TERPAKSA GUNA DEODORANT WALAU TAHU BAHAYA BAHAN KIMIA

lelaki lebih mudah dan banyak berpeluh

lelaki lebih mudah dan banyak berpeluh

Peluh merupakan salah satu hasil kumuh tubuh yang keluar melalui kelenjar peluh. Ia berasal daripada darah dan mengandungi air dan natrium klorida. Bahagian kulit yang sering bermasalah akibat pengeluaran peluh ini adalah di bahagian ketiak.

Peluh juga biasanya mengeluarkan bau yang kurang enak. Banyak berpeluh menimbulkan bau badan yang tidak menyenangkan serta berupaya mengundang kejian yang tidak enak didengari. Ia juga boleh mempengaruhi keyakinan dan mempengaruhi perasaan percaya pada diri seseorang.

Oleh itu, sudah semestinya berbagai cara sanggup dilakukan oleh penghidap masalah ini untuk menghilangkan bau badan yang berpunca daripada ketiak tersebut. Salah satu yang terkenal dan sering digunakan adalah penggunaan deodoran, baik yang berbentuk stick, roll on mahupun spray. Ia juga mudah  didapati dalam pelbagai bentuk samada pepejal, cecair mahupun serbuk talkum seperti bedak hibka yang sangat popular di kalangan ibu-ibu bekerja suatu masa dulu.

bedak ketiak hibka

bedak ketiak hibka

Sudah bertahun-tahun deodoran ini digunakan sebagai alat pewangi ketiak, termasuklah dengan fungsi menghilangkan bau badan. Bagi sesetengah wanita pula, menggunakan deodoran adalah sama seperti menempek bedak compact di muka dan mencalit lipstik di bibir. Hari yang berlalu takkan lengkap tanpa keduanya!

 

Bau badan adalah disebabkan oleh proses penguraian bakteria terhadap peluh. Ia bertindak memakan peluh yang terhasil daripada kelenjar peluh (apocrice sweat glands), sel-sel kulit mati dan sel-sel bulu roma lalu mengeluarkan sejenis asid yg menghasilkan bau yang bukan sahaja tidak digemari, malah digeruni.

Kelebihan deodoran adalah ia mengandungi unsur kimia berupa aluminium yang berpengaruh pada kelenjar peluh sehingga kulit akan menghasilkannya dalam jumlah yang sangat kecil. Ia juga bertindak sebagai antiseptik yang berperanan :

  1. meneutralkan bau peluh
  2. mempertahankan daerah ketiak anda selama 18 hingga 24 jam
  3. membunuh bakteria yang berperanan menguraikan peluh, punca penyebab bau badan
  4. tidak mencegah pengeluaran peluh, sebaliknya menghalang bau
  5. tidak mengganggu proses perpeluhan dan penyejuk badan semulajadi yang merupakan salah satu daripada cara tubuh berkumuh
  6. Sebaiknya pilihlah deodoran jenis stick dibandingkan dengan spray kerana kadar kandungan alkoholnya yang lebih rendah.

Perbezaan deodoran dan anti-perspirant

Selain mempunyai bahan wangian, ia juga mengandungi sebatian kimia yang berfungsi menyumbat, menutup dan menghalang pori-pori liang roma sehingga mengakibatkan kelenjar peluh tidak dapat menjalankan tugas, seterusnya peluh tidak dapat dirembeskan. Peluh memang ada, tapi tak boleh keluar sebab terhalang oleh bahan kimi seperti aluminium dan paraben.

Pernah terfikir tak kenapa bila pakai deodorant, menjelang petang baju akan bertanda kuning di kawasan ketiak? Nampak jelas sangat waktu zaman sekolah dulu, sebab masing-masing baju warna putih suci kan.

Dari mana datangnya kesan kuning tu?

Garam aluminium dalam anti-perspirant tu lah yang menghasilkan stains atau kesan kotor dekat baju. Aluminium ini bertindak menutup liang peluh dengan tujuan menghalang ia dari keluar.

Cakap pasal deodorant, kawan pakai, kita pun nak pakai, Tambah pulak bila duduk asrama, pantang tengok apa yg kawan katil sebelah ada, kita tak ada. Seboleh-boleh semua nak pakai jenama sama. Sudahnya, bila berpeluh dapatlah warna kuning tu celah ketiak dengan bau yang boleh tahan stinky! Akhirnya sama-sama menyental di bilik dobi dengan kawan yang tadi tu. Memori budak hostel sungguh! Hehehe..

Kesan negatif penggunaan deodoran secara berlebihan adalah:

  1. kandungan alkohol yang terlalu tingi boleh mengakibatkan iritasi pada kulit terutamanya di kawasan ketiak
  2. Kulit akan berisiko gatal-gatal, tumbuh ruam dan kemerah-merahan
  3. kandungan paraben dan proplene glycol boleh mengganggu hormon dan merosakkan sistem saraf
  4. Terdapat juga dakwaan bahawa kandungan aluminium yang terdapat dalam deodorant antara penyebab kanser payudara

Paraben ialah bahan kimia yang digunakan sebagai bahan pengawet dalam industri pembuatan seperti shampu, pelembap bibir, moisturising cream, dan ubat gigi, Sedar tak sedar, memang hari-hari kita guna dan pakai produk-produk ini kan?

Boleh rujuk info dan maklumat lanjut berkenaan topik ini daripada ahli perubatan di SINI 

Jadi mana yang satukah yang lebih baik dan selamat ?

Menggunakan deodorant atau tidak ? Apa pilihan yang kita ada?

Kalau tak guna, ketiak berbau, orang menyampah nak dekat.

Ada orang, bukan nak guna sangat, tapi terpaksa. Kerja dah best, pakaian dah smart, muka dah hensem, tapi badan berbau. Kan spoil tu…

Pilihan tentunya di tangan kita sendiri. Terpulang atas diri sendiri apa yang kita mahukan. Yang pasti kita harus sentiasa menggali ilmu berkaitan kesihatan, tidak berhenti membaca dan lebih bijak dalam penggunaan apa jua produk. Ada satu jenama deodorant yang selamat dari bahan kimia dan water based yang kita boleh jumpa di farmasi.

Dr.Mist Spray

Dr.Mist Spray

Atau ada terdapat di Cosway – menggunakan garam kristal yang pakai berbulan-bulan pun tak habis-habis.

crystalfresh deodorant cosway

crystalfresh deodorant cosway

Kita berhak menentukan apa yang menjadi pilihan kita sekeluarga samada produk yang sudah bertahun di pasaran dan terbukti berkesan ataupun melalui tips-tips dan petua tradisi agar tak lekang di telan zaman. Penggunaan deodorant memang telah sebati dalam kehidupan masyarakat kita untuk memiliki ketiak yang sihat sekaligus wangi.

Walaubagaimanapun, kita harus fahami bahawa air peluh ialah salah satu bahan kumuh yang dikeluarkan secara semulajadi oleh tubuh. Ia berfungsi sebagai medium yang menyejukkan tubuh, membantu dalam pengawalan suhu tubuh badan dan mengimbangi air dan kandungan eletrolit tubuh. Seperti biasa, hidup kita kadangkala diselubungi misteri peluh dan bau terutamanya semasa kita terlebih aktif atau sibuk dalam hari-hari tertentu.

Jangan susah hati, tapi harus kerap mandi dan makan daun-daun jamu buat ulam, bukan rempah cili atau nak senang lagi telan vitamin pilihan wanita masa kini. Chill!

Alfalfa berupaya menyelesaikan masalah bau badan

Alfalfa terbukti berupaya menyelesaikan masalah bau badan

Penggunaan deodoran masih boleh dipertimbangkan setelah kita membaca dan meneliti label kandungan paraben yang tidak melebihi 0.4% ketika membeli sebarang produk kosmetik, farmasi, kesihatan mahupun makanan.

Pertama kali dengar tentang paraben? Susah nak cari losyen atau krim yang bebas paraben?

Selain tablet pencegah bau badan, Shaklee ada magic cream pelbagai guna yang 100% semulajadi dan wangi juga!

Macam-macam adaaaaa…..

Multipurpose Herbal Blend Cream

Multipurpose Herbal Blend Cream

Murah. Cukup murah dan semestinya berbaloi-baloi untuk dimiliki.

Ada juga yang belum tahu Shaklee ada Set untuk kesihatan dan kebersihan Kediaman ya?

Kita belanja gambar lagi!

Set Get Clean Shaklee
Rasa berminat ? Hubungi saya untuk cadangan dan konsultasi percuma.

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia.

COD sekitar Bangi, Cyberjaya dan Putrajaya

Nusaybah Anuwar 019-3832656

13,979 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation