TIPS DAN PANTANG LARANG SELEPAS CABUT GIGI BONGSU SUPAYA CEPAT SEMBUH

ooo baru tau. Banyak juga pantang larang selepas cabut gigi ni. Memang macam-macam sumber Kak Ebah korek untuk cari info ni semua. Daripada doktor gigi, pengalaman orang yang dah pernah cabut gigi bongsu dan laman sesawang.

Al-maklumlah, dah lama sangat peram gigi dalam mulut ni sebab penakuit hahahaha.

PENTING : Dalam masa 24 selepas gigi dicabut. JANGAN :

  1. berkumur-kumur
  2. meludah
  3. minum air panas
  4. merokok
  5. minuman beralkohol
  6. menyedut air menggunakan straw

Kesemua ini akan menghilangkan bekuan darah/mengganggu pembentukan darah beku (healing process) pada soket gigi yang telah kosong.

Apa yang boleh dimakan?

Sepanjang 3 hari tak berani telan makanan pejal tu saya repeat makan

  • telur separuh masak
  • bubur nasi
  • taufu fah
  • laksam

tapi tapi tapi nak bagitahu…. LAPAR teruk oiiii. Lagi-lagi tengah exclusively breastfeed si kecik ni sekarang.

Memang sampai tahap berbunyi perutku.  Mujurlah ada protein soya yang boleh shake-shake yuolss. Risau juga kalau kisah gastrik dulu-dulu berulang. Baca : Sumber protein paling sihat, selamat, sedap dan yang paling penting dibuktikan oleh kajian klinikal dan sains

Day 2

Pipi membengkak sekali ganda dari semalam nampaknya. Simpan sini, boleh sandarkan pada kenangan esok-esok nanti.

hari kedua selepas cabut gigi bongsu

Celik mata pagi tadi terus minum sesudu vivix, makan 2 bersaudara ni, disusuli dengan vitamin C 3 biji. Vitalea pun ambil, yang ni tak pernah miss sejak mengandung lagi.

Vivix berfungsi mengurangkan keradangan dan membantu proses pembaikan sel-sel yang dah tercedera.

Zinc, Vitamin C dan iron bagus untuk bantu mempercepatkan penyembuhan luka dan penghasilan kolagen. B-complex yang kuning tu Kak Ebah make sure tak miss supaya tak stress dan rasa nak cekik semua orang bila setiap kali datang sakit.

Sejak kenal betapa pentingnya vitamin dan fungsinya setiap satu, memang banyak sangat membantu di masa-masa kecederaan.

Kebergantungan pada ubat pun dah kurang sangat, even panadol yang kalau dulu sentiasa ada stok kat rumah sebab selalu sakit kepala.

Alhamdulillah, darah dah stop. Sakit pun masih terkawal, tidaklah berdenyut all the time, cuma rasa tak selesa kat kawasan bengkak dan mulut yang still ngeri nak buka besar.

Tapiii, no worries.. Masih boleh jerit-jeritkan budak-budak dalam rumah yang kalau tak bergurau, berkelahi jelah kerja diorang.

Lagipun semalam doktor dah bagitahu siap-siap what to expect selama beberapa hari sementara nak baik ni. Katanya lagi, macam luka episiotomi jugalah, biasanya akan ambil masa 1 atau 2 minggu untuk fully recover.

Memang lagi horror rasanya cabut gigi masa usia tua gini.

Tanya abi pasal pengalaman dia baru-baru ni (dia pun baru cabut gigi). Dia kata “abi dulu 3 hari jugak baru darah betul-betul berhenti. Tu cabut geraham biasa tu, bukan gigi bongsu, tak ada kena surgery macam ibu”

Kak Ebah jawab balik, “memanglaaa… abi masa tu tak makan vitamin.” LOL.

Day 3

Inilah tablet yang Kak Ebah makan selama 3 hari (last telan, tengahari kelmarin) seperti yang dicadangkan.

painkiller untuk tahan sakit cabut gigi

painkiller untuk tahan sakit cabut gigi

Anti-inflammatory cum painkiller yang recommended by dentist, tapi kena pergi beli sendiri dekat farmasi sebab klinik punya dah kehabisan stok

Bengkak mulanya makin teruk, tapi as for today dah slowly berkurang tapi memang masih lagi nampak jelas pipi mengembung sebelah rahang kiri. Rata-rata yang pernah ada pengalaman sama cabut geraham bongsu menasihatkan supaya jangan miss makan ubat on time, turutkan saja semua advice doktor.

Baikkk. Saya yang menurut perintah. Takut uiii.

Entah kenapa dia punya ngeri kena kopak gusi tu lagi dahsyat daripada kena toreh perut masa bersalin caesar. Mungkin sebab dalam mulut punya hal, nak makan pun susah, dengan bengkak segala bla bla bla. Hilang satu nikmat dunia, tak dapat menikmati makanan dengan perut yang lapar. huwaaaaaa!!

Sejak hari pertama post tooth extraction Isnin lepas lagi dah rasa susu kurang dan makin hari makin teruk dia punya drop. Bermati-matian duk ingat sebab ubat (tapi ku telan jua) tanpa berfikir panjang or tanya siapa-siapa/google the info sebab the pain is so real.

Finally terjawab sudah petang tadi. Dihuraikan dengan panjang lebar oleh mereka yang ahli. Arxocia ni rupanya memang antara painkiller yang sangat efisien untuk post tooth extraction dan SELAMAT UNTUK IBU MENYUSU. Crystal clear. Lega terus. Sungguh.

Memang lansung tak terfikir kemungkinan yang satu ni. Sebabnya sakit tu dah bearable bila makan ubat. Tapi rupanya, sedar tak sedar the entire body system affected bersama emosi. Tang nasihat orang pandai, bila kena kat diri sendiri kau terus lupa kesemuanya

Ini antara yang bagus bila kita surround ourselves dengan circle kawan-kawan yang begini. Beruntung sangat rasanya to be in this group. Baaaaaanyak ilmu dan pengalaman baru yang dapat. Seronok!

Dengar-dengar ramai juga yang sepatutnya kena cabut tapi masih tegar duk tahan dan simpan lama geraham paling hujung dalam mulut ni sebab belum berjaya atasi ketakutan.

Redah je weeeeh, OK je sebenarnya! Menyesal pulak tunggu sampai 7 tahun lebih!

442 total views, 4 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation