Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang agak serius. Pepatah ada mengatakan, diri kita adalah apa yang kita makan.
Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti).
Saya setuju sangat! Dalam agama Islam sendiri menyuruh kita agar sentiasa bersederhana dalam apa juga aspek, begitu juga dengan pemakanan.
PRINSIP PEMAKANAN SIHAT :
- Makan pelbagai jenis makanan
- Makan bijirin dan kekacang secukupnya
- Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran
- Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal
- Pilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol
- Kurangkan pengambilan garam dan gula
- Minum sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas air sehari
Selain daripada itu, ada juga rules yang perlu kita amalkan setiap kali menjamah hidangan seharian kita.
ATURAN PORTION SEPINGGAN LENGKAP MAKANAN SEIMBANG
1. Sumber karbohidrat bersaiz 1 penumbuk
2. Sumber protein bersaiz sebesar tapak tangan
3. Sayur-sayuran dan buah-buahan berkuantiti separuh daripada pinggan hidangan
INILAH RUPA FINAL SEPINGGAN HIDANGAN LENGKAP YANG SIHAT DAN SEIMBANG
Nak makan pun harus ada aturan dan susunan platting tau!
Ada lagi… jom kongsi dan semak bersama :
APA PULA TIPS MUDAH DIET DARI KEVIN ZAHRI ?
- Makanlah nasi, tapi hanya segenggam sekali makan
- Makanlah dengan kerap untuk elak nafsu makan
- Pastikan ada serat dalam makanan bagi mengawal nafsu makan
- Ambil tahu keperluan kalori yang secukupnya untuk tubuh
- Minum banyak air kosong (tak kira seberapa banyak, janji urin jernih)
- Kalau teringin sangat, ambil separuh air manisi daripada total jumlah air kosong sehari
- Pastikan ada protein dalam setiap hidangan utk bantu kawal nafsu
- Tak perlu diet terlalu ekstrem (gila-gila), yang penting sederhana dan konsisten.
Bagaimanakah anda menilai sesuatu hidangan itu dikatakan makanan yang sihat dan berkualiti atau kurang sihat? Masih ramai lagi yang sukar untuk mengenalpasti dan menentukan samada adakah makanan yang anda nikmati sihat atau tidak. Ianya adalah subjektif untuk dikatakan kerana nutrisi sesuatu hidangan itu tidak bergantung kepada satu bahan semata-mata dan cara hidangan tersebut.
Oleh sebab itulah kita harus selalu tahu, maklum dan peka dengan apa yang kita makan saban hari. Tidak semua makanan yang kita makan sesuai dengan keperluan kalori tubuh kita dan cukup untuk membekalkan gizi seimbang yang tubuh kita perlukan.
Jadi tidak hairanlah jika suplemen, vitamin, makanan tambahan atau apa sahaja nama timangan yang diberi, menjadi pilihan untuk sentiasa kekal aktif, sihat dan bertenaga.
INGAT SUPLEMEN, INGAT SHAKLEE.
SEMESTINYA SIHAT, SELAMAT, SEMULAJADI !
4,382 total views, 1 views today
KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE
PROMOSI TERKINI
KATEGORI
ENTRI POPULAR
ARKIB
APA KATA MEREKA TENTANG VIVIX
APA LAGI YANG MEREKA KATA PASAL VIVIX
HOT LINKS
LIVE TRAFIK
JUMLAH PENGUNJUNG SEJAK NOVEMBER 2015
You’re the writer of your life
JANA PENDAPATAN DARI RUMAH DENGAN KAMI