TIPS MENGATASI SEMBELIT SEMASA MENGANDUNG SUPAYA TAK KENA BUASIR

Sejak kebelakangan ini saya kerap mengalami masalah sembelit. Untuk pengetahuan doktor, saya sedang hamil anak pertama. Mengapakah saya sering mengalami masalah tersebut? Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengatasi masalah tersebut ? Adakah sembelit semasa hamil boleh menjadi masalah yang serius?

– Amalin,   Selangor (UtusanOnline.com)-

sembelit semasa hamil yang tidak diatasi boleh menyebabkan buasir

Apakah yang dikatakan sembelit?

Sembelit berlaku apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan terdapat kesukaran untuk membuang najis sedangkan ia adalah proses semulajadi tubuh kita.

Setiap orang mempunyai tabiat perkumuhan yang berbeza, samada dari segi pergerakan usus yang mungkin kecil, kering atau bilangan berapa kali seseorang membuang air besar dalam sehari. Ia mungkin 2-3 kali sehari atau sekali dalam 2-3 hari.

Sembelit semasa mengandung adalah salah satu masalah atau isu berbangkit yang sering berlaku dikalangan ibu-ibu hamil. Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita hamil mengalami masalah sembelit. Antara faktor yang menyebabkan ia berlaku adalah :

  1. Perubahan hormon semasa hamil yang memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman.
  2. Pergerakan fizikal yang terbatas menyebabkan kurangnya aktiviti berjalan dan bergerak semasa mengandung
  3. Otot pada usus mula mengendur kerana kadar hormon progesterone yang tinggi semasa hamil
  4. Tekanan oleh rahim yang semakin membesar ke atas rektum menyebabkan kesukaran membuang air besar
  5. Sesetengah pil zat besi yang diambil untuk mengatasi masalah low HB akan membuatkan sembelit menjadi lebih teruk

Berikut disenaraikan beberapa tips yang boleh diikuti dan menjadi panduan bagi menangani sembelit ketika hamil :

1. Perhatikan bila dan biasakan diri untuk pergi ke tandas sejurus pada setiap kali pertama anda rasa mahu membuang air besar.

2. Waktu awal pagi atau kira-kira satu jam selepas waktu makan adalah masa-masa yang sesuai untuk anda cuba ke tandas untuk membuang air besar.

3. Awasilah diet anda dengan mengambil makanan tinggi serat seperti bijirin dan roti bijian penuh, buah-buahan serta sayur-sayuran segar setiap hari.

4. Elakkan makanan yang pedas dan ‘fast-food’ kerana selain tidak menyihatkan, makanan tersebut tiada serat yang akan membuat najis menjadi keras

5. Pastikan minum banyak air atau jus buah-buahan dan sekurang-kurangnya lapan gelas sehari termasuklah jus prun yang juga boleh membantu.

6. Lakukan aktiviti harian seperti biasa kerana kesemuanya boleh membantu mengurangkan sembelit, dan membuatkan anda berasa lebih cergas dan sihat

7. Selang-selikan hari cuti di hujung minggu dengan senaman-senaman ringan yang disarankan untuk ibu hamil seperti berjalan kaki di taman dan berenang

8. Cuba-cubalah ambil masa untuk bertenang dan menikmati “me time”. Mintalah bantuan suami untuk turut membantu dalam urusan rumahtangga. Stress pun boleh ganggu kerja-kerja usus nak mengelurkan najis tau!

Syukurlah saya tak pernah rasa macamana sembelit masa mengandung atau lepas bersalin sebab hari-hari pun memang lawas yang teramat sangat!

Selain daripada itu, vitamin kehamilan yang mengandungi zat besi juga boleh menyebabkan sembelit. Zat besi memang sangat penting dan diperlukan untuk mengatasi masalah kekurangan hemoglobin – sel darah merah. Jadi memang kena bincang dengan doktor baik-baik kalau ada pilihan lain yang supaya tidak memburukkan lagi keadaan.

Macam saya sendiri, cukup dah dengan Vitamin Mengandung Shaklee yang ohsem tu, dah 3 kali kot makan sepanjang jadi mak buyong. Doktor siap puji lagi sebab semua result test canteekk. :)

Jangan berani-berani guna “short cut” dengan makan ubat-ubatan macam julap yang boleh didapati di kedai tanpa nasihat doktor. Jika perubahan pada diet dan gaya hidup tidak memberi banyak perbezaan, doktor tahu apa yang boleh dibuat atau mencadangkan ubat yang selamat diambil semasa hamil.

Pengambilan makanan tambahan memang membantu memandangkan tidak semua zat daripada pemakanan seharian dapat diserap dengan baik oleh ibu hamil yang semakin cepat terasa sebu ketika makan. Penggunaan ubat-ubatan sebaiknya menjadi pilihan yang terakhir untuk menyelesaikan masalah sembelit ini sebab mak mengandung tak boleh makan sembarangan ubat.

Sembelit bukanlah satu masalah besar bagi kebanyakan wanita hamil, tetapi jika ia masih juga berlarutan, tolonglah mengadu pada doktor masa regular checkup.

Sembelit yang berpanjangan dan tidak diambil tindakan sejak di peringkat awal boleh menyebabkan buasir. Apabila proses membuang air besar yang sepatutnya menjadi fitrah semulajadi tubuh menjadi beban yang sukar, proses perkumuhan akan menjadi sesuatu yang menyakitkan. Otot-otot pada pembuluh darah di lubang dubur yang lemah akan meningkatkan risiko buasir.

Ibu hamil tak perlu risau sangat sebab buasir biasanya akan reda sendiri tidak lama selepas bersalin. Tetapi, ianya boleh berulang semula jika tidak dijaga dengan baik. Amalkan tabiat makan yang sihat beserta suplemen pelengkap yang dibekalkan oleh doktor.

Kalau saya dulu, masa mula-mula bersalin anak pertama, memang bergantung sepenuhnya dengan ubat lawas berak yang doktor bagi, tapi lepas kenal Shaklee dengan mendalam dan tau adanya ostematrix – memang dah tak heran dengan ubat tu!

Saya cuma makan ostematrix – yang lengkap dengan vitamin D untuk kadar penyerapan maksimum dan magnesium yang sangat membantu melembutkan najis. Yeay!

Pemakanan yang seimbang memang tersangatlah penting untuk perkembangan bayi dalam rahim sekaligus mengelakkan komplikasi kehamilan yang sering dirisaukan. Jangat runsing-runsing lepas bersalin, jadi gila meroyan nanti!

Hubungi saya untuk dapatkan set lengkap ibu mengandung atau cadangan vitamin yang selamat untuk elak masalah sembelit dan buasir.

Pengedar sah Shaklee untuk penghantaran seluruh Malaysia

Konsultasi dan panduan pemakanan diberikan PERCUMA!

Nusaybah Anuwar – 019 3832656

1,696 total views, 7 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation