KENALI SIAPA SAYA

Hai pembaca semua.

Selamat datang ke nusaybahanuwar.com. Terima kasih kerana sudi singgah.

Tahniah kerana berada di sini. Saya tahu, anda seorang yang sukakan gaya hidup sihat.

NAK KENAL SIAPA SAYA?

Saya adalah seorang isteri kepada Encik Mohamad Khairi Daud dan juga ibu kepada 3 orang buah hati bernama Iman Nasuha, Ain Sufi dan yang terbaru Nu’man Hadif yang merupakan inspirasi dalam penulisan saya merangkap sebab tertubuhnya nusaybahanuwar.com ini.

Dahulunya dikenali sebagai farmasimaya.com, saya kini telah menaiktaraf laman perkongsian ini kepada jenama sendiri, nama sendiri untuk terus menulis dan berkongsi yang baik-baik dengan anda. Semoga dengan asbab perkongsian ikhlas saya di sini, ada saham selepas ketiadaan saya nanti.

Masih berkhidmat di salah sebuah institusi kerajaan di Selangor, saya tetap mampu menjana pendapatan sampingan melalui medium ini. Sungguh, saya menggunakan teknologi maklumat di hujung jari dan internet di mana-mana.

Inilah salah sebuah outlet online kelolaan saya yang menawarkan variasi jaringan produk SHAKLEE yang berasaskan sumber bahan semulajadi, telah dibuktikan berkesan secara klinikal dan semestinya selamat untuk alam sekitar.

Sebelum mengambil keputusan untuk berdaftar menjadi ahli, saya bermula sebagai seorang pengguna yang rekod kesihatannya sangat teruk, namun sangat ego dan cerewet.

Tanpa saya sedar, segalanya berubah setelah saya mengenali SHAKLEE sejak tahun 2012, ketika hamil anak pertama. Ketika itu, saya mencari-cari jalan penyelesaian kepada masalah “simpul mengkarung” yang dideritai hampir setiap malam akibat kekurangan kalsium.

Alhamdulillah, pengalaman pertama saya memberi impak yang ohsem dan perubahan yang sangat positif sehingga masalah yang dahulunya sering mengganggu waktu tidur dan rutin harian saya akhirnya selesai.

Saya terus jatuh cinta selepas mencuba satu demi satu produk yang selalu dicanang-canangkan mempunyai saintis sendiri, lengkap dengan kajian klinikal dan benar-benar berkesan.

Bagi saya sendiri, inilah yang saya cari. “Good product speak, itself”

Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk terus berkongsi tentang kebaikan Shaklee dengan lebih ramai orang di luar sana yang beranggapan “suplemen tak perlu, makan makanan seimbang dah cukup”. Allahu, naifnya saya yang dulu.

Hasil berkongsi dengan rasa ikhlas ingin membantu, saya kini adalah seorang pemimpin perniagaan SAH Shaklee dengan insentif bulanan 4 angka yang membuka mata saya untuk mula berani berimpian dan merancang misi bebas hutang yang lansung sebelum ini tidak pernah terlintas di fikiran.

Iyalah, dulu-dulu setakat fikir nak cover duit pampers dan taska je.

TAPI… SAYA TAK MINAT BUAT BISNES

Ya. Inilah saya yang dahulu.

Sehinggalah saya sendiri rasa dan percaya inilah real bisnes yang saya cari-cari selama ini. Tak perlu buat loan, tak perlu simpan stok, tak perlu bersusah-susah nak pos barang kerana kesemuanya akan diuruskan oleh syarikat.

Dengan hanya RM68.90, anda sudah layak menjadi sebahagian daripada pengedar SAH Shaklee, samada untuk makan sendiri atau menjalankan bisnes.

Bagi anda yang sedang mencari-cari suplemen untuk menyokong kesihatan tubuh dan aktiviti harian keluarga, boleh menghubungi saya untuk mendapatkan vitamin SHAKLEE dengan harga yang berpatutan berserta khidmat nasihat yang berterusan tentang penggunaan produk.

Produk SHAKLEE untuk pasaran Malaysia telah disahkan HALAL oleh ISLAMIC SERVICE of AMERICA (ISA), Badan HALAL yang diiktiraf oleh JAKIM.

Walaubagaimanapun, produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Konsultasi doctor adalah disarankan sekiranya anda diasahkan penghidap penyakit tertentu yang memerlukan presripksi ubat-ubatan.

Di medan inilah juga saya belajar bahawa waktu terbaik untuk ambil suplemen adalah ketika kita masih sihat. Suplemen bukan ubat, bukan juga menyembuh penyakit. Dalam persekitaran dan kehidupan moden kita hari ini, pendekatan mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

“Prevention is much better than cure”

Sebagai bukti saya benar-benar serius dan komited, saya sentiasa berusaha menghadirkan diri ke bengkel yang dianjurkan untuk mendapatkan ilmu berkenaan nutrisi, bagaimana menjaga kesihatan dengan amalan gaya hidup sihat serta kelas-kelas berkenaan pemasaran.

Berkat kecekalan dan usaha serta bantuan daripada kumpulan sokongan SHAKLEE kami, saya telah berjaya mencapai rank supervisor dan diraikan dalam majlis khas yang dianjurkan oleh Shaklee Malaysia sebagai menghargai pencapaian kami.

Bisnes shaklee

Ingin menjana pendapatan 3-4-5-6 angka bersama Shaklee dalam kumpulan saya ?

Sertai ABiR dan saya akan berkongsi dengan anda bagaimana saya melakukannya tanpa perlu melepaskan jawatan di tempat kerja.

Ya, saya sendiri sudah buktikan hanya dengan komitmen dan rasa mahu, ia sangat mampu dicapai. Memilihlah untuk membuat pilihan terbaik dalam hidup kita, bukan sekadar menyerahkan kepada orang lain untuk melakukannya untuk kita.

Untuk tujuan pemantapan bisnes, anda akan dijemput menyertai kumpulan sokongan untuk bersama-sama kami mengorak langkah.

Creating Healthier Lives.

Changing brands can change your life.

Live Younger Longer.

Life is a Story
Facebook: Nusaybah Anuwar
FB Page: i-Nutrisi / Tips Hamil Sihat dan Cantik
Emel: imanusaybah@gmail.com
Contact No: 019-3832656

“You’re the writer of your life”

358 total views, 2 views today

2 Thoughts on “KENALI SIAPA SAYA

  1. leli on 21/05/2017 at 3:41 PM said:

    Minat ngan stim iron…u ada jual? Pls ctc me at 0196651900

    • nasuha on 05/06/2017 at 5:04 AM said:

      wsalam.

      ye sebelum ni ada jual tapi sekarang dah close order. Kat Malaysia pun dah banyak masuk stok sekaranag ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge