TENTANG SAYA, KEHIDUPAN SAYA DAN BISNES KESAYANGAN SAYA

Harini rasa nak story pasal diri sendiri dan bisnes sikitlah. Mana tau ada yang tertanya-tanya apa yang saya buat kan.

Bila orang tanya saya apa sebenarnya title saya, memang jawapan saya panjang lebar.

Banyak kot pangkat ahkak ni. 😜

Berjenis-jenis topi yang saya akan gilir-gilir pakai sejak dari awal pagi sampailah jumpa balik hari seterusnya. On weekdays saya bekerja, lepas abis masa tu saya akan jadi milik family – sebagai isteri ibu dan anak.

Di masa-masa yang lain pulak, 24 jam saya boleh “ditemui” melalui blog farmasimaya.com kesayangan saya ni 😊

Di kalangan pembaca kat sini jugalah ramai yang dah jadi customer tegar saya. Ada je customer yang ingat saya ni nutritionist atau doktor (sebab dekat blog cerita pasal vitamins kot) 😅

Bezanya bila kita ada banyak topi yang kena tukar-tukar pakai ni, life kita pun kena sama-sama bertukar jugak. Dah tak boleh bersenang-lenang like nobody bisnes.

Kalau orang lain boleh layan telenovela berepisod-episod, saya pulak dramanya menghadap blog la hari-hari (walopun bukan hari-hari jugak ada idea nak menulis) 😊

Bila on weekends or cuti panjang orang lain berjimba-jimba di shopping mall, saya pulak shopping vitamins di branch dan HQ Shaklee. 😊

Ada masa orang lain menangis-nangis layan movie kat panggung, saya kerjanya mengangguk-angguk tersengguk dalam kelas nutrisi atau join event @ seminar bisnes. 😊

Part paling syok, bila orang lain terpaksa diam-diam duduk rumah tengah bulan sebab kira duit baki gaji, saya tersengih-sengih sebab harimau dah mengaum dengan gagah 🐯

Bila dapat bonus, saya akan bagi rewards dan spent time dengan diorang, claim balik apa yang diorang dah korbankan di hari-hari sibuk saya.

Mereka-mereka inilah antara sumber kekuatan dan Big Why yang paling kuat kenapa saya berada di landasan saya sekarang.

Pasal kaedah bisnes pulak, saya banyak gunakan kemudahan teknologi yang di hujung jari je dah boleh tambah income. Ada jugaklah kaitan dengan field masa study dulu kann.

So sesekali sakit jugak bila wifi buat hal ni. Lagi-lagi orang yang buat bisnes macam akak. Baru 3 hari pun dah rasa macam alaaaaahai 😅

Apa pulak kena mengena wifi dengan bisnes?

Sebab.. bisnes akak ni memang sangat memerlukan network yang luas. Akak kena Go Online supaya dapat reach ramai orang tanpa perlu pergi sana-sini. Supaya ramai jugak orang yang dapat info berkenaan nutrisi dan kepentingan vitamins.

So antara usaha akak untuk ada di rangkaian tanpa sempadan ni ialah melalui Internet Marketing. Guna Fb, blog macam yang uolls tengah baca sekarang ni dan broadcast untuk beritahu ramai-ramai lagi bahawasanya akak ni pengedar Shaklee yang umpphh.

Baca Juga :

Selain tu, akak juga suka bercampur dengan kawan-kawan baru. Walaupun muka akak ni serius memanjang dan selalu je berkerut, tapi once akak dah start memang orang akan minta no telefon. Hehehe.

Biasanya aktiviti melebarkan network gaya macamni akak akan praktikkan masa di luar rumah. Samada kat klinik ke, taman tasik ke, shopping mall atau mana-manalah yang akak rasa sempat nak hulur bisnes kad. Ni husband akak pun dah maklum sangat dah yang bini dia memang ramah tak kira di mana-mana 😜

Ada lagi tak kawan-kawan dalam friendlist akak kat sini yang tak pernah dengar suara mesra akak, atau tak pernah baca tulisan akak, atau tak ada biz card akak?

Simpan no akak ni deh.

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia.

Belum fulltime bisnes tapi dah fullheart dan so in LOVE dengan Shaklee.

COD available sekitar Kajang, Bangi dan penghantaran melalui pos menggunakan kurier terpilih.

Nusaybah Anuwar 019-3832656

321 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation