TERIMA KASIH PUTING BURUNG MERPATI, FINALLY ISU ADIK TAKNAK HISAP BOTOL SELESAI – YIPPIEE!!

Stok EBM dah penuh peti. Siap tumpang menumpang rumah mama. Ice pack baru dah 4-5 ketul ready. Bottle Feeding Starter Set sebelum bersalin lagi dah shopping dkt Baby Expo. Siap dgn breast pad, storage liners baru dan pad yg boleh tuam breast utk masa kecederaan pun semua ada.

Cooler beg 2-3 jenis corak dah beli online. Nasib baik pam boleh pakai yg beli masa kakak dulu. Masih elok, nampak baru dan performance pun tip top lagi! Konon nak cukop serba-serbi lah kan. Bukan konon ok, memang nak semua tersedia supaya perjalanan penyusuanku lancar. Walaupun pengalaman kedua, itu tetap cita-cita!

Tang cooler beg tu dah kenapa sampai 2-3 jenis? Sebab geram dan tamak. Perangai orang perempuan. Biasa dah.. (Ini ayat abi) :)

Tapi, masalah kali ni si kenit refuse botol feeding pulak. Dia taknak hisap botol ok! Udahler botol MAM tu beli sampai 6 bijik. Adehhh..

Google Pic : MAM Newborn Starter Pack

Google Pic : MAM Newborn Starter Pack

Dia punya menjerit, maaakkk aiii.. dengan airmata lagi. kesian memang kesian. Macam tunjuk protes pun ada. Kalau ikut hati omak-omak yang lembut bak sutera terengganu ni memang nak campak je botol. tapi tapi tapi..haruskah ai hantar tender resign sekarang? erkkkk…

PENGALAMAN LALU

Kalau ikut pengalaman yg pertama dulu, senang-senang je switch kasi botol dkt baby. Tengokla pulak tagline dia “Easy to switch from MOM to MAM”. Amboih.. Masa tu siap ade krisis niple confusion lagi. Mana taknya, budak tu baru nak belajar latch pun kau dah tak sabar nak sumbat botol. Gedik sangat kan. Minggu pertama pantang pun dah start memerah. Kemain engkau kan.

Masa tu teruja sgt nak praktik ilmu penyusuan yg penuh di dada. Duk ulang hapal demand vs supply. Hebat gila rasa. Siap gatal-gatal tgn macam ada kudis nak guna pam baru, storage bottle baru, liners baru. Semua baru lah citer dia. Nak merasmikan nursing tools katanya.

Seronok sgt tengok ebm penuh dlm fridge and freezer sampai ikan ayam pun dah takde space nak selit. (Padahal semak, yak reti susun). Asal lps baby menyusu je, gigih pam kasi keluar abis susu.  Tak kira lah, pakai jari ke gun mesin. Sekejap-sekejap rasa tet keras, bengkak, meleleh.. Memang 10 kaki jauh pun adik boleh bau ibu dia ni sebab sentiasa lah “berbau” dadih.

Google Pic : sedapnya dadih warna warni

Google Pic : sedapnya dadih warna warni

Lagi satu sebab nak suruh kerjasama dengan abi. So bila tengah malam anak menangis, ayahnye boleh panaskan susu dan bottle feeding baby while ibu boleh teruskan tidur nyenyak walopun taklah nyenyak mana sangat pun. Bijak kan iolss. Siapa kata kalau breastfeed anak, takleh kerjasama laki bini? Hihihi…

Itulah antara sebabnya yang buat kakak dulu mudah nak biasakan dengan botol. Takde drama-drama atau telenovela pun. Redha je dia sedut. Itulah yang sekarang ni kompiden sampai ke bintang MAM is da best choice. Siap rekomen kawan-kawan, dapat testimoni lagi ok! Fefeeling pakar laktasi giteww. Padahal bukan isu botol yang best or tak best, ini pasal anak kau yang rasa best atau tidak puting tiruan yg korang kasi kat dia tu.

So, cukup-cukuplah flashback cerita pasal kaklong Nasuha yang sekarang ni dah macam-macam akal. Sambung balik isu adik Sufi yang takmau hisap nenen dalam botol ni.

KISAH SEKARANG

Betullah pepatah bilang, kesilapan selalu jadi guru yg paling baik. Kali ini saya silap kerana terlalu lambat bertindak. Juga silap buat keputusan sebab terover confident yg adik sama macam kakak.

Semua nak beli barang sama ko pun. Macamlah anak ko kembar. Muka tak ada iras lansung. Jadi sekarang ni sila ketuk kepala sendiri supaya lain kali beringat sikit. Langit tak selalu cerah, mendung tak bererti hujan. Eh?! Seswai tak?

Google Pic : Syoknya kalau ada twin

Google Pic : Syoknya kalau ada twin

Pengalaman dan pengajaran yg saya dapat selain praktis biasa yg kena minta orang lain suakan botol dek kerana naluri sensitif baby yang dapat kenal bau mak dia adalah :

1. Jangan bermula terlalu cepat sebab nanti baby refuse direct feeding akibat niple confusion

2. Jangan bermula terlalu lambat sebab nanti baby dah fall in love pada niple and reject bottle feeding

talk-logo

6 minggu usia bayi atau 2 minggu sebelum ibu start masuk kerja balik adalah masa yg paling sesuai, Ini advice dari bahan-bahan bacaan tentang penyusuan, tapi saya rasa tips ni hanya sesuai utk mak-mak yg ambil cuti pantang 2 bulan saje. Sebab, kalau utk 3 bulan confinement leave, masa 10 minggu itu adalah terlalu lama. Makanya, dah terlalu sedap rasanya utk baby nak melepaskan puting ibu utk bertukar kepada puting silikon atau latex.

Selain itu, semestinya lah doa dan praktis untuk selalu bercakap dengan baby, “adik kena minum dlm botol sebab tak lama lagi ibu dah nak start kerja sayang). Nanges! Sambil cakap sambil kesat airmata sebab penat karang ayat yang logik nak berdialog dengan budak umur 2 bulan.

Google punya google sehari suntuk, dapatlah beberapa review tentang beberapa jenis botol-botol susu yang berjaya menarik perhatian bayi seusia adik. Yang dah tangkap cintan dgn niple mak dia. Yg dah isytihar perang dgn puting lain selain yg ade areola tu! Ramai juga blogger yg share pasal anak masing-masing dan botol ni dapat review yg agak banyak dan kebanyakannya adalah positif!

nuk-premium-choice-anti-colic-wide-neck-latex-teat-2pcs-babyloveshop-1304-05-BabyLoveShop@2

Oh ye, sebelum ni dah test guna NUK yg puting dia bentuk lain macam sikit tu. Senget macamana tah. Kakak Hana dia punya. Hana ni sepupu dia. (panggil kakak sebab Hana is anak susuan saya) Pun dia takmau.

Memang kena carik Wide Neck Niple supaya cocok utk guna dgn botol MAM yg sedia ada. Hopefully boleh masuk tanpa tirisan susu. Otherwise kena lelong dekat mudah supaya dapat ganti balik fund utk beli 6 bijik lagi botol baru. Tengok tu, tamak. Tah bila nak insaf! :)

REVIEW PUTING BARU 

Inilah si merpati saya! Pigeon Peristaltic Plus!

fb6e096a-5e2f-4eb2-a01c-c8435680de94

Memang agak lembut sikit, tapi niple dia agak panjang compared dgn MAM yg agak kontot dan besar sikit. Yg ori punya jenama MOM pun tak panjang macamtu. Masa nak guna je dia timbul keluar, itu pun kena picit or urut-urut manja sikit. :)

Dan yg best, it suits MAM’s bottle and cap perfectly. Harapnya serasi lah dgn adik. Botol mahal macamana pun, cantik macamana sekalipun, kalau si kenit taknak, takde ertinya buat diriku buat masa ini.

Percubaan pertama. Ada reaksi nak hisap tapi sikit-sikit. Luak jugak walau cuma 0.5oz.

Percubaan kedua. The next day morning. Minum tapi tak perasan banyak mana yg betul-betul minum sbb banyak yg meleleh tumpah. Dia main-main sambil gigit puting tu. Adoilah adik.. atau mungkin jugak dia belum betul-betul lapar.

Percubaan ketiga, petang hari yg sama. Habis 2 oz. Woweee. Satu pencapaian! Masa ni rasa nak jilat-jilat je pipi adik yg lembut dan gebu itu. Tepukan utk diri sendiri. Clap clap clap!!

Haaa.. ini dia… saya beli dengan botolnya sekali kot-kot tak boleh masuk dgn botol MAM kat rumah ni. Sesia je beli. Pahtu nak suh repeat gi kedai balik, sesia je kena mrh dgn laki.

Google Pic : Niple Magik Burung Merpati

Google Pic : Botol Magik

Apa yang berbeza :

PeristalticMotion_1

1. Botol ni mengikut pergerakan mulut baby yg menyusu secara direct feeding dengan ibu

“stimulates baby’s natural sucking motion”

2. Susu tak keluar kalau baby tak hisap. Ciri ni memang saya cari sebab adik Sufi jenis yang mudah tersedak.

3. Dan seperti biasa, ia haruslah BPA Free. Materialnya diperbuat dari PPSU (Polyphenylsulfone) seperti warna brown botol tu juga di mana ia adalah warna natural material PPSU. Ia boleh mencapai tahap kepanasan sampai 180 celcius dalam proses sterilizer. (1st time tau ni)

Salah satu yg buat saya pilih MAM dulu pun sebab ia ada ciri tersendiri. Antaranya mudah dicuci sebab botolnya boleh diasingkan dan ada pelapik getah di bahagian bawahnya yg berlubang, bersifat anti-colic. Buih-buih susu dalam botol akan mudah keluar, jadi baby tidak kembung.

Satu lagi, walaupun ada 2 jenis puting di pasaran, saya memang mencari dan memilih puting silikon. Sebab, latex atau rubber perlu kerap ditukar kerana ia mudah terhakis dan dikhuatiri akan membahayakan baby. Gila tak bahaya baby makan getah, kan? Lagipun, saya rasa kekerapan sebulan sekali adalah terlalu singkat. Kalaupun ia bergantung kepada keadaan puting, itu pun satu kelemahan buat saya yg selalu super busy ni nak selalu tilik puting susu anak.

Tapi kan, seingat saya lah..dulu-dulu mama pun guna puting kaler coklat yg getah tu. Dr.Baby nama dia. Elok aje pulak adik-adik aku semua membesar bagai johan. Macam-macamlah mak-mak sekarang ni, termasuk aku jugak.

MAM_Ventilation_img1._V357869468_ anti-colic-160ml_ivory_lowres_3

Apapun, terima kasih PIGEON kerana telah menjadi hero dan penyelamat kami! :)

Bakal gigih mencuba lagi tanpa kenal putus asa utk hari-hari mendatang yang masih berbaki sebelum masuk keje balik. Sob sob sob…

Benarlah, pengalaman sentiasa akan lebih mendewasakan kita.

Tak dewasa lagi ke dah dua kali bunting dan beranak? Lol

Sekian dulu buat kali ini. Tata!!!!

28,140 total views, 8 views today

6 Thoughts on “TERIMA KASIH PUTING BURUNG MERPATI, FINALLY ISU ADIK TAKNAK HISAP BOTOL SELESAI – YIPPIEE!!

  1. Aisya Khairil on 30/09/2016 at 7:34 AM said:

    Nak tanya.. Puting pigeon tu siZe apa awk beli? Anak saya baru 2bulan. Nanti mase bagi pengasuh 3 bulan. Tatau nak beli jenis mana..

    • nasuha on 07/10/2016 at 8:16 AM said:

      Terima kasih bertanya Aisya.
      Saya beli saiz S kalau tak silap tapi masa tu mak yang jaga baby. Dia siap cucuk sebab nak katanya lubang halus sangat.
      Kalau Aisya beli saiz M its better rasanya.

      Apapun, key dia mesti puting jenis wide neck sebab nakkan yang hampir nak sama dengan breast mummy. Kita nak elak baby ada niple confusion.

  2. helen on 15/12/2016 at 4:49 AM said:

    Hi
    may i knw how many months is your baby when he/she rejected bottle feeding?
    im having the same problem now and my baby is 3months old. i change alot of nipples already. but none of it are working

    • nasuha on 16/12/2016 at 6:10 AM said:

      Hi Helen,

      At that time my baby was 2 months plus. I’ve tried to start it early as I need to prepare before back to work but still.. no luck. My previous experience with first baby, I’m using MAM bottle and have no problem with it.

      As per advice by some friends, I’ve tried Pigeon Peristaltic Plus and finally, she can accept the nipple. My key summary was, since our baby is breastfeeding baby, we need to use wide neck bottle which the bottle niple is wide and short, (not like others which is long and look so fake compared with ours. lol)

      So, you can try some other brands also as such Tommee Tippee, Avent. Pigeon and MAM. After all, u also need to talk with your baby and ask somebody else to approach and feed your baby instead of you coz he/she can smell you and hava strong instinct towards you as her “vending machine” from day 1 he/she was born.

      Hope it helps. Best of luck mommy!

  3. Salam, saya nak tny..botol MAM tu boleh fit dengan puting pigeon peristaltic plus kan? Asking again sbb gambar dlm post xdpt view, takut version 2014 dgn yg sekarang lain botolnya hehe..thanks in advance😊

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation