PERHATIAN BREASTFEEDING MOM – INI LAGI TIPS MENYIMPAN SUSU PERAHAN ATAU EBM

Atas permintaan, saya sambung sikit lagi entri Kenapa saya tak beli Deep Freezer walaupun dah 4 tahun jadi mak menyusu dan Cara Simpan Susu Badan Step By Step tanpa Peti Canggih

Cara SATU

1. Semasa di tempat kerja

Simpan susu perahan di bahagian sejuk (fridge) pada peti ais. Jangan terus dibekukan. Biasakan untuk tidak menyimpan susu tersebut di bahagian sejuk-beku (freezer).

CARA DUA

2. Ketika sampai di rumah

Pindah dan simpan susu perahan yang dibawa pulang dari tempat kerja di bahagian sejuk peti ais (jangan dibekukan) di rumah untuk kegunaan pada hari esoknya. *Masih juga jangan diletakkan di tempat beku. Susu selebihnya bolehlah disimpan di bahagian beku untuk pastikan ia tahan yang lebih lama.

Rasional : Untuk memastikan kandungan antibodi susu tersebut terpelihara daripada proses pembekuan. (proses pembekuan akan mengurangkan nutrisi dan antibodi yang terkandung dalam susu ibu).

Untuk mengekalkan kandungan zat, nutrisi dan antibodi, ebm atau susu ibu perahan hendaklah disimpan mengikut panduan penyimpanan di mana 3-5 hari adalah tempoh yang selamat untuk meletakkan susu di bahagian chiller, bergantung kepada keadaan peti sejuk di rumah juga.

Pengurusan bekalan susu perahan

Pada setiap hari, ambil satu botol susu beku (yang bertarikh paling lama). Bawa turun ke bahagian sejuk peti ais (chiller) dan dibiarkan mencair semalaman. Boleh juga direndam di dalam air paip dan diletakkan di dalam fridge. Jangan sesekali membiarkan proses defrost berlaku pada suhu bilik kerana ia akan meningkatkan risiko kehadiran bakteria. Susu tersebut kemudiannya bolehlah digunakan untuk bottle feeding bayi anda samada dihantar ke taska atau ke rumah pengasuh.

Rasional : Bayi akan dapat memperolehi semaksimum mungkin susu perahan segar pada setiap hari dan hanya sedikit sahaja daripadanya susu simpanan beku. Selain rasanya yang lebih enak, ia juga lebih tinggi nutrisi dan kandungan antibodi.

Apakah relevan menyimpan susu dengan cara ini :

Kesegaran susu ibu masih boleh dipelihara, tanpa melalui proses pembekuan di mana proses ini akan mengurangkan sebahagian antibodi semulajadi yang terkandung di dalamnya termasuk jumlah sel-sel hidup yang akan turut berkurangan.

Walaubagaimanapun, susu perahan yang dibekukan masih juga lebih baik jika dibandingkan dengan susu formula dari segi kandungan antibodi dan zat di dalamnya. Pemberian susu perahan segar yang tidak dibekukan akan menjamin bayi memperolehi susu ibu yang mengandungi antibodi yang tinggi pada setiap hari.

Rujukan : Guidelines for Storing Human Milk, Anna Smith, IBCLC

Baca Juga : 3 tips mudah yang terbukti berkesan untuk menjayakan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun berdasarkan pengalaman dan testimoni diri sendiri

Mengumpul stok ebm adalah penting, tetapi cara pengendalian yang betul adalah lebih penting!

Tak tercapai matlamat membekalkan nutrisi terbaik kepada anak melalui susu ibu jika anak kesayangan kita hanya diberi minum susu yang dibekukan pada setiap hari. Tak ada maknanya ebm stock yang banyak jika finally kita terpaksa-rela buang satu demi satu storage beg berisi susu kerana dah expired dan ruang simpanan yang semakin terhad.

Bukanlah salah dan menjadi kesalahan untuk mengumpul stok ebm yang banyak sehingga menjadi kebanggaan, tetapi ada cara yang lebih baik tanpa membazirkan susu yang kita dah perah, serta tidak pula menjejaskan kandungan nutrisinya.

Faham. Sangat faham betapa penat fizikal dan emosi bila susu yang dipam keluar akhirnya terbazir begitu sahaja. Kalau rasa susu yang diperah terlalu banyak, carilah anak susuan. Dapat juga memanjangkan ukhuwah sesama Islam kan ?! :)

Salam sayang dan Happy breastfeeding to All Mummies!

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia

COD sekitar Bangi dan Kajang serta pengeposan ke semua kawasan

Nusaybah Anuwar 019-3832656

820 total views, 5 views today

2 Thoughts on “PERHATIAN BREASTFEEDING MOM – INI LAGI TIPS MENYIMPAN SUSU PERAHAN ATAU EBM

  1. Pingback: TIPS MENYIMPAN EBM TANPA DEEP FREEZER | Life is a Story

  2. zila on 04/05/2017 at 12:31 PM said:

    Terima kasih atas ilmunya sgat bermanfaat

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation