TIPS MEMBERSIH PERALATAN DAPUR AGAR JAUH DARI JIN DAN BAKTERIA YANG KITA TAK NAMPAK

Semua yang jadi isteri dan ibu mahukan rumah yang sentiasa kemas, bersih dan tersusun rapi. Saya juga macam tu. Tak terkecuali.

Hermm.. ada ke mak-mak yang syok kalau rumah dia selalu bertaburan?

Ada yang kata rumahtangga bahagia bila ada anak-anak yang cergas, cerdas dan pandai membuat sepah. Itu maksudnya otak mereka berfungsi dengan baik dan pandai berkreativiti.

Bersepah dan kotor adalah 2 perkara yang sangat berbeza.

Rumah saya memang 24/7 bersepah. Setakat terpijak mainan dan terlekat nasi dekat kaki tu biasa. Tergelincir nak jatuh sebab air tumpah pun dah tak terkira berapa kali.

Tanda anak-anak saya suap makan sendiri dan pandai mandi sendiri tapi tak bawak tuala siap-siap. Hehehe. Masing-masing baru umur 4 dengan 2 tahun kott.

Bagi saya sendiri, kebersihan lansung tiada kaitan dengan kemiskinan. Ramai orang beranggapan rumah teruk dan buruk kerana miskin dan tiada wang. Saya tidak setuju kerana ia sebenarnya mencerminkan sikap penghuni rumah.

Rumah saya tidaklah sempurna sangat sampaikan tak ada habuk dan debu. Jauh lagi nak sampai tahap tu sebab ada anak kecil. Buat masa ni berangan dalam mimpi jelah dulu. Bab-bab kain tu kena ada rasukan dulu baru boleh licin semua. Selalunya kalau time sensorang atau masa anak-anak tengah tidurlah. hehehe..

Saya masih berusaha untuk itu. Memastikan setiap hari berakhir dengan hampir sempurna. Rasa satu pencapaian sangat bila clear serba serbi sebelum masuk tidur. Terasa diri begitu cemerlang, gemilang dan terbilang. I really wish to.

Macam mama saya, dia seorang yang agak cerewet pasal kebersihan dapur dan bilik air. Begitu juga dengan sisa makanan dan sampah. Abah saya pantang betul dia bila ada sampah yang bermalam di dalam rumah. Kumpul dan terus buang. Nanti jin suka dan jilat katanya.

Bagi orang yang suka memasak macam saya ni, salah satu prektis yang selalu diamalkan bila berhajat nak bawa bekal ialah menyiapkan semua bahan mentah sebelum bermula kerja campak-mencampak di dapur.

Seronok sebenarnya bila semua dah tersedia dan siap dipotong. Fefeeling chef pun ye. Sempat juga saya share satu entri tentang mudarat bawang yang dipotong awal-awal tapi tidak terus dimasak kerana dikatakan boleh menyedut toksik daripada persekitaran.

Para penyelidik telah membuat kajian bahawa tangan dan papan pemotong perlu dibasuh, terutamanya selepas bersentuhan dengan ayam dan daging mentah, untuk mengelakkan penyebaran kuman dan bakteria seperti E.coli dan salmonella.

Selain ayam (ayam antibiotik) yang dikaitkan dengan risiko keracunan makanan yang tinggi, penyelidik juga mendapati bayam dan sayur-sayuran berdaun lain juga boleh menjadi punca penyakit. Di samping itu, penyelidik mendapati bahawa peralatan lain yang digunakan semasa proses penyembelihan dan pembungkusan juga sebenarnya telah tercemar dengan bakteria yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar kita. (Kalaulah kita boleh nampak kuman-kuman semua tu di celah-celah jari..yerkss!)

Bahaya kewujudan bakteria yang dirisaukan ini sebenarnya tidak hanya khusus kepada bawang. Mana-mana sayur-sayuran yang telah dipotong lebih awal daripada masa ia mahu digunakan boleh dicemari oleh bakteria jika tidak disimpan dengan betul.

Tips penjagaan peralatan dapur dan papan pemotong :

kebersihan papan pemotong

Papan pemotong adalah salah satu peralatan di dapur yang paling mudah dicemari bakteria dan kuman yang sentiasa menunggu peluang. Makanan yang dipotong sering terdedah kepada bahaya yang mengintai dan mengakibatkan masalah kesihatan, terutamanya bakteria E.coli daripada daging ayam dan salmonella daripada tapak tangan kita sendiri.

Chopping board jenis kayu tidak digalakkan untuk digunakana kerana ia mudah berlaku rekahan yang boleh menjadi tempat pembiakan bakteria. Sebab itulah jika diperhatikan, dapur-dapur komersial tidak membenarkan penggunaan papan pemotong jenis ini.

Terdapat sesetengah tukang masak yang menggunakan papan pemotong yang berlainan untuk makanan yang pelbagai. Ia dapat menghalang bakteria di atas papan pemotong yang digunakan untuk pemotongan daging mentah daripada turut mencemarkan makanan lain, terutamanya yang dihiris untuk tujuan hiasan seperti bahan-bahan salad dan ulam-ulaman.

Basuh peralatan memasak termasuk pisau dan papan pemotong dengan air panas dan sabun setiap kali selepas digunakan

Bilas kesemuanya dengan air bersih dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum disimpan.

Boleh juga menggunakan lemon atau cuka atau cecair pencuci yang bebas bahan kimia seperti Basic-H untuk tugas mencuci dan menyah-kuman.

Terdapat satu kajian yang mengesahkan tentang kebimbangan yang melanda golongan germophobia (si takut kotor dan kuman), salah satunya ialah daripada penggunaan peralatan memasak di dapur. Papan pemotong berisiko menjadi alat yang boleh membawa maut dan berbahaya jika tidak dijaga kebersihannya.

Merendam peralatan untuk makan dan memasak di dalam air sabun yang suam sebaik sahaja selepas digunakan boleh mengelakkan kita daripada terpaksa menggosok kerak makanan yang terlekat dan bersisa pada alat tersebut.

Jangan biasakan diri untuk membiarkan sinki dipenuhi pinggan mangkuk yang tidak dibasuh semalaman. Jadikan amalan untuk sentiasa memastikan sinki dapur clear dan bersih sebelum masuk tidur.

Bertepatan dengan hadis berkenaan larangan yang digariskan dalam Islam :

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak dibasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Pastikan semua pingan mangkuk, periuk belanga, cawan dan bekas makanan dicuci sebaik sahaja selesai digunakan. Sisa-sisa makanan yang dibiarkan di dalam bekas makanan semalaman tanpa dibersihkan  adalah menjadi habuan syaitan, kerana syaitan suka kepada makanan yang kotor dan busuk.

Agama Islam sendiri menggalakkan kebersihan dan benci pada sifat pengotor dan menjauhkan diri daripada perkara yang boleh mendatangkan penyakit.

Saya sendiri sejak dah mula terjebak dan berjinak-jinak dengan Set Penjagaan Kediaman Shaklee yang organik, bebas bahan kimia dan tanpa reaksi alahan memang dah tak pernah guna jenama lain dah.

Memang mengurut dada sakan kami masa si Ain Sufi tiba-tiba togok Basic-H yang ada dalam bilik air. Mujur tak ada apa-apa. Antara sebab utama jugaklah kenapa kami tak simpan pencuci-pencuci berkuasa dan ada chemicals kat rumah ni. Taktaulah kalau masa tu dia jumpa Clorox. Nauzubillah.

Sekarang ni pun kalau setiap bulan pergi pasaraya beli barang rumah memang sampai tahap tak tau dah nak beli apa sebab memang lansung tak konar dah tang section produk pencuci. Sabun basuh pun kami dah bertahun guna Fabric Wash Shaklee Pencuci Baju Organik tanpa Bahan Kimia yang tak busuk walau lewat dijemur. Nampak sangat kan yang selalu beli memang barang-barang tu. :)

Boleh hubungi saya kalau rasa nak cuba Set Get Clean Shaklee yang tahan lama dan bessstttt ittew.

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia untuk bisnes dan kegunaan sendiri.

COD sekitar Kajang, Bangi dan pengeposan ke semua lokasi melalui pos menggunakan kurier terpilih.

Nusaybah Anuwar 019-3832656

1,402 total views, 1 views today

One Thought on “TIPS MEMBERSIH PERALATAN DAPUR AGAR JAUH DARI JIN DAN BAKTERIA YANG KITA TAK NAMPAK

  1. Pingback: JADI TOKSIK JIKA SIMPAN BAWANG SEMALAMAN | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation