TIPS MENGAJAR ANAK MINUM SUSU PERAHAN MELALUI BOTOL

mag_ap_bab1_340_4x3

Kembali bekerja setelah 2-3 bulan cuti sempena berpantang adalah sesuatu yang sangat sukar. Saya pasti ia adalah satu perasaan yang berada hampir pada setiap ibu-ibu yang melahirkan. Perasaan berbaur yang telah sangat rindu untuk bertemu rakan-rakan sekerja dan perasaan lawan yang juga kelak akan sangat merindui baby. Tambahan pula, di usia-usia begini si comel baru mula berjinak-jinak membalas senyum dan ketawa mengekek tiapkali disapa.

KOLEKSI SOALAN LAZIM (Sumber : Kumpulan Ibu Menyusukan.Com)

Bilakah waktu terbaik untuk melatih anak menyusu menggunakan botol?

  1. Boleh mula mengajar anak minum melalui botol 2-3 minggu sebelum mula bekerja
  2. Pastikan baby berusia lebih daripada sebulan (Sekurang-kurangnya 4 minggu)

Jenis botol bagaimanakan yang sesuai untuk melatih anak minum melalui botol dan saiz puting yg sesuai?

  1. Pastikan saiz lubang puting adalah untuk newborn atau slow flow
  2. Pilih putting yang putingnya wide neck (putting besar) atau yang sesuai dengan kehendak anak
  3. Tidak perlu tukar saiz puting sehingga baby berusia 12 bulan

Cara penggendalian susu?

  1. Panaskan susu perahan dengan amaun yg sedikit, hanya utk satu kali sesi penyusuan bagi mengelak pembaziran (2-3 oz)
  2. Pastikan susu tersebut disuamkan dengan betul bagi mengelak kemusnahan kandungan nutrisi nya’
  3. Untuk permulaan, mulakan dgn memberi fresh/chilled EBM terlebih dahulu kerana biasanya jika dimulai dengan frozen EBM, dikhuatiri baby akan menolak kerana rasa frozen EBM adalah sedikit berbeza (sedikit tengik disebabkan enzim lipase pada ibu) dari susu yang fresh dari ibu. Jika baby dah mula terima chilled, bolehlah mula memberi frozen EBM pula.

Siapa yang sepatutnya memberi susu ibu melalui botol kepada anak?

  1. Pastikan orang lain yg memberi baby susu melalui botol tersebut. Minta bantuan dari ahli keluarga atau bapa baby. Untuk kali pertama, biasanya baby takkan terima dan akan refuse jika mama/ibu yang suapkan.
  2. Sebaiknya, minta bantuan pengasuh atau orang yang bakal menjaga baby kita setelah kembali bekerja kelak memberikan susu perahan tersebut menggunakan botol kepada baby.

Apa yang perlu ibu lakukan?

  1. Jangan sesekali mengalah kepada anak. Biasanya bila anak menangis, ibu akan terus bagi anak menyusu direct sebab tak sampai hati. Ya, sebab naluri keibuan yg sedar tinggi dan mekar. Selagi anda mengalah, selagi itulah baby takkan berjaya menyusu dengan botol sedangkan mama/ibu telah semakin hampir dgn tarikh kembali mula bekerja. Nanti dah last minute anak masih reject botol, mula lah stress dan nanti efek production pula.
  2. Teruskan berdoa moga perjalanan penyusuan anda dipermudahkan dan anak tiada masalah untuk minum susu anda melalui botol. Ingat, doa ibu tiada hijabnya!

Saya pilih MAM-Anti Colic Bottle untuk Si Manja dengan TAGLINE “Easy to switch from MOM to MAM” :)

MAM-160ml-green-blue

3,061 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation