TIPS NAK BERJAYA DALAM PENYUSUAN SUSU IBU

Susu ibu adalah hadiah terbaik yang dapat ibu berikan kepada anak mereka tanpa bayaran yang mahal. Modalnya hanya ilmu dan kasih sayang. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi sebaik sahaja dilahirkan sehingga sekurang-kuranya bayi berusia 6 bulan, bukan sahaja utk fizikalnya malah yang lebih penting utk perkembangan emosi dan pembentukan rohani bayi.. Penyusuan juga melengkapkan fasa kehidupan seorang wanita selain berupaya menjadi pelan kesihatan semulajadi buat si ibu…

baby4

Ibu-ibu harus memahami ilmu-ilmu penyusuan termasuklah mengenali payudara, fisiologi penyusuan, memulakan dengan betul, seterusnya mempunyai azam dan merancang mahu Berjaya dalam penyusuan!

1. SUPPLY ON DEMAND

Semuanya berbalik dengan konsep asal penyusuan susu ibu. SUPPLY ON DEMAND. Ini adalah konsep asas yang paling wajib semua ibu² tahu dan ikut jika mahu berjaya dalam misi penyusuan susu ibu. Memahami konsep demand & supply di mana semakin banyak anda mengosongkan payudara, semakin banyak susu akan dihasilkan.

Apakah itu konsep Supply on Demand?

Ayat mudah dan ringkasnya, semakin banyak berlaku stimulasi/ransangan (hisapan) pada payudara anda sama ada dari bayi atau menggunakan pump semakin banyak susu akan dihasilkan. Saya mula mengepam susu ibu sejak dari dalam pantang lagi. Tujuan utama untuk mengumpul stok ebm untuk kegunaan bila masuk kerja nanti. Saya gigih mengepam setiap hari. Excited bila tgk stok susu dlm fridge dan freezer. Jadual saya buat sendiri setiap 3 jam mesti ada aktiviti (samada susukan Nasuha bila dia kasi sign menangis kelaparan) atau mengepam setiap kali Nasuha lepas menyusu untuk memastikan breast betul-betul kosong. Kalau dia menyusu sebelah, saya akan pump yang sebelah lagi. Ini untuk pastikan kedua-dua breast seimbang dan akan terus menghasilkan cycle susu yang seterusnya untuk Nasuha.

Cabarannya memang banyak.  Saya pernah demam sebab mengalami bengkak susu. Masa tu badan menggigil², breast bengkak tapi susu tak mahu keluar. Macam tersumbat gitu. Ke klinik, pekup guna kobis dan urut pakai sikat antara usaha saya untuk sembuh. Memang sakit dan serik. Alhamdulillah, ia berakhir, tetapi kali ni dugaan nya susu pula mula merudum. Emosi dan penat mungkin sebab yang paling utama. Yelah, sentiasa berusaha memenuhi keperluan penyusuan Nasuha yang masih tak kenal erti kira siang malam. Waktu ini saya dapat bonus baru iaitu skill menyusukan bayi sambil berbaring. Memang rasa sangat lega sebab tak payah susah² nak duduk bersandar cari posisi menyusu lagi dan mata pun boleh pejam sama² dengan baby..hehehehe.. Tamau derhaka lagi jadual pumping, tak sanggup nak rasa lagi sakit mcmtu..

Usaha untuk improve diri sendiri dan jadi ibu yang terbaik untuk Nasuha telah buat saya ke sana ke mari, bertanya itu dan ini kepada sesiapa pun yang saya fikir boleh memberikan tips² berguna buat saya. Saya berasa sangat senang dan tenang kerana bukan sahaja pelbagai info yang saya perolehi daripada internet, malah ramai yang sudi berkongsi pengalaman menyusukan yang sememangnya banyak jatuh bangunnya.. Selain buku-buku penyusuan yang banyak terdapat di pasaran, saya juga banyak belajar daripada pembacaan di forum penyusuan di mana kaedah inilah yang saya jumpa dan amalkan.

2. POWER PUMPING

Sama dengan konsep Supply on Demand tadi. Semakin banyak permintaan semakin banyak pengeluaran!

“Power pumping is a technique that can be helpful in building a milk supply. For more information on basic pumping techniques, see the pumping section below. Here is a brief explanation of power pumping.”

Power pumping involves using regular pumping techniques and setup, but in a unique way. The idea is to mimic a baby who is nursing frequently to increase a mother’s supply, as is common in the nursing relationship during a growth spurt. To power pump, hook-up as you would for a normal pumping session, pump for 10-20 minutes, rest 10 minutes, then pump another 10 minutes, then rest for 10 minutes, then pump again for 10 minutes. The mother does this for about an hour, once per day, to increase supply. At other pumping times during the day, routine pumping is used. It can take about a week to see an increase, so don’t get discouraged.”

Sebenarnya tidaklah susah untuk buat power pumping ni. Asalkan ada kemahuan. Cara nya senang, lebih² lagi kalau menggunakan pump yg sepasang (double pump) yg automatic samada guna letrik atau bateri.. lagi bertambah-tambah mudah! Just pump selama 20mins, Rest 10 mins.. Pump 20 mins…Stop 10 mins…

So total is 1 hour.. Insyaallah kalau saya dlm seminggu lepas tu mmg nampak hasil nya.. Saya dah cuba dan rasa! Dalam masa 3-4 hari buat power pumping 1 atau 2 kali sehari.. Memang Mujarab!

Bagi saya yg tak ada  double pump ni, cara-caranya masih lagi senang.. Instead of pump 20mins..saya pump 10mins sebelah… lepastu sambung sebelah lagi 10mins…pastu 10mins sebelah…sampai la total dia 1 jam. Dalam tempoh tu yg bnyk nye pump angin. Tapi saya sabar dan konsisten. Penat?? Erm….cramp la jugak tgn tekan2 pump sejam…Tapi hasil nya? Pricelesss!!! Hehehe..lepas seminggu…wah superb hasil nye.. Power Pumping ni saya buat sekurang-kurangnya seminggu sekali atau 2-3x seminggu terutamanya bila pumping session mula kelaut atau susu mula merudum. Bangun tengah² malam or pagi buta untuk mengepam susu atau power pumping adalah memerlukan kecekalan yg tinggi tapi saya sanggup sbb waktu² tu hormone prolactin sedang tinggi.. tambah lagi bila tgk peha, betis, muka dan semua la anggota si kecik tu membesar melalui titisan susu kita sndiri.. Syukur pd yg menciptakan & rasa bangga pada kecekalan diri!

3.      MILK BOOSTER

Bahagian ini, bergantung kepada individu. Sekali lagi, ia bukan faktor utama, tetapi akan membantu kejayaan penyusuan. Mungkin berbeza mengikut kondisi tubuh seseorang.

Pengambilan makanan tambahan atau pemakanan merupakan faktor sampingan yang penting dan boleh dipertimbangkan.

imagesCAMLN9UH

PETUA TRADISI UNTUK MEMPERBANYAKKAN SUSU IBU

  • Bunga melur dan daun pucuk manis

Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi.

  • Kacang tanah

Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Kandungan asid aminonya pun tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan, anda digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing

  • Longan kering

Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya.

  • Daun sirih

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lsayakan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.

  • Halba dan jintan hitam

Cuci halba atau jintan hitam bersih-bersih. Selepas itu keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan 1 sudu halba atau jintan manis dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum airnya.

  • Susu

Banyakkan minum susu. Seelok-eloknya mengambil hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari..

  • Lobak merah

Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.

  • Nasi panas, halia muda dan air asam

Makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam.

  • Daun betik muda

Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari.

Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan di mana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum dapat adjust dgn hormon yg dihasilkan.

Namun, setelah beberapa bulan, apabila badan ibu sudah dapat adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang).

Ada pelbagai cara lain yg berupaya untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :

  • Kerapkan Menyusu / Mengepam
  • Jangan Tunggu Payudara Penuh
  • Minum air secukupnya, kerana 70% daripada kandungan susu ibu adalah air.
  • Fikir Bayi, Fikir Susu
  • Berdisiplin –  Jika anda seorang ibu yg bekerja, pastikan anda mengepam susu sekurang² nya setiap 3 jam
  • Tandem Pumping – Susukan bayi sambil mengepam. Sebelah susukan bayi, sebelah lagi pam
  • Teknik Marmet
  • Menyusu / mengepam Lebih Lama
  • Penyusuan Malam
  • Urutan
  • Pengambilan suplemen

Mulakan memerah susu seawal yg mungkin. Paling baik, seminggu selepas bersalin. Ini bagi mengelakkan anda mengalami stress akibat kekurangan stok susu semasa anda mula bekerja nanti. Dapatkan pam yang bersesuaian yang boleh membantu menjimatkan masa dan selesa. Elakkan stress. Kerana stress hanya akan menyebabkan susu anda berkurangan. Sentiasa berfikiran positif, bertenang dan bersabar jika mengalami dugaan semasa tempoh penyusuan. Ia sememangnya adalah perkara biasa..

Apa yang sangat penting di sebalik semua ini adalah ibu-ibu perlu lah yakin dengan diri serta disusuli dengan doa yg tidak putus :

  • Baca surah Al-Hujurat dan sapukan pada kedua2 belah payudara.
  •  Surah Al-Baqarah ayat ke 60 juga membantu.
  • Berdoa, semoga penyusuan kita dipermudahkan.

#Credit to rujukan Susuibu.com, http://vitaminsemulajadi.com/petua-susu-ibu-jadi-banyak/

 

2,580 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation