TIPS KURUS DAN SIHAT DENGAN PLAN DIET CIPTAAN SENDIRI

turunberatdengansihat

 

Kes 1 :

Dengan ketinggian 154cm dan berat 80kg, saya dikategorikan sebagai “terlampau gemuk”. Selulit terlalu banyak dan perut menjadi buncit. Lebih teruk lagi, saya juga menghidap penyakit asma. Saya pernah mencuba pelbagai ubat diet, tetapi sedikit pun tidak membantu. Apakah yang harus saya lakukan?

Kes 2 :

Untuk menurunkan berat badan, pelbagai cara saya lakukan baik senaman mahupun menyusun menu diet seminggu. Saya ingin tahu, adakah dengan mengikuti menu diet ini akan memberi hasil 100% terhadap program diet yang saya lakukan?

Biasa dengar tak senario seperti dua kes di atas?

Ramai di kalangan kita yang sering mengeluh kerana mengalami pertambahan berat badan dan secara mendadak. Hendak berdiet secara ketat, bimbang akan memudaratkan tetapi jika tidak patuh dengan plan diet, dikhuatiri ia akan berlarutan seterusnya menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

Apa nak buat?!

strategi diet sihat

Jom follow tips diet dengan sihat tanpa perlu berasa tertekan untuk kurus :

1. CARI KAWAN

Sekiranya anda merancang untuk diet, lantiklah seseorang yang boleh membantu anda. Pembantu anda itu tidak semestinya harus sama-sama berdiet. Cukuplah sekadar dia memantau corak pemakanan harian anda. Beri senarai menu harian yang telah dirancang dan mintalah dia menegur jika mendapati anda makan secara berlebihan. Namun begitu, pilihlah teman yang boleh dipercayai dan tahu akan niat sebenar diet anda, bukan yang akan merosakkan atau menjadi penggalak nafsu makan pula.

2. ELAK PERUT KOSONG

Sarapan pagi adalah sangat penting. Oleh itu, jangan sesekali membiarkan perut anda kosong tanpa mengambil hidangan di waktu pagi. Tubuh kita memerlukan makanan untuk menjana tenaga yang akan digunakan sepanjang hari. Jika anda masih lagi berasa lapar sebelum tibanya waktu makan tengahari, ambil kudapan yang ringan sahaja seperti biskut gandum, bijirin atau buah-buahan kering. Tapi ingat, jangan pula makan tanpa henti sehingga waktu makan seterusnya.

3. KURANGKAN LEMAK

Dalam masa 20 minit yang pertama anda bersenam, tenaga yang dibakar adalah daripada komponen karbohidrat. 20 minit selepas itu pula barulah tenaga yang dibakar datangnya daripada lemak yang terkumpul. Oleh itu, kurangkan pengambilan makanan berlemak khususnya lemak tepu kerana tubuh anda akan memerlukan masa yang lebih lama untuk membakar lemak. Lemak tepu atau tidak tepu adalah sangat ditakuti terutama bagi mereka yang mengalami obesiti dan salah satu punca kegemukan adalah disebabkan pengambilan lemak yang berlebihan.

4. AMBIL PIL AJAIB

Ini tidak masuk akal! Jangan sesekali menjadi mangsa terhadap pil-pil kurus yang terlalu banyak terdapat di pasaran. Amalkanlah diet seimbang mengikut piramid makanan. Usah dengan mudah menyerah diri sepenuhnya kepada pil yang mungkin akan membawa anda ke masalah berat badan yang lebih teruk lagi. Walaubagaimanapun, pengambilan suplemen harus diambilkira untuk memastikan tubuh kita sentiasa cukup dengan nutrisi yang diperlukan. Ingat, tiada “short cut” untuk menurunkan berat badan. Lebih cepat anda kurus, ia sebenarnya lebih berisiko tinggi pada kesihatan anda!

5. SIBUKKAN TANGAN ANDA

Ketika tangan dan otak sedang sibuk melakukan sesuatu (selain makan), secara automatik anda akan dapat melupakan keinginan untuk mengunyah atau berfikir tentang makanan. Ini merupakan cara yang paling mudah untuk menurunkan berat badan. Tetapi jangan pula terlalu sibuk sehingga mengabaikan waktu makan yang sepatutnya kerana ia hanya akan mengganggu kadar metabolisme tubuh anda!

6. DI SEBALIK BIJI GANDUM

Memilih makanan yang diperbuat daripada gandum penuh untuk diet adalah suatu keputusan yang tepat kerana ia sangat kaya dengan protein dan serat. Namun, anda harus selalu berhati-hati dalam memilih produk kerana kebanyakan daripadanya mengandungi lebih banyak kalori dan gula. Oleh itu, semak dahulu label nutrisi sebelum diet yang dipilih akan mengubah anda menjadi lebih gemuk! Sebaik-baiknya, dapatkan produk berasaskan gandum yang tinggi bacaan indeks glisemik supaya anda akan berasa kenyang lebih lama.

7. AMBILLAH MULTIVITAMIN

Pengambilan suplemen tambahan atau vitamin ketika sedang menjalani proses penurunan berat badan seringkali disalah erti akan lebih meningkatkan nafsu makan. Ramai yang masih tidak mengetahui bahawa ia sebenarnya membantu mencukupkan keperluan zat dan nutrisi tubuh yang sedang cuba makan mengikut keperluan kalori. Jangan taktau, bila tekak asik rasa nak makan merepek, teringin makanan rapu, jajan, itu semua adalah petanda tubuh kita kekurangan nutrisi tu. Lagi-lagi bagi yang tengah berdiet, banyak vitamin yang badan kita tak dapat absorb sebab semua makanan nak kena ambik catu-catu.

Multivitamin yang baik adalah yang bersifat larut air dan mudah pula diserap oleh tubuh. Baca lanjut tentang multivitamin pertama dan tertua di dunia di SINI.

Selalu orang misconception bab kurus ni sebab duk guna perkataan diet diet diet. Diet bukan bermaksud tak mkn atau skip makan atau mkn makanan ringan je, sebab tabiat itu nanti hanya akan mengganggu metabolisme ja. Lagi teruk kalo berat naik lagi dan lagi. Sebaliknya kena amalkan makan dengan seimbang, ikut piramid makanan. Barulah betul. Barulah menjadi plan mahu kurus dengan sihat. Bknnya kurus sebulan dua lps tu boom kebabomm berat naik balik mencanak-canak kannn..

Apa yang paling penting, jangan terlalu terikut-ikut dengan mana-mana program diet. Ciptalah plan menu pemakanan kita sendiri kerana ia adalah lebih mudah untuk dipatuhi. Tidak ada seorang pun yang sama dengan yang lain, terutamanya berkaitan gaya hidup dan corak pemakanan.

Justeru itu, jadikan plan diet seimbang yang telah dirancang sebagai amalan pemakanan, bukan hanya dalam tempoh waktu tertentu sahaja. Berdietlah dengan sihat tanpa perlu berasa tertekan kerana tekanan yang tidak dikawal juga boleh menyebabkan nafsu makan meningkat seterusnya menjadi punca gemuk tanpa sedar!

Jangan sesekali terlalu terikut-ikut dengan pelan diet orang lain yang harus terus menjauhi nasi misalnya, sedangkan tekak kita sejak kecil telah dididik dengan menu sebegitu. Adalah sangat tidak adil apabila nasi sering saja dipersalahkan setiap kali ingin memulakan program diet menguruskan badan.

Rancanglah diet yang seimbang, bukan sekadar mencatu pengambilan makanan tertentu. Tidak ada salahnya jika kita mengikut rules Diet Aminah, konsep Diet Roslan, atau peraturan Diet Kevin Zahri, asalkan kita tahu apa yang sesuai dengan kita dan tubuh kita mampu mengaplikasikannya.

Kurus dengan sihat dengan plan diet ciptaan sendiri adalah yang terbaik! :)

1,615 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation