terkenal dengan satu lagi agen detoksifikasi bernama Herb-lax. Apa pula beza antara keduanya ?

herb lax tablet

herb lax tablet

Herb-lax berperanan sebagai “julap lembut” yang berupaya membantu pembersihan najis yang tersekat di dalam usus. Ia meransang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan najis yang telah tersimpan lama di dalam tubuh kita.

Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) sekaligus membantu menyelesaikan masalah sembelit.

Sifatnya yang lembut menggalakkan tindakan pembersihan yang selamat, terbukti secara klinikal sesuai untuk digunakan oleh tubuh dalam jangka masa yang panjang.

Ia juga mampu mengempiskan perut tau!

Jika dilihat dari segi fungsi dan peranan, kedua-dedua sama handal dalam proses detox dan melawas tetapi sudah tentu masing-masing mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

Alfalfa Complex lebih “lembut” jika dibandingkan dengan Herb Lax. Kedua-dua agen detoks ini boleh diambil tanpa kesan mudarat, tetapi haruslah dengan cara yang betul.

Jarakkan pengambilan antara keduanya. Jika pada hari itu dah ambil Herb-Lax, maka tinggalkanlah Alfalfa untuk sehari dua.

Bersesuaian dengan kandungan zat dan mineral yang terkandung di dalamnya, alfalfa boleh diambil setiap hari sebagai tambahan dalam diet seharian, Manakala di hujung minggu boleh ambil herb lax pula.

Herb-Lax boleh diambil sebanyak 3-4 biji sebelum tidur sebanyak 1 atau 2 kali seminggu. Pada hari-hari selebihnya, berilah peluang untuk tubuh kita menjalankan fungsi detoks secara semulajadi melalui pembuangan najis dan perpeluhan tanpa terlalu bergantung kepada julap semulajadi bernama Herb-Lax ini.

Bilakah masa yang sesuai untuk detoksifikasi atau nyahtoksin ini ?

Selalunya seseorang hanya akan mengambil tindakan sekiranya sesuatu penyakit telah bertandang dan lebih sedih lagi apabila ianya sudah kronik. Justeru, apabila tubuh jarang sekali melakukan proses detox atau nyah toksin, biasanya tubuh akan menghantar ‘signal’ sebagai pemberitahuan.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan ini sebenarnya berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Semua ini adalah tanda-tanda bahawa tubuh perlu menjalani proses nyah toksin bagi membersihkan ruang yang tersumbat. dan memberi laluan kepada penyerapan nutrien yang masuk ke dalam tubuh secara optimum.

Apabila badan rasa tidak selesa, dan timbul simptom-simptom seperti sakit kepala, berat badan berlebihan, menghadapi masalah penghadaman, keletihan, sakit kepala, sukar tidur dan timbul jerawat – mungkin kita perlukan detox.

Pakar nutrisi mencadangkan supaya seorang individu dewasa melakukan detox menyeluruh sekurang-kurangnya setahun sekali. Tapi, sebaiknya anda lakukan mengikut keperluan tubuh badan masing-masing.

Selain itu, menjaga pemakanan adalah salah satu kaedah detoks yang paling baik dan semulajadi. Antara sayur-sayuran yang  paling penting dan mujarab untuk proses detox adalah celery, kobis ungu, brokoli, salad, tomato dan lobak. Manakala dalam kelompok buah-buahan pula adalah buah-buah citrus seperti epal hijau, nenas, lemon, oren, dan pear.

Jadi, jangan tunggu lagi. Nyahkan apa yang tubuh kita tidak perlukan dengan detoks semulajadi dan selamat daripada Shaklee!

Tak pasti nak beli yang mana satu?

PM meh, kita story-story.. nak beli dua-dua pun boleh! Untuk makan seminggu sekali kasi clear usus cantik-cantik, dan stok hari-hari untuk maintain fit everytime, everywhere.

Psstttt… alfalfa ada promosi tau bulan Januari 2015 ni. Semestinya offer yang terbaik untuk kocek anda juga!

alfalfa

Cari saya untuk dapatkan agen detoks anda!

Nusaybah Anuwar 019-3832656

1,199 total views, 5 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation