SUPLEMEN KALSIUM TERBAIK SUPAYA TULANG TAK RAPUH DAN BONGKOK BILA TUA

Tulang adalah sistem sokongan tubuh yang paling asas.

Bayangkan, kalau tak ada tulang kita tak akan boleh berdiri tegak.

Jadi, oleh sebab itulah kita mesti sentiasa menjaga tulang sejak di usia muda dan memastikan tulang kita kekal kuat dan sihat.

Secara semulajadinya, tubuh kita ini akan membina tulang yang baru dengan pantas, tetapi bila umur dah semakin meningkat, kehilangan tulang adalah lebih banyak berbanding tulang yang dibina.

Maka, tersangatlah penting untuk membekalkan tulang dengan makanan sedap-sedap, sebagai nutrien pembina tulang yang berkualiti.

Perlukah ambil tablet kalsium tambahan?

Secara realitinya, paras kalsium samada cukup atau tidak, tak dapat diukur dengan tepat sekalipun melalui ujian darah.

Cadangan dos oleh doktor kepada kebanyakan pesakit berkenaan kalsium sedangkan setiap orang memerlukan sukatan tersendiri kerana perbezaan kadar penyerapan kalsium tersendiri menjadi masalah :

1. Sesetengah orang sentiasa ada masalah kekurangan kalsium walaupun dah ambil kalsium tambahan.

2. Sesetengah yang lain pula mengalami kalsium berlebihan di mana ia dipercayai menyebabkan mendapan kalsium dan atherosklerosis.

Dah, dalam dilema pula nak ambil kalsium ke tak. Yang mana satu ni?

Jangan takut dulu. Tak cukup kalsium lagi parah dan kritikal akibatnya kalau kita abaikan dan tak buat sesuatu untuk atasi.

Kalsium memang penting, tapi yang lebih penting ialah jenama kalsium. Jangan yang sembarangan.

Jenama apa yang dijamin berkesan, terbaik dan selamat ni?

Kepentingan Kalsium

Kalsium ialah mineral yang diperlukan untuk membina tulang dan mengekalkannya sihat.

99 % daripada kalsium tubuh ada dalam tulang dan ia diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan tulang kita. Ia juga membantu pembekuan darah, transmisi neuron dan pengecutan otot.

Kalsium bukan sahaja berfungsi membina tulang dan gigi.

Ia turut membantu menetapkan ritma/degupan jantung. Kalsium sangat penting dalam membantu mempertahankan fungsi sistem saraf dan otot serta buah pinggang.

Selain itu juga kalsium membantu mengurangkan paras kolestrol dalam darah kita.

Semasa mengandung, keperluan kalsium di dalam usus ibu akan meningkat untuk memenuhi keperluan bayi di dalam kandungan.

Kak Ebah dulu, memang kenal Shaklee sebab dia ni lah. Selepas sakit-sakit pinggang, punggung, kaki, betis, peha semua gara-gara mengandung tapi tak cukup kalsium.

Apabila ibu tu tak makan kalsium yang cukup, bayi akan ambil daripada tabung kalsium yang ada pada tulang ibu. Ibu akan cenderung untuk sakit di banyak bahagian badan bila kurang kalsium.

Macam tu jugalah dengan ibu menyusu kerana kalsium adalah satu komponen penting dalam susu ibu.

Setiap 1 liter air susu badan ibu tu, mengandungi 300 mg kalsium. Jumlah kalsium yang diperlukan untuk ibu mengandung dan menyusu ialah 1200 mg sehari.

Oleh kerana itulah, orang perempuan sangat tinggi risiko osteoporosis kalau tak cukup sumber kalsium harian. Dan, orang perempuan juga adalah golongan yang paling ramai bongkok bila mencapai usia emas.

Semakin lanjut usia, tabungan kalsium akan semakin menyusut kalau kita tak isikan dengan nutrien yang sepatutnya dia dapat. Bayi yang dikandung dan disusui oleh orang perempuan akan menjadi faktor kemerosotan kalsium, kalau ibu tak dapat sumber kalsium yang diperlukan.

OSTEMATRIX

Jenama kalsium terbaik yang semakin disukai ramai.

Diformulasikan khas dengan campuran 7 nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, kuprum, mangan dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang.

Untuk menjaga kesihatan tulang supaya tidak rapuh dan mudah patah, kalsium sahaja tidak cukup untuk menjalankan kesemua tugas-tugas ini.

Kalsium yang baik dan lengkap mestilah dilengkapi juga dengan :

1. Magnesium – membantu menghantar kalsium kepada tulang

Secara umumnya magnesium membantu atasi kekejangan dan keletihan otot. Magnesium dapat mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang yang dipercayai menjadi punca sakit kepala dan migrain. Ia juga melegakan masalah sindrom PRA haid. Dengan adanya magnesium ia dapat membantu vitamin D dalam penyerapan kalsium di dalam badan dengan lebih baik.

2. Vitamin D – merangsang penyerapan kalsium

Vitamin D penting untuk penyerapan kalsium.Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu karang dalam ginjal atau pundi kencing.

3. Boron, Zink, Kuprum dan Vitamin K – membantu metabolisme tulang

Vitamin K akan mengikat mineral dan membentuk tulang. Boron pula membantu vitamin K bagi memelihara metabolisma tulang dan pertumbuhan otot. Zink dan kuprum membantu mengaktifkan enzim yang membantu membina jisim tulang.

Diorang semua ni dah macam satu “team” untuk bekerja membuat konkrit simen yang kuat dan tidak mudah roboh atau hancur.

SMART kan?

Memang para saintis Shaklee dah kaji habis-habis semua untuk hasilkan yang terbaik.

Kesemua yang dah terkena penangan ostematrix akan jatuh cinta dengannya SEBAB INI!

kajian klinikal keberkesanan ostematrix shaklee

Setiap vitamin Shaklee memang dijalankan kajian keberkesanannya. Ostematrix terbukti diserap sepenuhnya selepas 12 jam diambil.

Dibuktikan secara klinikal tau, bukan Kak Ebah yang pandai-pandai claim.

DAPATKAN PEK KEMBAR OSTEMATRIX DI SINI :

ikonbelisekarang

Life is a Story

Facebook: Nusaybah Anuwar
FB Page: i-Nutrisi / Tips Hamil Sihat dan Cantik
Emel: imanusaybah@gmail.com
Contact No: 019-3832656

“You’re the writer of your life”

307 total views, 1 views today

One Thought on “SUPLEMEN KALSIUM TERBAIK SUPAYA TULANG TAK RAPUH DAN BONGKOK BILA TUA

  1. Pingback: 7 NUTRISI MUJARAB UNTUK CEPATKAN PENYEMBUHAN TULANG PATAH | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation