TIPS TURUN BERAT BADAN TANPA SLIMMING PRODUK

Kepelbagaian dan kelazatan makanan di negara ini sukar ditolak sesiapapun. Jika tidak pandai mengawal gaya pemakanan, anda mungkin berisiko tinggi menghadapi masalah berat badan akibat makan terlalu banyak dan tidak mengambil langkah berjaga-jaga.

Itu belum sembang pasal makanan tradisi setiap negeri lagi. Memang meleleh air liuq baq hang. Tu yang asal rasa nak bertaubat je, keluar tanduk tiga. Heheheh. Makanan kat Malaysia ni memang best, tip top, meletop-letop lah senang cerita.

Ok, bila dah cakap pasal makanan ni, bukanlah nak larang atau tak kasi makan. Tapi eloklah selalu berpada dan beringat-ingat. Kesederhanaan mesti ada. Kalau tidak, berat badan akan meningkat dan penyakit pula akan mendahului.

Berat badan berlebihan adalah hasil daripada pengambilan kalori yang berlebihan daripada kadar tenaga keperluan harian di dalam badan. Rutin harian yang hanya duduk di pejabat dan kurang melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam menguatkan lagi faktor pertambahan berat badan.

Sebaiknya, elakkan makan makanan yang banyak lemak dan berminyak di samping mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang.

Ini kerana, berat badan yang berlebihan atau obesiti tanpa disedari akan meningkatkan risiko kesihatan seperti penyakit angin ahmar (strok), tekanan darah tinggi, sesak nafas, kencing manis, rasa rendah diri dan radang sendi tulang serta pelbagai lagi masalah kesihatan lain.

Bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan, ia sebenarnya boleh dilakukan dalam tempoh cepat menggunakan cara betul agar tiada kesan sampingan yang memudaratkan. Berikut tip yang ingin saya kongsi bersama supaya dapat membantu anda mengurangkan berat badan agar tampil lebih berkeyakinan.

Young woman stepping on a weighing scale

Tips diet dan pemakanan :

  • Makan lima hingga tujuh hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan saja dapat mengawal nafsu pemakanan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
  • Jangan tinggalkan setiap waktu makan (sarapan, makan tengah hari dan makan malam) sebab ia tetap tidak akan membantu anda menguruskan badan
  • Kenali keperluan kalori seharian. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing.
  • Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip menguruskan badan yang paling senang. Hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, minuman coklat atau minuman ringan dengan air bebas gula. Hasilnya, anda boleh kurangkan kira-kira 10 kilogram (kg) dalam setahun.
  • Banyakkan minum air mineral. Air jenis ini tidak mengandungi kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangka masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.
  • Segenggam tangan karbohidrat. Sama ada anda makan nasi, roti, mi kuning mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tidak kenyang, tambahkan lauk.
  • Jangan makan buah-buahan terlalu banyak. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
  • Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan, pastikan anda mengambil dua hingga
    2.5 gram untuk setiap kilogram berat badan anda. Harus diingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
  • Kawal nafsu makan. Satu-satunya cara untuk mengawal nafsu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk berkembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat.

Masih ada turning back sekalipun dah terlanjur makan tanpa limit. Memilih produk pelansingan bukanlah cara penyelesaian. Sebaliknya ubahlah cara dah tabiat makan yang tidak sihat kepada mealplan yang seimbang dan cukup nutrisi sesuai dengan keperluan tubuh kita.

Beringatlah sebelum dididik oleh nafsu yang tak sudah-sudah merosakkan aligment tubuh kita tu. Makan boleh, tapi jangan sampai jadi hamba makanan!

 

1,214 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation