TINGKATKAN IMUN TANPA ANTIBIOTIK DENGAN NUTRIFERON

Bersempena dengan come back atau kemunculan semula satu-satunya suplemen yang dicipta oleh immunologist dari Jepun ini, saya sangat-sangat teruja nak share sikit tentang produk ni dan apa sebenarnya yang buat saya suka sangat dengan dia.

Setiap hari, kita sentiasa terdedah kepada serangan daripada berjuta-juta mikroorganisma dan patogen jahat (kuman, virus dan bakteria) yang juga seringkali akan menguji sistem kekebalan tubuh.

Seringkali kehadiran patogen-patogen ini menyebabkan tubuh kita mengalami sakit yang biasa seperti selsema, batuk dan demam.

Namun begitu, tidak semua keadaan memerlukan pengambilan antibiotik kerana jika antibiotik diberikan sedangkan keadaan pesakit tidak memerlukannya, keberkesanan antibiotik tersebut akan berkurang pada ketika ianya benar-benar diperlukan kelak.

kesan pengambilan antibiotik yang berlebihan akan menyebabkan tubuh kita mengalami rintangan antibiotik di mana ubat sudah tidak lagi berkesan untuk melawan serangan virus dan bakteria

 

 

 

 

Sistem imun adalah seperti tentera badan kita, yang melawan jangkitan dan penyakit-penyakit yang mengancam kesihatan dan kecergasan badan. Tanpa pertahanan ini, kuman, virus, bakteria, parasit, toksin, dan lain-lain patogen jahat dan berbahaya akan menyerang sehingga membuatkan badan kita menjadi lemah serta mudah pula dijangkiti penyakit.

Antibiotik

Berasal daripada 2 perkataan yunani iaitu anti yang bermaksud melawan dan biotik yang memberi makna hidup. Ia adalah ubat yang juga terhasil daripada mikroorganisma yang digunakan untuk melawan jangkitan, membunuh ataupun membantutkan pembiakkan mikroorganisma yang lainyang disebabkan oleh virus dan bakteria.

Penggunaan antibiotik dengan berlebihan, terlalu kerap atau tidak sesuai dengan keperluan akan menyebabkan antibiotik sudah hilang keupayaan untuk membunuh bakteria. Setiap kali dos antibiotik diambil, virus dan bakteria tidak terjejas, sebalikya menjadi semakin kebal terhadap antibiotik.

Pada ketika itu, bakteria yang kebal dengan antibiotik tidak dapat dibunuh dengan ubat yang diambil kerana ia sendiri telah mengubah dirinya sebagai cara untuk mengurangkan atau menghapuskan keberkesanan antibiotik itu sendiri. Ia juga dikenali sebagai Antibiotik Resitance atau Kerintangan Antibiotik.

Interferon

Adalah bahan berupa sejenis protein yang dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh untuk mencetuskan tindakbalas imun. Diaktifkan apabila virus mula menyerang sel. Ia akan memberi isyarat kepada jiran-jiran sekitar sel agar segera bertindak dan seterusnya mencetuskan mekanisme tentangan. Ia akan mengaktifkan sel-sel imun lain agar turut sama menyerang dan membunuh patogen-patogen jahat ini.

Nutriferon

bahan dan kandungan botani dalam nutriferon

 

 

 

 

 

 

Campuran yang telah dipatenkan daripada kombinasi empat ramuan botani yang diekstrak melalui biji labu, bunga safflower, biji plantago dan kuntuman bunga japanese honeysuckle telah terbukti secara klinikal berupaya menyokong dan meransang tindakbalas imun semulajadi pada tahap sel.

Ia telah melepasi satu siri ujian saintifik yang dikawal dengan ketat dari sudut keselamatan, ketulenan dan keberkesanannya.

Dr.Yasuhiko Kojima pakar imun yang menemui interferon dan menghasilkan nutriferon

 

 

 

 

 

Selepas 40 tahun menjalankan penyelidikan dan ujikaji terhadap ribuan sebatian dan lebih 200 herba lain, Dr. Yasuhiko Kojima, telah menemui interferon yang terbukti dapat menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi serta meningkatkan sistem imun secara keseluruhan di dalam tubuh manusia.

Ia dapat membantu sel-sel tubuh mengenalpasti sesuatu dalam badan kita yang boleh mengancam dan membuat kita sakit, seterusnya akan memulakan pelan tindakan khas untuk melakukan serangan balas untuk menentang kemaraanya.

kanak-kanak lebih mudah dijangkiti penyakit kerana sistem imun yang belum begitu kuat untuk menentang ancaman virus dan bakteria

 

 

 

 

 

 

Salah satu perkara yang boleh kita lakukan untuk mengekalkan kesihatan yang berpanjangan dan mengelak jangkitan penyakit ialah dengan mempertingkan sistem imun tubuh supaya ia cukup kuat untuk membuat tubuh kita tahan lasak, kebal daripada sakit dan penyakit.

Pengambilan nutriferon membantu sistem pertahanan tubuh bertindak dengan lebih baik terhadap ancaman patogen yang berada di sekeliling kita, terutamanya di kalangan bayi dan kanak-kanak yang sangat mudah terdedah pada jangkitan dan wabak penyakit.

Yang buat saya suka sangat dengan nutriferon ni ialah, ia sangat mudah dimakan serta sangat digemari oleh ketiga-tiga orang buah hati saya di rumah ini!

nutriferon menyembuhkan demam selsema secara efektif dan semulajadi tanpa ubat

 

 

 

 

 

 

 

 

Dalam banyak-banyak vitamin, suplemen, makanan tambahan yang saya ikhtiarkan untuk beri pada Nasuha, stik ini lah yang dia paling suka, paling senang makan, tak payah drama-drama lansung!

Sejak dah besar ni, memang tak payah suruh-suruh, dia akan ambik, kasi ibu atau abi bukak dan akan makan sendiri dahh… :)

Yang paling best lagi, Nasuha sangat jarang sakit, sangat jarang makan ubat (kecuali suplemen), dan sesekali kalau sakit pun, dia akan cepat sembuh. Syukur Ya Rabb..

Ada juga yang bercakap-cakap,

banyak sangat yang kau bagi anak kau makan. kecik-kecik lagi dah makan macam-macam jenis suplemen. takpe ke?

Prinsip saya senang.. saya lebih rela anak saya makan pelbagai jenis makanan tambahan, suplemen, vitamin, daripada terpaksa bergantung dengan macam-macam jenis ubat yang ada kandungan drugs dan steroid.

Nasuha dulu pernah begitu, sejak di usia 7 bulan dimasukkan ke wad dengan bermacam prosedur hospital yang harus saya patuh. Inilah salah satu ikhtiar saya. Usaha yang saya buat untuk lihat Nasuha sihat tanpa ubat.

Dan alhamdulillah.. Allah Maha Mendengar Doa saya dan menghantarkan jawapan atas ikhtiar dan usaha saya ini dengan Memberi Kesihatan yang semakin baik kepada Nasuha melalui Shaklee.

Orang memang akan selalu bercakap, tapi susah senang kita yang menanggung. :)

Abi pun suka sangat dengan nutriferon sebab selalu bila pergi outstation, bila terdedah dengan cuaca panas badan rasa nak demam, cepat-cepat dia ambil satu sachet nutriferon dan SR vitamin C untuk buat perisai.

Tambah pulak kalau time pergi site customer, terpaksa park jauh.. bila hari hujan takde payung and terpaksa redah.. memang nutriferon lah yang dia akan cari dulu bila balik rumah, lepas siap-siap mandi.

Best dia kata sebab esoknya dah boleh cergas bangun pagi, lansung tak jadi nak demam.

Saya pulak dah semakin melambai-lambai jauh simptom bersin dan alahan resdung yang kalau dulu setiap pagi mesti bikin riuh dalam bilik air. hehehehe..

Apa lagi lah agaknya yang saya harapkan selain kesihatan insan-insan tersayang saya ni…kan?

Bukan diri sendiri je yang dapat manfaat, malah satu keluarga tau!

Jom saya belanja satu testimoni nutriferon pada baby 2 bulan yang selesema :

testimoni nutriferon baby selsema

           testimoni nutriferon baby selsema

 

Tengoklah, betapa gembiranya hati si ibu kan!

Memang ia satu pelaburan yang sangat berbaloi dan menguntungkan.

Sebab?

Kesihatan tak macam ubat yang boleh dibeli. Tak macam duit yang boleh dicari.

Ia adalah anugerah Allah yang kita harus hargai dan jaga dengan sebaik mungkin. :)

nutriferon shaklee dihasilkan daripada satu campuran unik ekstrak tumbuhan herba untuk mempertingkatkan imun semulajadi tubuh

 

 

 

 

 

 

 

 

Nutriferon dipekkan dalam satu kotak yang berisi 30 sachet dengan kandungan sebanyak 1.2 gram bagi setiap stik.

Ia telah dipatenkan oleh Shaklee dan tidak terdapat di mana-mana kedai atau farmasi di Malaysia, sebaliknya hanya boleh diperolehi secara eksklusif melalui Pengedar Shaklee yang berdaftar sahaja. :)

Pilihlah pengedar Shaklee yang anda percayai dan dapatkan Nutriferon anda hari ini juga!

Hubungi saya untuk harga menarik dan konsultasi percuma. :)

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia.

COD sekitar Bangi, Kajang, Putrajaya dan Cyberjaya

Nusaybah Anuwar  019-3832656

2,283 total views, 4 views today

3 Thoughts on “TINGKATKAN IMUN TANPA ANTIBIOTIK DENGAN NUTRIFERON

  1. Pingback: pembedahan dan bahaya tonsil pada kanak-kanak | Nasuha Vita Life

  2. Pingback: ANAK SELALU TAK SIHAT DEMAM BATUK SELSEMA | Life is a Story

  3. Pingback: ANAK KERAP DEMAM SELSEMA BATUK DAN ALERGI | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation