TIPS MENGHADAPI GROWTH SPURT YANG SELALU BIKIN MAK MENYUSU CUAK SEBAB SUSU TIBA-TIBA TAK CUKUP

Tugas wanita hari ini bukan setakat jadi ibu dan isteri, malah juga sebagai pekerja dan ahli masyarakat yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara tercinta.

Wow! Dah macam ayat dalam intisari berita TV3.

Ibu juga perlukan masa untuk dirinya sendiri so called “me time” dan kadang-kadang memang sampai tak menang tangan untuk sentiasa memastikan semuanya perfect. So, jangan sesekali menguji kesabaran mak menyusu, dia dah cukup sabar selama ni menanti air susu yang setitik tu penuh sampai cukup sebotol.

Situasi 1 :

“Di pejabat, saya hanya pam susu sekali sahaja dalam sehari sebab sejak mula bekerja saya tidak pernah merasa payudara saya penuh”

-ibu elly, puchong-

Ni salah satu salah fahaman yang paling merbahaya di kalangan ibu menyusu tapi sangat ramai yang buat. Katanya sebab breast belum tegang dan berat lagi.

Kurang kekerapan memerah susu semasa bekerja adalah antara sebab utama mengapa ibu bekerjaya berasa susu mereka semakin berkurangan walaupun di awal dulu ia lebih daripada mencukupi.

Apabila mula kembali bekerja selepas berpantang, hanya semangat yang tinggi mampu buat ibu memerah susu 3 hingga 4 kali semasa bekerja. Itupun dah kira cukup bagus!

Tetapi, apabila bebanan tugas semakin banyak, jadual memerah sudah tidak dapat lagi diikuti dengan baik. Tu yang ada mak yang cuma perah sekali sehari je tu. Pun katanya, “Mujurrr aku perah. Lagipun, dah tak tahan sangat sebab duk rasa tegang semacam macam nak pecah breast. Basah weh baju aku!”

Pada waktu ini badan mendapat isyarat bahawa ibu tidak lagi perlu menghasilkan susu dengan banyak. Yelah, bayangkan daripada 5-6 kali sehari (minimum) anak mintak susu (direct feed masa kat rumah), tiba-tiba rutin tu berubah jadi cuma sekali. Terkejut weh!

Kurangnya permintaan daripada badan menyebabkan kurangnya bekalan. Sebab-sebab lain adalah ibu terpaksa outstation, bayi sudah kurang menyusu pada waktu malam dan keperluan bayi meningkat beberapa hari kerana growth spurt.

Kenapa growth spurt dikaitkan dengan beralih bulan?

Common-milk-supply-false-alarms

Apakah dia Growth Spurt ?

Growth spurt atau pecutan pertumbuhan berlaku apabila bayi memerlukan lebih banyak susu untuk membesar. Bayi akan kelihatan seolah-olah sentiasa lapar, tidak puas menyusu dan susu yang diberikan juga seolah-olah tidak cukup untuk mereka.

Biasanya, ia berlaku pada beberapa hari pertama dan sekitar 7-10 hari, 2-3 minggu, 4-6 minggu, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan, 9 bulan selama 3 hingga 7 hari dan kemudian kekerapan penyusuannya akan kembali normal.

Kalau orang-orang tua suka kata “alaaa… buat perangai cerdik sebab nak beralih bulan laa tu”.. Tup-tup beberapa hari lepas tu baby dah boleh meniarap, menyulur, merangkak, dan bertatih.

See.. mereka memang perlu lebih air susu emaknya yang sedap lagi berkhasiat tu untuk bergerak lebih maju setapak ke hadapan. J

Bayi yang menyusui ibu secara eksklusif (usia 0-6 bulan), mengalami peningkatan permintaan yang cepat di minggu-minggu pertama kehidupan dan mula stabil antara umur satu hingga enam bulan.

Namun, ini tidak bermakna ibu harus memberikan nestum atau bijirin lebih awal pada mereka sebelum mencecah usia 6 bulan. Sebaliknya ibu harus sentiasa mengikuti petunjuk bayi dengan terus menyusuinya mengikut permintaan.

Bayi sebenarnya sedang menghantar signal pada breast ibu dengan menghisap lebih banyak dari biasa, cerewet dari biasa dan sedang memberitahu tubuh ibu supaya menghasilkan lebih banyak susu untuk menyokong perkembangan tumbesarannya.

Pada ketika ini, tubuh ibu juga akan mengikuti prinsip “Supply and Demand” di mana, penghasilan susu juga akan bertambah seiring dengan permintaanya yang mula meningkat. Oleh sebab itu, ibu harus menyediakan bekalan mencukupi untuk memenuhi keperluan bayi yang semakin membesar dengan jadual mengepam yang konsisten dan berdisiplin.

Kelak, apabila bayi telah mula diberikan solid food, maka ketika itu frekuensi menyusu pun akan mula menurun juga.

Cara menghasilkan lebih banyak susu :

  • Perhatikan cara penyusuan – pastikan lekapan betul-betul tepat pada areola
  • Menyusukan bayi dengan lebih kerap mengikut permintaannya
  • Mengosongkan payudara dengan konsisten antara sesi penyusuan
  • Mengurut payudara dengan lembut
  • Tuam dengan air suam untuk melancarkan aliran
  • Berdoa dan rajin bersedekah
  • Sentiasa menenangkan fikiran dan berlapang dada

Makanan yang boleh membanyakkan susu (galactogogue) :

  • lobak putih
  • jantung pisang
  • longan kering
  • peria
  • bijirin
  • kurma
  • asparagus
  • soya
  • sayuran hijau
  • pucuk manis
  • halba

Selain itu, antara herba semulajadi dan terkenal dalam meningkatkan penghasilan susu badan ialah alfalfa, habbatus-sauda dan fenugreek (halba) yang berupaya meningkatkan paras prolaktin dalam aliran darah. Ia seterusnya mampu memperbanyakkan dan menigkatkan penghasilan susu ibu.

Apabila seorang ibu memerah susu pada hari bekerja bagi digunakan pada hari berikutnya, istilah yang digunakan ialah “pump today for tomorrow’s feed”. Ia adalah bertujuan memberi isyarat kepada badan ibu supaya terus menghasilkan susu yang cukup untuk anak selama mana ibu sedang bekerja dan berjauhan dengan si jantung hati.

Sekiranya ibu memerah sekadar untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan anak dan selebihnya diambil daripada stok susu beku, tabiat ni lama-kelamaan akan memberi isyarat pada badan ibu bahawa ia hanya perlu membekalkan sebahagian sahaja daripada keperluan bayi. Keadaan ini akan menjejaskan penghasilan susu ibu dalam jangka masa panjang.

Jom tengok perkongsian Live daripada seorang ibu, bagaimana beliau melalui fasa penyusuan yang penuh pancaroba :

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Best kan?

Memang, untuk anak kita memang akan sanggup melakukan apa saja.

Apa yang saya amalkan sejak anak pertama ialah makan makanan yang seimbang, minum air secukupnya berkadaran dengan keperluan tubuh sentiasa berfikiran positif bahawa susu badan saya cukup untuk bayi saya. Saya juga selalu memohon dan berdoa pada Allah agar urusan dan niat saya selalu dipermudahkan.

Ingin mencuba suplemen penyusuan seperti yang diamalkan oleh Puan Farah Waheeda ini?

Hubungi saya, pengedar sah Shaklee anda :

Nusaybah Anuwar 019-3832656

811 total views, 5 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation