SUFFY GOAT’S MILK – SUSU KAMBING ORGANIK TERBAIK UNTUK BAYI KEGEMARAN ANAK SYURGA SAYA!

Pengumuman baru. :)

Saya kini adalah pengedar atau agen sah MySuffy Marketing yang memasarkan produk susu kambing organik.

Sebelum ni saya cuma pengguna je, sekarang dah upgrade jadi pengedar pulak. :)

Kenapa Susu Kambing ?

Sebab utama ialah kerana anak saya mempunyai alahan pada susu lembu. Ditambah pula dengan fakta-fakta tentang kebaikan susu kambing yang tidak terdapat pada susu lembu selain ia merupakan susu kedua terbaik selepas susu ibu yang semestinya tiada tolok bandingnya dengan apa jua jenama susu yang lain.

Manfaat dan Kelebihan

Susu kambing ialah produk tenusu yang paling mudah dicernakan dan dihadam kerana saiz molekul dan komposisinya yang hampir sama dengan susu ibu. Cuma 20 minit masa yang diperlukan untuk mencerna susu kambing berbanding 2 jam untuk pencernaan susu lembu. Level PH suhu kambing juga lebih beralkali jika dibandingkan dengan susu lembu yang lebih berasid. Mana-mana spesies mamalia juga boleh diberikan susu kambing sebagai makanan untuk tumbesaran.

Susu kambing terkandung zat dan khasiat yang menyediakan :

  • lebih 13% kalsium
  • lebih 25% vitamin B6
  • lebih 47% vitamin A
  • lebih 134% kalium dan
  • lebih 350% niacin

Susu kambing juga lebih tinggi kandungan klorida, tembaga dan mangan.

Susu Kambing Organik dengan Formula Makanan Sunnah

Susu Kambing Suffy merupakan susu kambing organik terbaik yang diformulasikan dengan tambahan makanan sunnah seperti kurma, madu dan delima. Ia kemudian ditambah baik lagi dengan khasiat prebiotik manna yang dapat meningkatkan sistem imun.

prebiotik semulajadi - arabic gum atau manna

prebiotik semulajadi – arabic gum atau manna

Susu ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 6 bulan dan ke atas, serta baik juga untuk ibu mengandung serta golongan dewasa yang mementingkan penjagaan kesihatan.

Perbezaan Suffy Goat

Apa yang membezakan antara susu kambing suffy dengan yang lain ialah kambingnya hanya memakan makanan organik sahaja serta tanpa campuran gula tambahan atau sukrosa.

Perkataan organik itu sendiri memberi maksud asli, semulajadi, tidak tercemar, tanpa percampuran baja kimia atau racun serangga serta selamat diambil dalam jangka masa panjang. Tanpa sebarang mudarat, inshaAllah.

Dah namanya pun susu kan, memang diminum hari-hari lah. Dan, kalau dah minum hari-hari tu maknanya serasi lah dengan tekak tu.. :) Lebih-lebih lagi kalau untuk baby atau anak yang masih menyusu botol dan susah pula nak makan makanan yang berkhasiat.

Sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan. Dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu bagi menentukan status alahan (ada juga bayi yang alah pada susu kambing). Ia juga tidak mengandungi terlalu banyak campuran lain.

suffy goat's milk selangor

Suffy Goat’s Milk mengandungi sumber nutrien seperti :

  • Protein – membantu dalam pembentukan antibodi untuk membolehkan tubuh melawan jangkitan
  • Kalsium – membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat
  • Zat besi – zat besi adalah faktor penting dalam pembentukan darah merah atau hemoglobin
  • Vitamin A – vitamin larut lemak yang tinggi antioksidan bagi membantu fungsi penglihatan
  • Vitamin B2 – riboflavin yang membantu pembentukan sel darah merah, penghasilan antibodi, tumbesaran dan pernafasan sel
  • Vitamin C – senjata untuk meningkatkan sistem imun, kekebalan tubuh dan daya tahan
  • Vitamin D – membantu tumbesaran tulang dan gigi yang normal dan menguatkan otot
  • Vitamin K – berperanan dalam menghentikan pendarahan
  • Asid folik – makanan otak yang diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel
  • Inositol – memberi kesihatan pada rambut, pertumbuhan rambut dan mengawalselia hormon estrogen
  • Sodium – mengimbangi cairan dalam tubuh
  • Potasium – menukar gula menjadi tenaga

Susu Kambing Suffy juga telah dibacakan dengan kaedah terapi ruqyah syariah dan ayat-ayat syifa.

Produk susu Suffy mendapat pengiktirafan sebagai Amalan Pengilangan Islam dari IMP (Islamic Manufacturing Practice) dan berstatus halalan thoyibba (Halal lagi bersih).

Ia juga dapat mengelak dan mengurangkan risiko :

  • cirit-birit
  • kembung perut
  • sembelit
  • hiperaktif
  • kurang berat badan

Suffy Goat on Media :

Hubungi saya :

Nusaybah Anuwar 019-3832656 untuk pertanyaan atau order.

COD available sekitar Bangi dan Kajang.

842 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation