TIPS KURUS SELEPAS BERSALIN TANPA MENJEJASKAN SUSU BADAN

Selain menjaga luka jahitan dengan baik samada luka perinium atau ceaser, menjalani tempoh berpantang untuk kembali kurus adalah azam yang sentiasa tertanam di dalam diri setiap wanita sejagat.

Menjadi seorang wanita di zaman ini memang bukan mudah. Sementelah pula apabila hampir setiap perkara yang memerlukan tenaga lelaki juga menjadi rutin harian ibu-ibu. Dari tugas-tugas mengurus rumah, menyapu tangga, mengelola anak-anak, sehinggalah tugas memasak di dapur.

Jadi tidak hairanlah jika ramai di kalangan wanita yang bergelar ibu-ibu kadangkala tak sempat pun nak titik diri sendiri. Hari-hari ianya sama. Lepas masak, rasa, makan, suap anak, habiskan makanan anak.

Beruntunglah kalau ada yang kurus sebab ini.

Macam mana pula kalau tak kurus-kurus, tapi makin bulat?

Siapa yang taknak kembali fit seperti waktu mula-mula kahwin..kan?

Ya benar. Kurus semula selepas bersalin adalah di antara wish list yang menjadi idaman setiap ibu-ibu yang melahirkan. Macam-macam cara dan tips yang cuba diamalkan termasuklah menampal gambar kenangan perkahwinan di sudut utama ruang tamu sebagai sumber inspirasi bagi mendapatkan semula berat badan ideal ketika di zaman kegemilangan dahulu. :)

outdoor shoot di menara condong teluk intan

 

 

 

 

 

 

Cewwaahhh..tetiba tayang gambar kawin di situ. Motif??

Saja nak recall betapa comelnya pengantin perempuan di depan menara condong ittewww! hahahah.

Syukur, alhamdulillah. Saya sendiri tidak mengalami kenaikan berat badan yang terlalu banyak ketika mengandung. Mungkin juga kerana pengambilan makanan harian yang disertai dengan nutrisi yang cukup seimbang. Walaupun tak dapat dipisahkan dengan rasa mengidam, tabiat makan saya sederhana je, biasa-biasa je. Saya sangat jarang nak makan pelik-pelik, melainkan keterujaan nak makan menu-menu favourite yang dimasak sendiri. Air tangan sendiri.

Dengan kakak Iman Nasuha yang tak berapa nak kakak sangat masa tu, saya rajin sangat masak memasak untuk potluck atau jamuan kecil adik-beradik. Dengan perut memboyot. Memang fefeeling supermak sangat waktu tu. Sampai kena warning dengan abi takut terberanak awal. hehehe..

Sebelum saya terlajak kata.. sebelum saya speed lebih jauh tentang kenangan mengandung yang super duper best, jom kita sama-sama saksikan testimoni visual ibu cantik yang berjaya kembali kurus selepas bersalin tanpa menjejaskan susu badan.

Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.

Wowww!! Memang woowww lah kakak ni, dahlah dapat turun berat badan dengan banyak.. dapat pulak menyusukan bayinya dengan susu badan penuh, siap ada 2 orang anak susuan lagi!

Siapa kata kalau menjaga pemakanan semasa berpantang boleh menjejaskan susu badan. Orang selalu salah faham bila cakap pasal “jaga makan”. Kebanyakannya bila cakap pasal jaga makan mesti duk fikir kena catu-catu makan, kena skip nasi, kena ikat perut.

Penyusuan memang akan buat ibu-ibu kerap lapar, tetapi diet yang sihat sangat-sangat dituntut untuk memenuhi rasa lapar itu. Ia sebenarnya lebih kepada mengambil berat tentang nutrisi dan zat yang masuk ke dalam  tubuh ibu sepanjang tempoh berpantang.

Apa rahsia yang bukan lagi rahsia yang beliau telah sudi kongsikan :

1. Fully breastfeeed

2. Amalkan pengambilan air masak yang banyak setiap hari (air tanpa kalori)

3. Jaga pengambilan kalori makanan agar tidak berlebihan setiap hari

4. Nutrisi dan makanan yang cukup dan seimbang agar cukup untuk ibu dan bayi

Jadi, mari saya ulas serba sedikit mengenai Set-Set yang beliau ambil :

Set Slimming Shaklee –

  • ESP bagus untuk memberi tenaga, membina otot dan bertindak sebagai Meal Replacement supaya tidak berasa lapar dan kenyang dengan lebih lama
  • Omega & Lecithin – untuk mengurai dan membakar lemak yang berlebihan
  • Alfalfa – untuk detoks dan mengangkut keluar toksin yang tidak diperlukan oleh tubuh

Set Kecantikan Kulit Shaklee –

  • Vitamin C – membantu penghasilan kolagen dan mencerahkan kulit secara semulajadi
  • Vitamin E – antioksidan yang tinggi memudarkan parut, melambatkan kedutan dan menyihatkan kulit
  • B-Complex – membekalkan vitamin b lengkap untuk bekalan sel darah merah yang sihat

Selain kakak Salwa yang berjaya turun 20 kg sepanjang tempoh berpantang, saya juga salah seorang yang juga merasai “kegembiraan” yang beliau rasa apabila mengamalkan Set Berpantang dan Breastfeeding Shaklee.

Diet yang berkhasiat dan pelbagai akan mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin. Ia akan membantu ibu-ibu menghadapi cabaran sebagai seorang ibu baru. Tidak kiralah sekiranya ibu dapat memberikan bayinya susu badan atau terpaksa memberikan susu formula, diet sihat haruslah sentiasa menjadi amalan kerana sihat itu bukan hanya pada waktu atau tempoh tertentu, sebaliknya ia harus dekat dengan diri kita sepanjang hayat.

Hubungi saya untuk cadangan suplemen yang sesuai untuk ibu menyusu.

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia.

COD sekitar Bangi, Cyberjaya dan Putrajaya.

Nusaybah Anuwar – 0193832656

885 total views, 2 views today

One Thought on “TIPS KURUS SELEPAS BERSALIN TANPA MENJEJASKAN SUSU BADAN

  1. Pingback: KURANGKAN SAKIT BELAKANG SELEPAS BERSALIN | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation