TIPS TRAVEL GAYA ORANG MELAYU UNTUK KENANGAN PERCUTIAN TARAF 5 BINTANG

Pagi-pagi sunyi, sejuk ni teringin pulak nak relax and recharge dengan keluarga besar Anuwa’s Clan.

Sambil-sambil tengok gambar kawan-kawan yang menghabiskan baki cuti, rasa nak share tips simple travel yang saya pegang sampai hari ni.

Bila throwback balik memori jalan-jalan, rasanya yang paling best ialah masa bawak ramai-ramai 1 family travel ke Langkawi past 3 years.

Memang balik-balik akan cakap pasal kenangan tu sebab walaupun cuma Langkawi je, tapi penglibatan seluruh ahli keluarga seramai 22 orang termasuk ipar duai buat momen tu jadi sangat bermakna.

Bakal di”over-write” kalau ada memori baru yang ada semua mereka ni dalam trip tu nanti. Tak pernah lagi semua orang naik flight pergi travel outside da sea ni. Hehehehe…

Doakan ye.

Disebabkan dah banyak kali pun share kisah tu, kali ni saya nak cakap pasal kisah honeymoon pulak lah. Hehehe… orang baru celebrate anniversary lah katakan. Haruslah gedik sikit. Kikiki.

Honeymoon lepas frust dan sedih-sedih dan feeling down gila akibat gugur lepas tu tunggu punya tunggu tak mengandung-mengandung balik. Hahaha. Entahape-hape.

Kami ke Cameron Highlands je pun masa tu, last minute plan setelah kena brainwash dengan gynea sebab katanya saya terlalu stress nak ada anak sangat.

Tu yang abi terus tanya ada nak pegi mana-mana ke dan ajak makan angin tu. Hamekau, dua-dua orang kena sound dengan doktor.

Makanya kami pun spent time lajak cuti hujung minggu lepas balik kampung mak, untuk together kat sana. Teringat masa zaman bujang dulu pernah berangan, nak pergi tempat sejuk dengan suami. (Tak sejuk dah pun sebenarnya sana) Reason being? Of course sebab boleh hangat-menghangat, gitu kan. Hahahaha.

Oklah tu kann.. yang penting dapat bertenang, lupakan seketika masalah sambil menikmati keindahan alam dengan orang tersayang. Berdua itu lebih baik, kataya. Lol.

Jangan tak tau, tak lama lepas tu memang tak sempat nak sedih dah sebab betul-betul Allah bagi Iman Nasuha pada kami.

So, moral of da story.. kena cool je, jangan terlalu stress dalam misi nak dapatkan +ve UPT line, just let it go with the flow.

SO, oklah back to the topic, since ramai yang tahu saya ni berkeluarga besar, ramai juga yang tanya macam mana biasanya saya plan for each travelling trip.

Sedikit tips simple yang saya nak share untuk kepuasan travelling :

1. Tentukan tujuan travel, samada sekadar nak jalan-jalan cari makan, untuk shopping, untuk menikmati keindahan alam atau kesemuanya sekali.

Ini bagi memudahkan kita buat keputusan kat mana nak stay dan fokus pada tujuan sebenar lawatan.

2. Pilih tarikh yang sesuai, seboleh-bolehnya time offf-peak dan elakkan cuti sekolah sebab masa-masa public holiday, kesesakan yang berlaku boleh menyebabkan kita hilang mood dan jadual perjalanan terganggu.

Harga hotel, makanan dan souvenirs pun lain macam dia punya melambung kalau dah musim macamtu.

3. Kalau plan nak travel in big group, pastikan semua tentative dah ready supaya nanti tak kelam kabut, dan terkejar-kejar sebab al-maklumlah bila dah ramai-ramai, peel pun macam-macam, semua nak ikut kepala masing-masing.

Jangan sampai ada yang tertinggal atau berlaku kejadian yang tak diingini pulak. Kang tak pasal-pasal boleh spoilt mood jalan-jalan korang.

4. Pastikan peti kecemasan a.k.a First Aid Kit sentiasa di bawa ke mana-mana. Masa travel, ada banyak kemungkinan berlaku insiden atau perkara yang tak dijangka termasuklah kemalangan kecil atau sakit yang ringan-ringan.

Minyak angin ke, vitamin imun ke, air minuman tenaga ke, krim untuk gigitan serangga ke, make sure semua dah standby molek-molek dalam handy bag.

5. Terlebih dahulu, buat homework tentang tempat yang bakal dilawati tu.

Catat dan tulis siap-siap supaya kita lebih bersedia dan tahu serba sedikit  maklumat bagaimana geografinya, keadaan cuaca, kedudukan tempat, gambaran map, jarak dengan pusat bandar, masyarakat sekitar dan signature dish kawasan itu.

6. Bagi yang berhajat nak begpek, solo (tanpa family members) dengan geng-geng bujang, boleh lah kalau nak redah je. Tak payah jadual (melainkan masa berlepas kalau naik flight), tak perlu tentative tapi hanya sediakan duit dan jalan!

Kata orang yang dah selalu buat benda ni, fun juga! Cuma satu, mulut kena ringan, tak boleh malu-malu kucing nak tanya orang. Ingat, malu bertanya, sesat jalan tau!

Herm.. cukup dulu kot sampai sini. Semoga dapatlah sedikit sebanyak membantu bagi idea dekat korang yang tengah merancang percutian tu.

Happy Travel!

Life is a Story
Facebook: Nusaybah Anuwar
FB Page: i-Nutrisi / Tips Hamil Sihat dan Cantik
Emel: imanusaybah@gmail.com
Contact No: 019-3832656

“You’re the writer of your life”

169 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation