TIPS MENGATASI NAFAS BERBAU

Bau mulut yg menyenangkan akan memberikan anda lebih keyakinan utk berinteraksi dengan individu lain dan masyarakat luar.

Bagi kita orang islam, mulut orang yang berpuasa ni harum baunya macam kasturi di sisi Allah SWT. Itu bagi golongan yang berpuasa. Ehem.. bagaimana pula jika yang tidak berpuasa tetapi bau mulut dan nafasnya Ya Allah..

Sebenarnya halitosis atau bau mulut ini bukan perkara yang asing. Bau mulut juga boleh berpunca daripada penyakit sistemis seperti liver, perut, saluran pernafasan dan ginjal. Sedangkan penyakit gigi dan mulut penyebab nafas tak segar di antaranya gigi berlubang, radang gusi, gingivitis kerana karang gigi, dan periodontitis. Kalau tak tersenarai dengan semua penyakit-penyakit ini bagaimana pula ye?

Jangan banyak Tanya atau jadi kura-kura dalam perahu, (pura-pura tak tahu).. Sila gosok gigi dengan lebih kerap. Dengan segala hormatNya dipersilakan..

mulut

Di bawah ini saya kongsikan serba sedikit tips dan petua untuk mencegah bau mulut selama puasa, seperti di sarankan dari holisticcare-dental clinic :

  1. Menjaga kesihatan gigi dan mulut dengan menggosok gigi dan lidah secara benar. Bersihkan sela-sela gigi dengan benang gigi. Jika menggunakan cecair kumur, jangan memakai cecair dengan kandungan alkohol di atas 25 peratus kerana meningkatkan risiko kanser rongga mulut.
  2. Periksa ke doktor gigi anda sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Bila ada masa, lakukan spa gigi dua kali dalam sebulan untuk menjaga kesihatan gigi.
  3. Elakkan merokok dan alkohol kerana memberi kesan memburukkan status kebersihan mulut yang mencetuskan terjadinya gingivitis dan periodontitis. Alkohol mengurangkan pengeluaran air liur yang akan memburukkan bau mulut.
  4. Perbanyak pengambilan buah-buahan pengusir bau mulut seperti epal, sengkuang dan lobak merah. Teh hijau mengandungi bahan aktif catechin yang dapat menghilangkan plak, menurunkan kadar gula, dan membunuh bakteria penyebab bau mulut. Minumlah 2-5 cawan teh hijau sehari.
  5. Keju yang rendah karbohidrat, tinggi kalsium dan mengandungi fosfat, dapat memperkuat email gigi, meningkatkan pengeluaran air liur dan mengurangkan pertumbuhan karang gigi.
  6. Perbanyak pengambilan air putih minimal satu liter atau lapan gelas sehari selama berbuka hingga sahur. Ini untuk menjaga keseimbangan air dalam tubuh.
  7. Ambil makanan probiotik seperti yogurt yang memelihara pencernaan dan menghalang bau mulut.

Atau anda boleh cuba amalkan mana-mana petua mudah di bawah ini. Moga ia dapat membantu mengatasi masalah nafas berbau/mulut berbau dengan berkesan :

  1. Ambil anggaran 15 helai pucuk daun jambu batu atau daun yang muda. Tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam bekas yang berisi separuh air. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.
  2. Ambil 3 batang serai Wangi dan 3 biji limau kasturi. Tumbuk kedua-duanya hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk kecil dan tuang air sehingga 3/4 periuk. Masak sehingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.
  3. Rendam beberapa helai daun sirih ke dalam air suam selama 5 minit. Minum air tersebut. Amalkan setiap hari.
  4. Ambil beberapa helai daun sisrih. Ramas sehingga keluar jusnya. Masukkan ke dalam air kosong dan kacau sehingga sebati. Tapis dan minum. Amalkan setiap hari.
  5. Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam segelas air suam. Biarkan selama 5 minit dan berkumur dengan air tersebut. Amalkan 2 kali sehari setiap hari.
  6. Kunyah sebatang kayu manis yang kecil setiap malam sebelum tidur. Telan airnya dan hampasnya dibuang. Amalkan setiap malam

SELAMAT MENCOBA!

1,119 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation