TIPS PENYUSUAN SELEPAS KEMBALI BEKERJA

ibu-bekerja-kembali

Sedikit perkongsian untuk ibu-ibu yang bakal memulakan kerja selepas berakhirnya cuti bersalin dan bakal menghadapi hari pertama kembali bekerja :

Menjadi seorang ibu yg bekerja adalah satu cabaran yang maha hebat apabila mahu menyusukan anak secara eksklusif. Oleh sebab itu, sejak dari awal saya sudah berazam dan menanamkan tekad mahu menunaikan kedua-dua tanggugjawab dan fitrah ini. Seawal seminggu berpantang, saya sudah mula menggunakan khidmat pam utk mengeluarkan hasil mutiara bonda yang seringkali membuatkan saya berasa sakit dan tegang sehingga demam-demam segala…

Selepas sebulan berpantang, saya terus menerus memulakan sesi perahan secara konsisten dengan mengepam setiap kali selepas menyusukan anak atau sekiranya mempunyai tenaga dan mood berlebihan, saya akan mempraktikkan kaedah tandem pumping (menyusukan anak di sebelah payudara dan mengepam di sebelah payudara lagi). Ini bagi memastikan payudara adalah benar-benar kosong dan berupaya menghantar signal seterusnya utk proses pengilangan dan penghasilan susu baru.

Dengan cara ini, saya dapat mengumpulkan sekurang-kurangnya 1-2 auns dalam setiap sesi memerah. Sehingga sebelum saya mula bekerja, saya dapat menyimpan stok yg pada saya berada pada tahap selamat – stok yg dapat membantu sekiranya hasil perahan harian di tempat kerja kurang daripada kehendak si comel..

Pada hari bekerja pula, saya memerah apabila bangun pagi dan menyusukan anak sebelum bertolak ke pejabat. Sepanjang berada di pejabat selama 8 jam, saya akan pastikan sesi perahan adalah 2-3 kali. Bermula sekitar jam 8-8.30 pagi, selepas sarapan sebelum memulakan tugas, diikuti dengan jam 1 tengahari selepas lunch dan disusuli pula dengan satu lagi sesi semasa dalam perjalanan pulang (5-5-30 petang). Ini termasuklah jika saya terlibat dengan kerja lebih masa, kerja-kerja luar, training, seminar, short course atau sebarang aktiviti yg bertempat selain di work-station pejabat saya. Saya akan setia mengusung cooler bag dan kesemua tools yang telah banyak membantu misi sulit saya demi kesayangan Iman Nasuha yang tidak gemarkan frozen EBM.

Ada kalanya saya akan mula mengepam dalam perjalanan ke tempat kerja dan menambah satu lagi sesi pengepaman pada jam 11 pagi -12 tengahari. Ini bergantung kepada jadual saya pada hari tersebut terutamanya jika terdapat program atau aktiviti khusus yang dianjurkan di Ibu Pejabat. Menjadi seorang ibu yang mempunyai agenda wajib mendapatkan stok susu di tempat kerja tidak pernah menghalang saya untuk terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan walau saya tidaklah seaktif rakan-rakan lain.

Saya tidak mahu menjadikannya sebagai alasan kerana persekitaran dan komuniti sekeliling di organisasi saya sekarang benar-benar memihak kepada golongan seperti saya ini. Saya bebas menyimpan susu di dalam peti sejuk di pantry dan saya juga gembira dapat berkongsi pengalaman dan Pureen bottle and niple cleanser bersama ibu-ibu lain seangkatan saya..

Apabila pulang, saya akan terus menyusukan si anak. Kadangkala (walaupun boleh dikatakan kerap juga, malah setiap kali) sesi demand and supply akan serta merta berlaku sebaik sahaja berlaku sentuhan dan selakan antara saya dan si anak dara, hatta ketika di dalam kereta pong! Jika difikirkan, sungguh ajaib kejadian anggota tubuh wanita yg satu ini kan?! subhanallah… Boleh dikatakan semua peringkat umur memuja-muja kewujudannya..hahaha… Mujur saya mempunyai seorang supir tetap yg sentiasa ada di kala saat saya memerlukannya. Lebiu abi!

Di waktu malam pula, saya seboleh-bolehnya akan mengakhiri satu lagi sesi mengepam sebagai penutup hari sambil menonton TV atau menghabiskan longgokan kain baju.. Yes, I am supermakkk!!! lol… Sekiranya anak tidur, saya akan perah sekali lagi. Totalnya, jumlah sesi perahan dalam sehari adalah sebanyak 4-5 atau 6 kali. Saya rela demi si buah hati..

Pada hari cuti pula, saya akan pastikan saya bangun lebih awal daripada anak dan lakukan satu sesi perahan pada waktu awal pagi (sebelum atau selepas subuh). Menjadi seorang yg bernama saya yg serba-serbi mahu buat tetapi sering kantoi kerana terlalu banyak cita-cita dan kehendak lain, membuatkan saya jarang sekali dapat konsisten mengepam di hari tidak bekerja.

Ohh.. saya selalu menanam azam utk gosok baju kerja banyak-banyak utk pakai seminggu, tetapi..tetapi..tetapi.. tak pernah tertunai! Lebih-lebih lagi jika si kecil sudah memasang “lock system” yang memaksa kami sama-sama ketiduran bersama.. hahaha.. ok, ini alasan. Oleh itu, saya akan menyusukan anak secara terus (direct feeding) sepanjang anak berada bersama saya.

Sungguh banyak manfaat yang saya kecapi daripada amalan menyusukan bayi dengan susu badan ini. Antara kelebihan yang saya rasai ialah berat mudah turun bukan sahaja sehingga kembali ke bentuk asal sebelum mengandung, malah saya berpeluang melihat kembali kilo timbangan ketika masih di kampus. Penyakit juga jarang-jarang bertandang selain tidur yang tidak terganggu akibat tuntutan tanggugjawab menyediakan bancuhan susu. Segalanya semudah, selak dan tidur semula.

Proses yang lainnnya hanya berlaku secara semulajadi.. Sejak melahirkan, boleh dikira berapa kali saya mengalami demam atau selsema. Syukur alhamdulillah di atas nikmat kesihatan ini. Secara tak sedar, saya kini menjadi seorang yang multitasking juga. Menaip entry dan menyusukan kini adalah perkara biasa.. :) Saya boleh menjimatkan masa bersiap samada utk pulang ke kampung atau bersiar-siar. Tak perlu ribut-ribut utk persediaan termos, susu formula, atau bakul kelengkapan..

Selain itu, saya dapat menciptakan ikatan emosi tanpa kata-kata yang sungguh menenangkan antara saya dan Iman Nasuha. Ini lah yang membuatkan saya sanggup lakukan segalanya kerana perasaan ini memang sungguh luar biasa dan sukar diungkapkan..

Benar sekali, emosi  dan perasaan ibu, emak, mama dan ummi hendaklah sentiasa positif bagi meransang penghasilan hormon prolaktin dan oksitosin. Jadi, buat teman-teman dan sahabat yang mempunyai kekangan tertentu di tempat kerja, carilah sebab untuk anda berasa gembira demi si jantung hati. Ganjarannya kelak pasti besar buatmu, ibu!!

Serba sedikit tips penyusuan eksklusif selepas kembali bekerja sebagai perkongsian untuk ibu-ibu. Semoga bermanfaat.

Walau apapun jua keputusan si ibu, samada mahu terus bekerja, bekerja dari rumah, atau pun menjadi suri rumah, tiada seorang pun yg dapat atau berhak mempersoalkan kredibiliti dan kasih-sayang seorang ibu kepada anaknya.

Mode : Sangat-sangat bercita-cita ingin bergelar WAHM…  :) Ease my journey Ya Allah…

1,949 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation