SUSU KU DROP, TAPI SEMINGGU JE DAH BACK TO NORMAL

Hari ini genap seminggu saya mengaplikasikan teknik memperbanyakkan susu badan.

Teknik yang pasti saya buat setiap kali susu merudum. Teknik yang selalu menjadi. Yang setakat ini tidak pernah mengecewakan. Memang saya buat. Saya usaha betul-betul.

Antara tips yang dah tak jadi rahsia ialah, saya akan menatap wajah kekasih hati yang bakal minum susu yang saya perah ni setiap kali semasa sedang mengepam. Senang dan santai je. Sambil-sambil scroll fb, sambil-sambil update blog pun boleh.

tataplah wajah bayi anda semasa mengepam untuk meransang hormon prolatin bagi menghasilkan lebih banyak susu

 

 

 

 

 

 

 

Selalu orang bila nampak saya memerah, orang akan cakap,

Seronoknya tengok susu engkau weh, banyaknyaa.. bestlah!”

Tapi orang tak tau pahit jerih yang saya lalui. Macamana saya tanggung sakit bila breast engorged tapi susu tak mau keluar. Berapa kerap saya catu masa tidur untuk mengumpul stok. Apa yang saya buat bila terpaksa juga berjauhan dengan baby tanpa meninggalkan tugas mengepam.

Ramai juga yang minta nasihat.

Eh, apa rahsia susu banyak ekk? share laaa..”

And bila saya kongsi tips, ada pula yang kata,

Engkau bestlah, memang susu banyak. bukan macam aku. dalam family aku semua sama, kakak-kakak aku semua pun memang jenis tak banyak susu”

Aikk.. Keturunan pulak yang salah. Ikut jenis orang pulak dah.

Ada pulak macamtu. Saya pun manusia biasa. Ibu biasa. Ada juga masalah macam orang lain. Tipulah kalau saya kata perjalanan penyusuan saya smooth sentiasa.

Tak pernah ada kejatuhan. Susu tak pernah merudum.

Itu tipu. Memang ada, bukan sahaja pernah malah kadangkala ia berlaku sangat kerap dalam sesuatu masa. Cuma tak semua saya kongsikan dengan orang. Tambahan pula sebab saya ibu yang masih bekerja, yang ada rutin harian di pejabat. Kadang-kadang tak sempat sebab sangat sibuk (konon), adakalanya tak sihat (walaupun sangat jarang sakit) dan sesekali datang juga penyakit M tu. hehehe… (jangan ikut, ni sangat-sangat tak baguss)

Ya, walaupun saya ambil suplemen bergred antarabangsa, walaupun saya makan vitamin semulajadi hari-hari. Itu bukan jaminan untuk susu saya sentiasa kekal sama, banyak, tak kurang-kurang. Lebih-lebih lagi bila jadual memerah selalu kelaut. Pasti ia sedikit sebanyak akan mengganggu dan menjejaskan production.

Itu dah jadi adat resam. Up dan down dalam dunia penyusuan susu ibu adalah sesuatu yang bukan masalah dan tidak pelik. Jika tidak, masakan susu-susu formula di kedai runcit mahupun pasaraya harganya semakin meningkat naik dari sehari ke sehari.

Hukum permintaan vs penawaran. Semakin banyak permintaan, semakin tinggi harga pasaran. Seperti juga beras, susu formula untuk bayi dah jadi makanan ruji.

Kita pun kena faham sendiri part ni. Kerajaan kasi hint nak menggalakkan ibu-ibu menyusu badan sebenarnya. :)

Kalau rasa dah banyak kali langgar jadual mengepam, cepat-cepatlah buat sesuatu. Lain ibu, mungkin lain kaedah yang dia suka dan serasi dengan badannya. Jangan nanti bila dah dapat hint susu mula drop baru nak cuak, jangan tunggu bila stok dah tak cukup baru rasa nak kembali ke pangkal jalan.

Bukan apa, lagi lambat tersedar, lagi lambat dapat hasil yang menggembirakan hati macam sebelum berlaku kejatuhan. Lagi susah nak kembalikan rentak yang rancak di mana stok susu sampai tak muat ice box.

Cepat-cepat ketuk kepala sendiri, kembali sedar dan fahami semula tentang hukum penyusuan. Bila permintaan ada, susu pasti ada. Jika mahu susu banyak, permintaan juga harus banyak.

Makanlah air akar kayu, kapsul jamu atau pil vitamin sepuluh biji sehari sekalipun, kalau asyik ada excuses, sekadar mengharapkan direct feeding kat rumah, susu tak dipam keluar, breast tak dikosongkan dengan konsisten, sedangkan 5 hari seminggu tinggalkan anak pergi bekerja, memang takkan berjaya.

Yang penting kena ada usaha. Kena sabar, banyak-banyak doa. Jangan mudah putus asa. Jangan cepat mengalah. Mesti percaya rezeki untuk anak kita ada dan sentiasa cukup. In Sha Allah, makbul. Allah mengikut persangkaan hambanya. :)

Dan, teknik yang saya amalkan itu tak lain dan tak bukan ialah POWER PUMPING. :)

Lepas seminggu memang nampak hasil. Balik rumah akan curi masa juga untuk sesi mengepam satu atau dua kali, bangun tengah malam or awal pagi pam, masa hujung minggu pun pam jugak.

Hasil perahan di ofis pagi ni. Nasib baik perasan, tak sedar dah penuh, sampai nak melimpah keluar botol dah. hihiihihi…

Finally.. my production dah back to normal. Yippeyyy!!!

teknik power pumping dikatakan sangat efektif bagi mempertingkatkan penghasilan susu badan ibu

power pumping adalah satu kaedah unik untuk memperbanyakkan susu badan

 

 

 

 

 

 

 

Nak tau tak apa yang saya amalkan tanpa jemu setiap hari?

Nak cuba tak apa yang saya makan untuk bantu mengembalikan semula kemeriahan susu yang dah merudum teruk?

Hubungi saya untuk harga menarik dan konsultasi percuma. :)

Pengedar Shaklee Bangi, Putrajaya dan Cyberjaya

Nusaybah Anuwar  019-3832656

4,375 total views, 5 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation