TIPS SIHAT WANITA 30’AN

Ohh… pagi ini bangkit tidur tengok calendar baru sedar umur dah mencecah masuk ke 3 SERIES.. kalau kira betul-betul, secara rasmi bulan Jun nanti baru oleh dikira geng 30..sekarang ni masih consider 29 ye.. ahaa…

Ohhh noo.. semakin bertambah usia ni, semakin terancam kondisi kesihatan sekiranya tidak melakukan sesuatu samada untuk menambahbaik gaya hidup atau mendapatkan suplemen tambahan untuk menyokong keperluan tubuh.

MARI KITA SAMA-SAMA KONGSI TIPS BEST INI :

AWAS KAUM WANITA. Bila menginjak umur 30an,

1. Kawal pemakanan:
Proses penuaan dpt dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yg mengandungi byk kafein, minuman ringan dan makanan ringan.

2. Guna pelembap yg sesuai:
Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembap sgt diperlukan. Carilah pelembap yg sesuai dgn kulit muka masing-masing. Harus diingatkan yg krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dgn jenis kulit kita.

3. Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari:
Jgn biarkan muka anda byk terdedah kpd cahaya matahari di dlm jangka masa yg panjang. Pendedahan yg lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelembapan kulit yg membawa kpd kekeringan

4. Sentiasa bersenam:
Bersenam mampu meningkatkan keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang2nya 3 kali seminggu

5. Minum banyak air:
Kekeringan dan gejala penuaan boleh dilambatkan dgn meminum byk air. Ini kerana air adalah aset penting utk kesihatan tubuh badan terutaman…ya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting utk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dlm tubuh badan

6. Amalkan makanan tambahan:
Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan utk wanita 30-an. Kesibukan dgn tugasan di pejabat dan di rumah menyebabkan kebanyakan w…anita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dpt membantu menyelesaikannya.

GLA Complex dari Shaklee adalah salah satu supplement yang boleh anda ambil. Ini kerana GLA Complex boleh menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan. Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.

4646

7. Elakkan bermekap tebal:
Wanita 30-an seelok2nya menggunakan mekap yg nipis dan sederhana. Cuba elakkan dr menggunakan bedak asas yg tebal serta lipstik yg merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang

8. Positif, ceria dan selalu bersama yg tersayang: Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yg tersayang. Kehadiran org2 tersayang di sekeliling dpt membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress. B-Complex Shaklee lengkap dengan komponen Vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B9 dan B12 – berupaya membantu mengawal kesihatan system saraf, meningkatkan stamina, menstabilkan hormon, mengelak kemurungan (anti-stress).

4626

 

 Credit to : Dazzling Moms E-Shoppe

1,197 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation