TIPS MENGENDALIKAN EBM, PERLUKAH STOK SUSU BEKU YANG BANYAK GILA ?

Assalamualaikum…

Saya sebenarnya seronok sangat bila tengok kawan-kawan yang semakin celik tentang betapa pentingnya memberikan bayi susu ibu, sekurang-kurangnya pada 6 bulan pertama selepas si kecil lahir.

Gila tak seronok, sudahlah bersusah-susah masa mengandung, bersakit-sakit masa bersalin, bertensen-tensen masa berpantang, lepas tu… dia sambung pulak dengan usaha bergigih-gigih masa menyusu. Ini bukan benda main-main dan tak semua orang sanggup weh.

Serius!

Yelaah, bukan apa..berdasarkan pengalaman sendiri memang bukan senang nak commit dengan tanggungjawab yang satu ni.

Kenapa saya kata tanggungjawab?

Sebab menyusui anak dengan susu badan ialah hak seorang anak yang si emak kena tunaikan.

Namun, ramai di kalangan ibu-ibu yang sangat risau dengan jumlah stok susu perahan yang berada di dalam simpanannya. Lagi pulak bila bersembang dengan mak menyusu lain yang sampai terpaksa beli deep atau upfront freezer atau chest freezer untuk menyimpan susu mereka yang terlalu banyak.

Apa lagi, mula lah cenderung nak membanding-bandingkan susu sendiri yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Kesannya apa?

Stress bila tengok susu sendiri yang sikit. Sekali perah cuma dapat 2 oz dan kena perah hingga 4-5 kali sehari. Dan… Tambah tension bila nampak kawan sebelah yang pam 2 kali sehari tapi hasilnya penuh sampai melimpah setiap botol. Sesungguhnya perasaan itu adalah sangat tidak best seolah-olah sedang berlaku sesuatu yang tidak adil!

Salah satu yang selalu menjadi persoalan ialah pentingkah dibuat stok ebm yang banyak sampai kena beli peti sejuk tambahan dengan fungsi penyimpanan yang lebih canggih, ruang yang lebih luas supaya susu juga tahan lebih lama?

Perlukah stok ebm yang sangat banyak begini sebenarnya?

Jawapan saya ialah perlu. Tapi bukan wajib untuk menjayakan penyusuan.

AMARAN : Entry ini masih panjang dan kesemua yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman sendiri yang dah mengalami serta ilmu yang diperoleh daripada kelas laktasi. Bukan sekadar tengok-tengok orang or baca-baca serba sikit.

TO be frank, saya memang sedih yang teramat bila banyak susu yang terpaksa dibuang (masa anak sulung) sebab kondisi dan kuantitinya tidak sesuai dengan keperluan anak (ini tanpa deep freezer) dan saya memang belajar sesuatu sehingga berjaya menyusukan anak kedua melebihi 2 tahun tanpa sebutir freezer canggih pun!

Experience is always the best lessons kan?

OK kita sambung!

Memang tak dinafikan, di hari-hari pertama penyusuan, ia adalah tersangat sukar terutamanya kalau si emak baru pertama kali bertitle ibu. Waktu inilah si kecil sangat memerlukan kita, sedangkan kita pula baru jadi seorang emak dan masih terhegeh-hegeh. (Position baby melekap dekat tek pun belum tentu betul masa ni hoccay!)

Pantang larang kerasss!!

Jangan sesekali cuba untuk memberikan susu formula pada bayi pada waktu ini sebab seriously ia memang akan mengganggu penyusuan. Di usia awal macamni, keperluan bayi belum begitu banyak bersesuaian dengan susu kita yang juga belum banyak memancut-mancut macam air terjun niagara. Besar perut dia seciput je baruuu…

Cuma satu yang kita kena ingat, susu ibu sifatnya sangat mudah dan cepat dihadam, jadi baby juga akan lebih kerap menyusu. Semakin banyak permintaan, susu juga akan semakin meriah. (Bukan lagi banyak baby minum, susu akan habis!)

Don’t everthink!

Allah dah cipta cantik-cantik dah belaka semua tu. Kita je yang kena rajin korek ilmu, percaya dan usaha.

Stok susu perahan biasanya akan mula dikumpul sejak ibu masih dalam tempoh berpantang. Sebab paling penting yang ramai ibu tak perasan ialah, pada waktu inilah sebenarnya hormon prolaktin (hormon penyusuan) sedang berada pada tahap klimaks = susu memang tengah banyak yang terlampau.

Breast atau payudara ibu pun masih belum pandai untuk adjust banyak mana susu yang perlu dikeluarkan dan bagaimana rutin penyusuan bayi kita. Lain bayi lain berat badan semasa lahir dan lain juga corak penyusuannya tau!

Oleh sebab itulah, waktu-waktu begini ramai ibu yang mudah mendapat bengkak susu jika lekapan atau posisi penyusuan tidak betul terutamanya pada minggu-minggu awal selepas bersalin. Bengkak susu memang menyakitkan dan menjadi cabaran yang maha hebat yang ramai orang selalu “kantoi” di fasa ini.

Susu banyak sehingga breast membengkak dan sakit, tapi belum pandai nak pegang baby betul-betul di posisinya supaya lekapan sempurna pada areola.

Stok susu perahan atau lebih dikenali sebagai EBM ini sebenarnya berfungsi sebagai back-up plan dalam situasi-situasi tertentu seperti ibu tak sempat mengepam, terpaksa bertugas di luar kawasan, susu merudum setelah period dan ibu tidak sihat.

Ia sememangnya sangat penting untuk kegunaan di waktu-waktu kecederaan begini untuk memastikan bekalan susu untuk anak sentiasa mencukupi tanpa perlu top-up dengan formula milk yang lain. Akan tetapi, untuk memenuhi tujuan utama penyusuan, susu yang segar semestinya adalah lebih baik dan kaya dengan nutrisi dan antibodi.

EBM beku yang disimpan selama 3-6 bulan sepatutnya hanya digunakan ketika keadaan memerlukan, bukan sebagai bekalan utama untuk diberi kepada bayi. Tidaklah terlalu penting pun sebenarnya susu yang terlalu banyak begitu, sebab tidak semua bayi keperluan dan corak penyusuannya sama.

Yang lebih penting ialah ia cukup untuk anak kita. Anak orang atau mak orang yang susunya sampai boleh buat mandi manda tu kita jangan fikir. Buang masa dan bikin stress je nanti.

Jangan suka membanding-bandingkan berapa banyak susu yang kita dapat perah dengan orang lain.

Kenapa?

Sebab, sekalipun banyak sampai ada 2 bijik peti sejuk canggih manggih, belum tentu anak kita mampu habiskan dalam tempohnya. Tak ke sedih bila dah penat-penat pam akhirnya susu tu kena buang je?

Itu belum dikira lagi kes-kes di mana ada sesetengah bayi yang lansung tak mau minum susu yang telah dibekukan kerana rasanya yang dah tak berapa sedap, selain bau yang kurang enak.

Antara sebabnya ialah kandungan enzim lipase di dalam susu ibu yang tugasnya menguraikan lemak supaya senang dicernakan oleh perut bayi. Apabila susu ibu dibekukan, enzim lipase ini akan meningkat menyebabkan susu beku berubah bau dan rasa ke bau tengik dan rasanya yang sedikit tajam. Namun begitu tidak semua ibu mempunyai kandungan enzim lipase yang tinggi seperti ini di dalam susu jadi tidak semua bayi tidak sukakan susu beku.

Bagi bayi yang menolak susu beku (yang sudah dicairkan), ini bermaksud kandungan lipase dalam susu anda tinggi. Tips ini mungkin membantu untuk mengelakkan pembaziran susu.
tips menyimpan ebm supaya cukup sampai 2 tahun
Seperti juga freshmilk yang kita beli di pasaraya. Walaupun tempoh tarikh luputnya tidak begitu panjang, tetapi rasanya lebih sedap dan segar, kan?! :) Macamtu jugaklah tekak baby kita.
susu segar memang lagi sedap daripada susu beku kan?

susu segar memang lagi sedap daripada susu beku kan?

Saya ulang sekali lagi dan lagi.

Mengumpul stok ebm adalah penting, tetapi cara pengendalian yang betul adalah lebih penting!

Tak tercapai matlamat membekalkan nutrisi terbaik kepada anak melalui susu ibu jika anak kesayangan kita hanya diberi minum susu yang dibekukan pada setiap hari. Tak ada maknanya ebm stock yang banyak jika finally kita terpaksa-rela buang satu demi satu storage beg berisi susu kerana dah expired dan ruang simpanan yang semakin terhad.

Bukanlah salah dan menjadi kesalahan untuk mengumpul stok ebm yang banyak sehingga menjadi kebanggaan, tetapi ada cara yang lebih baik tanpa membazirkan susu yang kita dah perah, serta tidak pula menjejaskan kandungan nutrisinya.

Faham. Sangat faham betapa penat fizikal dan emosi bila susu yang dipam keluar akhirnya terbazir begitu sahaja. Kalau rasa susu yang diperah terlalu banyak, carilah anak susuan. Dapat juga memanjangkan ukhuwah sesama Islam kan ?! :)

Salam sayang dan Happy breastfeeding to All Mummies!

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia

COD sekitar Bangi dan Kajang serta pengeposan ke semua kawasan

Nusaybah Anuwar 019-3832656

Pengedar sah shaklee Bandar Baru Bangi dan Kajang

3,342 total views, 1 views today

4 Thoughts on “TIPS MENGENDALIKAN EBM, PERLUKAH STOK SUSU BEKU YANG BANYAK GILA ?

  1. Pingback: KENDALIKAN EBM | Life is a Story

  2. Pingback: 3 TIPS PALING MUDAH DAN TERBUKTI BERKESAN UNTUK BERJAYA JADI IBU MENYUSU SELAMA 2 TAHUN | Life is a Story

  3. Sofie on 23/01/2017 at 11:45 PM said:

    Artikel ini betul2 membuka mata saya yg baru bercadang nk sambar satu chest freezer..dalam ekonomi diri yang tak begitu memberansangkan, banyak belanja yang perlu sy korbankan untuk dptkan chest freezer ni..tapi alhamdulillah Allah aturkn cukup cantik..lepas menyusukan anak awal pagi begini..rutin biasa selepas itu..pam untuk kosongkan breast..sy terbaca artikel ni..
    Allahu..salah konsep saya selama ini..memang terikut2 dek kawan2 yang susu meriah hingga terpaksa membeli deep freezer..hinggakan saya terfikir itu sebagai kewajipan untuk menjayakan penyusuan..
    Allah atur sebaiknya..saya sepatutnya perlu kerapkan menyusukan bayi dan mengepam supaya pengeluaran dapat ditingkatkan sebagai persediaan ketika mula bekerja nanti..sy dpt kumpul chill ebm sebanyaknya untuk dibekalkan kepada anak..susu yg freeze untuk topup seadanya dan bukan keperluan utama..
    Tq byk2 tuan tanah..moga Allah memberikan ganjaran atas ilmu yg disampaikan..

  4. Pingback: PERHATIAN BREASTFEEDING MOM – INI LAGI TIPS MENYIMPAN SUSU PERAHAN ATAU EBM | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation