TIPS PALING MUDAH UNTUK BERJAYA DAPAT SALES JIKA ADA HAJAT UNTUK BERBISNES ONLINE

Bukanlah terer sangat nak kasi tips ni. Tapi acah-acah laaa macam terer kan. (sesi puji diri sendiri)

Sebab, memang ada ramai orang yang tanya

“eh, cemana eh ko buat biz online eh?

Tak susah ke eh?” <– (dah acah-acah pemes pulak dahh ?)

Tips dia senang je. Saya memang suka share benda-benda mudah ni sebab benda yang susah-susah tak ramai orang sanggup nak buat nanti.

Saya dah list-out kan macam kat bawah ni :

1. Pilih – bisnes apa yang nak dibuat : Kain baju ke, makana ke, servis/perkhidmatan ke..

2. Cuba

3. Buat.

4. Buat.

5. Buat.

6. Repeat

7. Improvise.

8. Ulang.. 8 lagi…

Hehehe.

Senang kan?

Banyak yang jadi susah sebab tak cuba. Asik zikir susah.. susah.. susah je.. memanglah jawapannya susah. ?

Tak payah nak tunggu semua ada, tak perlu nak tunggu semua cukup baru nak mula.

Sebab, selalunya kalau nak ada semua dulu ni last-last apa pun tak buat-buat. ? Yang tu takde, yang ni tak lengkap. Rugi masa berlalu begitu saja. Khennn.

Bukan sound sesiapa tau ni, cakap berdasarkan pengalaman sendiri yg dulu masalahnya duk malu.. malu.. entah apa yg dimalukan entah. Macamlah org nak kepochi sangat apa yg dia duk buat. ?

Redah je. Now or Never.

Time goes by nanti banyaklah idea yg datang mencurah-curah. Taulah macamana nak tambahbaik. Masa tu mesti rasa macam “alaaahaai kenapalah aku tak mula dari awal dulu?”

Jangan pulak harapkan hari ni buka kedai, esok terus menderu-deru pelanggan datang beli. Itu MAGIK.

Berbuat salah, gagal, kena reject semua tu rempah ratus dalam bisnes.

Pernah dengar kan orang kata “pengalaman adalah pengajaran yg paling berharga”. Lagi banyak buat silap, lagi banyak dapat belajar.

Memang betul!

Just Do It!

Nak lagi mudah, cari mentor utk tunjuk ajar. Takdelah langgar dinding berkali-kali.

Gadget pun masing-masing canggih belaka ada banyak apps yg boleh guna utk mudahkan urusan marketing. Sy suka je nak ajar tp kena jadi anak didik dulu lah kann.

Buat watermark comel-comel lepas tu bubuh dekat poster. Mesti orang tertarik nak datang beli.

Kalau tak reti atau tak ada bakat nak buat design, upah je orang. Jangan buang kudrat susah-susah fikir. ?

Apa?

Macam senang sangat pulak?

Laaahh.. memanglah senang. Yang penting kena MULA.

Oklah, begini.

Yang utamanya nak bisnes kena ada ilmu.

Kalau rasa nak start bisnes pakaian, kena ambil tahu pasal material apa, kualiti macam mana, mengecut tak kain tu lepas dibasuh, ada offer harga pukal tak kalau ambil banyak-banyak. Begitu.

Macam tu jugalah kalau nak jual produk kesihatan macam suplemen Shaklee. Kena banyak membaca, pergi kelas-kelas nutrisi, sertai group-group perbincangan dan rajin bertanya kepada yang lebih pakar.

Apa yang paling penting kena buat untuk berjaya dalam bisnes online?

Nak bisnes mesti kena pakai formula. Barulah nampak sinar kejayaan gitu.

Formula tu pulak tak mesti power gila tapi konsisten.

Wajib buka “kedai” hari-hari.

Kedai tu medium yang kita dah pilih dan decide nak guna untuk marketkan produk yang kita jual lah.

Kalau guna facebook, facebook lah.

Kalau guna instagram, instagram lah.

Kalau guna blog, blog lah..

Kalau semua sekali, maksudnya kita ni manager besar. Ada banyak cawangan yang kena manage. Kalau diibaratkan dengan kedai fizikal, kira banyak premis gitu.

Almaklum, bisnes besar kan?

Kalau ikut logik pun lagi banyak outlets, lagi banyak customer, lagi banyak jualan.

Dengan syarat, mesti buka kedai.

Mahu atau tidak, sibuk atau tidak, mesti wajib buat. Dah namanya pun ada bisnes kan. Kalau malas jangan declare terus awak tu penjual. Sila jadi pembeli je.

Tak kisahlah fulltime ke part time. Berapa jam sehari. Sebelah petang ke, shift pagi sebelum subuh ke, atau midnite masa orang semua dah berkeruh (tapi ada ke orang nak beli masa tu?)

Nak iklankan dengan cara macamana pun terpulang pada kreativiti masing-masing. Orang bisnes memang kena kreatif dan sentiasa berinovasi.

Nak tepek gambar barang ka, testimoni orang ka, promosi terhangat ka semua boleh. Nak up poster yang sama hari-hari pun terpulang. Itu seolah-olahnya macam banner atau banting kedai kita. Bagitahu apa yang special. Umumkan apa yang kita jual. Janjinya cuma satu. Kedai buka.

Nak hire staff ka, nak buat sendiri semua ka, itu kita tentukan sendiri. Fb Page pun boleh upah orang jadi admin tau. Sediakan ongkos je buat bayar gaji dia nanti.

Just imagine, kalau kita berniaga dan ada kedai sendiri. Buat bisnes nasi ayam, tapi restoran tak buka-buka. Asik “closed” je. Ataupun kalau harini buka, esok tutup. Lusa cuti 2 hari. Lepas tu minggu depannya pulak buka kedai semula ikut mood kita. Kira-kira balik, dalam sebulan berapa hari je yang betul-betul kita buka kedai.

Lama-lama orang dah malas nak datang. Sedap macamana pun nasi ayam tu kalau sekejap ada sekejap tak ada. Dah macam chipsmore gitu orang pun dah malas nak datang lagi. Hilang kepercayaan dah.

Kita pun takkan dapat maintain rasa nasi ayam yang serupa sebab tak practise hari-hari memasak dengan resepi yang sama. Nak improvise rasa dan kualiti pun jauh sekali. Sudahnya customer pun lari pergi makan nasi tomato kat restoran sebelah yang taklah sesedap mana tapi hari-hari dia buka.

Kita?

Sewa kedai hangus begitu saja. Nasi ayam basi. Last-last tutup kedai sebab nasi tomato kedai sebelah tu dah tip-top. Terpaksa bungkus nasi ayam dan makan sendiri sampai gemuk macam ayam daging yang kena cucuk antibiotik.

Begitu juga dengan bisnes online. Sewa yang dibayar cuma langganan internet dan data plan. Jauh lebih murah dan time flexible.

Kalau kita tak share, tak bagitau orang apa yang kita jual, tak canangkan apa kelebihan produk kita, malas buka “kedai” hari-hari (asyik singgah keluar masuk kedai orang je). Agak-agak ada tak orang yang ingat kat kita? Ada tak yang pergi war-warkan dekat kawan yang lain pasal kita?

Ada?

Itu bukan orang.

Itu MOMOK. Sebab itulah saya ada kedai online ni. Kedai vitamin saya dibuka 24 jam tau, tau! :)

Oh ya, satu lagi LAST BUT NOT LEAST.

Tips bisnes dan pantang larang paling penting. (terpakai utk online mahupun offline)

Jangan sibukkan diri nak kondem kekurangan produk orang lain. Tak payah. Itu kerja susah.

Cukuplah dengan “memaster” kan diri abis-abisan pasal “kekuatan” produk sendiri dan share. Ia jauh lebih senang. Tu pun tak cukup masa dah.

Kalau dah jenuh cuba tapi tetaplah duk rasa produk tak kuat-kuat. Fikir-fikirkanlah semula apa nak buat.

Anda kuat utk merubahnya. ?

Boleh hubungi saya kalau rasa berminat nak tahu lebih lanjut tentang vitamin semulajadi.

Saya sangat mengalu-alukan yang ingin sertai kami untuk berbisnes dengan cara paling bergaya.

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia

COD sekitar Kajang, Bangi dan kawasan berhampiran

Your Bisnes Mentor,

Nusaybah Anuwar 019-3832656

452 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation