TIPS PENTING BUAT IBUBAPA DENGAN ANAK ECZEMA SUPAYA TIDAK MELARAT TERUK AKIBAT TERSILAP MAKAN

Petang semalam bersembang dengan makcik yang datang beraya di rumah mama. Eh, raya haji pun ada budaya berziarah rumah ke rumah ke? hehehe.. Lebih kepada nak berjumpa adik-beradik lah sebenarnya ni.

Makcik saya mintak nak beli lagi 2 tiub krim herbal blend. Katanya selama duk guna memang licin mulus je kulit anak dia yang ada eczema tu. Basic-H dia taknak beli lagi sebab masih banyak. Chewable Vitamin C dan Vitalea for Kids pun anak dia suka. Sekarang ni selera makan budak tu memang dah OK sangat dia kata.

Happy betul saya yang mendengar ni. Mujur stok memang sentiasa ada kat rumah.

Dah berkebetulan menyembang pasal eczema, saya pun bukalah cerita pasal Iman Nasuha yang kami baru je tau dia pun penghidap eczema. 2 minggu lepas flares dengan sangat teruk.

Beria-ia lah makcik tu mengangguk sebab dia setuju sangat part kulit penghidap eczema ni tak boleh dibiarkan kering, nanti gatal dan luka. Kena selalu sapukan krim pelembap (moisturizer).

Saya bersungguh-sungguh cerita sebab dah tanya sendiri pada doktor masa Iman kena kudis api yang naik serentak di kawasan eczema dia. Memang krim sapu jugalah yang kami dapat. Cuma yang tak syoknya sebab krim tu steroid.

Ini kisah impetigo a.k.a kudis api Iman yang melarat sekali dengan eczema hari tu :

iman-nasuha-kudis-api

Baru je sembang dengan geng-geng Shaklee pasal impetigo a.k.a kudis api. Tup-tup beberapa hari lepas tu nampak simptom serupa dekat kaki anak sendiri. Itupun hari Sabtu baru perasan sebab nampak jelas dekat kawasan pelipat lengan dia.

Diakui, saya sendiri memang banyak sangat belajar bab-bab sakit, kesihatan dan penyakit sejak jadi penjual vitamin ni. Sangat membantu especially bila melibatkan ahli keluarga terdekat.

First time eczema tiba-tiba flares teruk macamtu. Baru tau budak ni ada mild eczema rupanya. Ingatkan selama ni just gatal-gatal biasa je sebab kulit dia memang sensitif dan mudah bertanda sejak dulu, macam ibu dia jgk.

Bersidanglah kami suami isteri memikir apa unusual food yang dia ada makan seminggu dua ni. Fikir punya fikir punya fikir, tettt.. susu lembu!

Memang last week abi ada belikan dia susu lembu perisa jagung dan strawberi dekat pasar malam. Iman Nasuha ni ikut sejarahnya adalah lactose-intolerance.

So sejak tu kami memang sangat berjaga[jaga dengan produk tenusu. Sebelum beli tu pun ada jugak terlintas tapi igtkan dah ok sbb last dia kena dulu masa umur setahun 3 bln, lepas minum milo kotak. Muntah dan cirit birit sampai lembik.

Kalini pun doktor kata jadi teruk tu sebab impetigo melarat ke eczema punya affected area. Dekat kaki semua dah kering elok.. cuma dekat bahagian pelipat eczema dan yang mudah berpeluh, jadi lambat kering. Kesian dia.

Selama itu ibu mandikan dia dengan Basic-H dan sesekali sapu vivix dekat luka (sebab tu nmpk kemerahan) Bila dah kering, baru tepek herbal-blend pulak.

Makan antibiotik doktor bagi dan bubuh ubat sapu sekadar untuk elak merebak lebih teruk. So far cuma ada 3 tempat dan belum ada new area lagi yang naik. Yang lain-lain semua dah terkawal. Alhamdulillah.

Bangga jugaklah saya sebagai ibu sebab sebelum sempat doktor ulas, ibu dia dah tau namanya impetigo. (penangan jadi pengedar Shaklee yang banyak geng dan banyak membaca).

Eh.. tau kan eczema ni bukan di semua area?

Ada kawasan-kawasan tubuh badan tertentu je yang jadi tempat target ruam eczema tau.

kawasan-eczema

Antaranya sekitar leher, betis, peha, ketiak, pelipat tangan dan kaki yang selalu berpeluh.

Kata doktor lagi, selain tu kena elakkan atau hindari daripada faktor pencetus (perkara yang boleh trigger eczema)

Antaranya :

  • produk tenusu (susu lembu)
  • kekacang
  • makanan laut
  • telur
  • soya
  • habuk/debu/hama
  • penggunaan produk pencuci/alatan kosmetik dengan bahan perengsa

Kelebihannya bila kita dah tau, akan lebih mudah nak kawal pemakanan anak disamping dapat elakkan ruam eczema tu timbul, menjalar dan buat anak kita rasa sakit dan tak selesa.

Macam Iman, memang kami dah tau dia ada alahan susu lembu. Cuma susu lembu fresh. Yougurt dia OK. Soya pun dia OK. Seafood lagi lah. OK sangat. Favourite dia tu.

Dan lepas kami tahu dia punya alahan tu bukan main-main, bukan kebetulan, bukan agak-agak, selama 4 tahun ni kami tak pernah perasan Iman Nasuha sebenarnya penghidap eczema.

Pertamanya sebab dia fully breastfeed sampai setahun 6 bulan.

Keduanya sebab kami tak pernah bagi dia susu lembu sejak doktor kata dia “lactose-intolerance” lepas cirit-birit dan muntah teruk akibat minum milo kotak.

Ketiga, sebab dia lepas putus susu ibu pun hanya minum susu kambing. Masa tu pun memang dengan niat sebab susu kambing memang lebih baik daripada susu lembu.

Buat parents yang anaknya ada masalah eczema, elok sangatah jika dapat bermula dengan ujian begini untuk pastikan anak kita ada alahan pada perkara/makanan apa. Memang lebih mudah nak jaga dan elakkan eczema mengganas.

Kalau dapat buat ujian darah lagi bagus. Kita boleh bebas daripada eczema kalau dapat “berpantang” dalam tempoh tertentu sehinggalah semua alahan hilang.

Macam Iman Nasuha saya memang ikhtiarkan dengan memberikan dia vitamin kanak-kanak yang bertindak sebagai penggalak imun dan pelengkap nutrisi. Anak pengedar Shaklee katanya. Kita tahu cara makan, kita tahu dos yang sesuai, kita tahu result sebab kitalah pengguna. :)

Feed your cells with healthy nutrients.

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia

COD sekitar Kajang, Bangi dan kawasan berhampiran

Hubungi Nusaybah Anuwar 019-3832656

666 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation