SUNTIKAN HEPARIN SELEPAS BERSALIN ELAK RISIKO KEMATIAN AKIBAT PULMONARY EMBOLISM

Benarlah orang kata, pengalaman pertama selalunya yang paling banyak buat kita belajar dan ambil pengajaran.

Bagi saya sendiri, dalam banyak-banyak 1st experience inilah yang paling tak dapat lupa sekali.

Pertama, sebab sakitnya tu, Ya Allah..sangatttt!

Keduanya, sebab sakit itu kemudiannya diakhiri dengan kebahagiaan.

Sakit yang bahagia, ramai perempuan sanggup tanggung walau berapa kali sekalipun kena hadap.

Saya bersalinkan anak jantan nan seorang ni pada tarikh 20 Jun 2017. Awal 2 minggu daripada EDD dan ianya berlaku di luar jangkaan sebab saya terpaksa melalui emergency caesar.

Pembedahan kecemasan disebabkan oleh bacaan CTG yang dah tak cantik, dan degupan jantung baby yang dah lemah selepas hampir 9 jam bertarung dengan contraction.

First delivery kakak Iman Nasuha dulu pun tak macam ni uiii, memang tak terbayang dek akal. Ingatkan dah anaknombor 3 jadi makin mudah, tapiiii….

Long story cut short, saya akhirnya selamat melahirkan Nu’man Hadif jam 5.30 petang hari Khamis, 25 Ramadhan 1439H.

Sedih sebab tak dapat nak breastfeedkan dia seawal yang boleh, tak macam zaman kakak Ain dulu, setengah jam pertama dah dapat rasa susu ibu.

Nu’man masa keluar dah sedikit kebiruan. Mujurlah kedengaran suara menangis dia. Kalau tidak, memang merasa naik ambulans lah kami ke Hospital Serdang petang tu.

Apa yang saya nak highlight dalam entri kali ini ialah tentang suntikan heparin yang saya sendiri baru pertama kali disuntik setelah 3 kali bersalin.

Kenapa suntikan ni penting sangat untuk ibu-ibu selepas bersalin?

Oh ya, bukan sahaja bersalin secara pembedahan sahaja yang kena ambil tapi beberapa faktor risiko lain juga seperti :

  • usia ibu yang semakin tua – 35 tahun ke atas
  • ibu yang terlebih berat badan – obese
  • ibu yang merokok
  • ibu yang melahirkan anak kembar
  • ibu mempunyai masalah kesihatan ; pre-eklampsia, penyakit jantung, tekanan darah tinggi
  • kekurangan pergerakan badan – selepas pembedahan caesarean
  • kekurangan meminum air (dehidrasi)
  • pertumpahan darah berlebihan ketika bersalin

Ibu-ibu ini lebih berisiko tinggi mengalami darah beku yang sangat merbahaya jika tidak diambil serius. Dah banyak kita dengar berita-berita tentang ini yang dah diulas dari doktor-doktor pakar perbidanan.

Terima kasih sangat sebab, saya sendiri, kalau tak ada isu ni memang tak tahu lansung.

Kenapa?

Perubahan hormon ibu hamil akan menyebabkan mereka mengalami kepekatan darah yang meningkat di dalam salur darah, supaya dapat merangsang badan menghasilkan lebih protein yang memekatkan darah.

Tujuannya adalah supaya dapat memekatkan darah, melindungi ibu semasa bersalin dan mengelak daripada terjadinya pertumpahan darah berlebihan selepas bersalin.

Ianya paling kritikal selepas 3 minggu dan berlanjutan sehingga 6 minggu pertama selepas bersalin. Oleh sebab itu, ibu hamil berisiko untuk mendapat pembekuan darah sehingga 6 kali ganda.

Kepekatan darah inilah punca mengapa ibu-ibu hamil berisiko mendapat darah beku jadi 6 kali ganda lebih tinggi daripada wanita tidak hamil.

Bahaya kan?

Antara tanda-tanda berlaku pembekuan darah dalam saluran darah paru-paru (pulmonary embolism) ialah pernafasan terganggu atau sesak nafas, denyutan nadi jantung ibu jadi lebih laju daripada biasa, suhu badan yang naik mendadak dan batuk berdarah.

Inilah yang dipesan-pesan oleh doktor sebelum saya discaj dari wad hari keempat selepas bersalinkan Nu’man.

Cumanya, saya cuma diberi suntikan di hospital saja. Tak perlu cucuk-cucuk jadi doktor sendiri di rumah.

“Badan awak kecil je, lagipun awak dah banyak bergerak di hospital ni” – ini kata doktor bila saya tanya lanjut pasal suntikan heparin.

Untunglah sebelum tu dah pernah baca-baca, so tahulah juga apa yang nak ditanya.

Menangis membayangkan kali pertama dipaksa bangun oleh nurse on duty masa 2nd day tu. Tuhan aja yang tahu macam mana dia punya sakit. Cumanya, rasa syukur yang teramat dengan keputusan ambil Omega-3 yang bertindak sebagai pencair darah semulajadi dan dah prepare siap-siap sebotol Vivix untuk persediaan pantang.

Benarlah, good product speak. Walaupun decide nak minum Vivix tu sebab ikut-ikutan orang je mula-mula dulu. lol.

Baca Juga : Minuman botani buat wanita kesakitan selepas bersalin ini rasa seronok berpantang dan susu meriah melimpah!

Percaya dengan tidaklah, saya tak makan pun ubat tahan sakit yang doktor bagi sebab rasa tak perlu. Bukannya rasa tak sakit lansung tapi sakit yang bearable – masih boleh tahan. Treshold sakit pun dah banyak kurang sejak tinggalkan habit sikit-sikit makan panadol ni.

Alhamdulillah, biiznillah.

Life is a Story

Facebook: Nusaybah Anuwar
FB Page: i-Nutrisi / Tips Hamil Sihat dan Cantik
Emel: imanusaybah@gmail.com
Contact No: 019-3832656

“You’re the writer of your life”

152 total views, 8 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation