STEP BY STEP MENYIMPAN DAN MENYELENGGARA EBM SUPAYA SUSU CUKUP DAN BERKUALITI TANPA DEEP FREEZER

Bismillah…

Lama dah sebenarnya saya nak buat entry tentang topik ni.. tapi tak berkesempatan. Dalam masa yang selalu saja mencemburui tu, macam-macam yang berlegar dalam fikiran..  “iskk.. perlu ke buat entri ni? Ada ke orang nak baca???

Lagi-lagi perkongsian tentang breastfeeding ni. Banyak betul fahaman dan kepercayaan yang kadang-kadang boleh buat timbul rasa annoying yang melampau. Sampai boleh bergaduh-gaduh baq hang. Iskkk.. memang takdapat saya nak hadam.

Pelbagai soalan bersilih-ganti, “tak ke nampak macam nak tunjuk pandai? ” Nanti orang kata, “eleh.. benda simple gini pun nak share ke?” Itu belum kira perasaan kalau kena kondem lagi. Uuuuhh.. perasaannya sama macam masa mula-mula saya nak start berblogging dulu sehinggakan bertahun saya privatekan blog address hanya untuk author dan kemudiannya dibuka kepada private reader yang boleh dibilang dengan jari berapa orang cuma.

Memetik kata-kata kak Salwa Saleh yang juga ibu anak 3 yang bertanggungjawab meninggalkan sentuhannya masa projek “make over” farmasimaya.com tahun lepas. Katanya,

Orang yang paling tidak melakukan kesalahan adalah orang yang tidak melakukan apa-apa tindakan. Bukan bermakna dia hebat kerana tidak pernah berbuat salah, tetapi tidak salah-salah kerana tidak pernah sekalipun mencuba. Musuh paling utama itu sebenarnya adalah bisik-bisik jahat daripada hati sendiri.

Move on. Hidup ini bukan untuk mengharapkan kata puji-pujian daripada manusia. Pepatah Melayu kata, “tak hidup dek puji, tak mati dek keji”.

Mendalam dan penuh makna untuk sentapkan diri sendiri. Bukan apa, macam tak sangka dan takboleh percaya ada orang yang suka baca hasil penulisan kita.

OK. Let’s cut it short.

Atas permintaan salah seorang blog reader yang teruja dengan entri Perlukah Deep Freezer untuk menjayakan penyusuan yang pernah saya kongsikan sebelum ini, saya perkenankan janji untuk berkongsi pula cara dan praktis paling mudah mengendalikan susu perahan atau EBM dengan efisien bagi ibu bekerja.

Berapa banyak susu perahan yang perlu dibawa pulang setiap hari sebenarnya bergantung kepada keperluan bayi masing-masing. Oleh sebab itu, kekerapan mengepam ketika berjauhan dengan baby tak boleh diabaikan agar terus-terusan dapat merangsang fungsi semulajadi payudara.

Pengalaman Sendiri sentiasa yang terbaik

Pada kebiasaannya saya akan membawa pulang sekitar 20-25 oz susu atau kadangkala lebih jika terpaksa pulang lewat akibat tuntutan kerja. Ada juga beberapa ketika bilangannya kurang daripada itu, terutamanya masa tengah berhadapan dengan isu-isu susu merudum, breast engorgement dan plugged duct.

Bawak balik sebotol susu sehari pernah, setengah jam hanya pam angin pun banyak kali. Adat, orang kata. Inilah challenge dalam penyusuan.

Baca Juga : Susu merudum semasa period, kenapa ia berlaku ?

Saya sendiri ada target berapa hasil perahan yang saya mesti dapat hari-hari supaya saya dapat membekalkan susu segar (fresh ebm) semaksima mungkin kepada anak saya. Ini sangat PENTING supaya dapat memastikan demand sentiasa ada pada breast dan dapat pula mengekalkan prestasi hasil perahan. Kalau kurang, saya akan buat power pumping, kalau lebih daripada biasa, alhamdulillah… boleh kita buat stok banyak sikit. :)

Nota : Fresh ebm akan bertukar jadi chill ebm lepas disejukkan tetapi masih tidak berubah rupa, bau dan komposisinya.

Sebaik pulang ke rumah, saya akan check dulu dalam cooler beg anak samada terdapat lebihan susu yang tidak habis atau masih belum digunakan. Sekiranya ada (biasanya dengan label no.4 atau 5) saya akan menyimpannya semula ke dalam peti sejuk di bahagian bawah (fridge). Di sinilah relevannya mengapa fresh @ chill ebm adalah yang terbaik dan harus dilabelkan mengikut prioriti – untuk mengelakkan pembaziran. Susu ini masih boleh digunakan semula pada hari berikutnya atau boleh juga terus dibekukan kerana ia diambil daripada stok susu yan tidak dibekukan.

Proses pembekuan tidak boleh berlaku 2 kali. Jadi, jika susu tersebut adalah ebm beku yang dicairkan, ia mesti diminum dalam masa 24 jam. Baki yang tidak habis dalam tempoh tersebut harus dibuang.

Yang buat seronok tu, sebab storage bottle dah siap-siap dibasuh dan disteril supaya ready to be use on the next day. Antara ciri paling utama kenapa di awal dulu saya bersungguh-sunguh menapis dan mencari taska rakan bayi untuk meletakkan puteri sulung saya.

Sekarang ni, adik pun dah follow duduk sekolah yang sama. hihii.. Tak payah susah-susah nak ajar macamana nak menguruskan ebm dengan betul bla bla bla yang ramai ibu rasa sedikit kritikal nak kasi pengasuh faham. Botol pun dah bersih. So, dah kurang sikit kerja mak. hehehe.

Seterusnya, simpankan dulu fresh ebm tersebut ke dalam peti sejuk bahagian bawah (jangan terus dibekukan) untuk memastikan suhunya kekal sejuk. Elakkan daripada meletakkannya di bahagian pintu peti sejuk kerana kekerapan membuka dan menutup peti akan menyebabkan suhu di bahagian tersebut tidak begitu stabil.

simpankan susu baru ke dalam peti bawah atau bahagian chiller. Ia boleh bertahan selama 3-5 hari.

simpankan susu baru ke dalam peti bawah atau bahagian chiller. Ia boleh bertahan selama 3-5 hari.

Bila dah ada masa yang agak lapang pada sebelah malam harinya atau esok pagi, bolehlah dimulakan tugas untuk melabelkan susu, memindahkan fresh ebm tersebut ke dalam storage bags untuk penyimpanan beku yang tahan lebih lama. Fresh ebm boleh disimpan selama 3-5 hari di bahagian bawah peti sejuk. Boleh juga bertahan sehingga 7 dan 8 hari, bergantung kepada pencapaian peti sejuk masing-masing.

peralatan yang diperlukan untuk melabel ebm untuk dibekukan supaya dapa disimpan lebih lama.

peralatan yang diperlukan untuk melabel ebm untuk dibekukan supaya dapat disimpan lebih lama.

Peralatan penting yang diperlukan untuk tujuan ini ialah :

  • Breastmilk storage bags
  • Permanent marker pen
  • Ebm a.k.a susu ibu perahan

Pada kebiasaannya saya akan menggunakan storage bags/liners dan storage bottle jenama Autumnz atau Jingle Jungle. Namun, menurut pengalaman lalu yang pernah mengalami kerugian akibat storage bag yang koyak, saya lebih sukakan jenama Autumnz yang lebih tebal dan kukuh dengan ciri double zip lock yang dapat mengurangkan risiko susu tumpah.

Penggunaan storage bags/liners akan membolehkan susu perahan dilabelkan mengikut tarikh dan masa sesi memerah terdahulu. Ia juga akan memudahkan proses penyimpanan kerana sangat menjimatkan ruang storan.

 

selesai proses melabel breastmilk storage bags

selesai proses melabel breastmilk storage bags

Pastikan maklumat tarikh dan masa perahan dicatatkan dengan jelas pada storage bags. Butiran ini adalah sangat penting sebagai rujukan kerana kaedah First In First Out (FIFO) akan digunakan ketika ingin menggunakan stok susu perahan nanti. Ebm mana yang naik atas dulu, kita akan gunakan dulu. Begitulah juga sebaliknya.

Label yang penting dicatatkan ialah nama anak, bilangan oz susu yang berjaya diperah, tarikh dan masa perahan.

Kemudian masukkan susu perahan yang ingin disimpan ke dalam storage bags yang telah dilabelkan dengan lengkap.

Part label-melabel ni saya memang suka sebab perasaan dapat menconteng-conteng nama anak sendiri pada plastik jernih begini adalah sangat ohsem. Rasa macam nak back to school pulak. Tulis nama dekat kulit buku latihan. Hahaha.

masukkan susu ke dalam liners dan keluarkan anginnya sebelum dibaringkan melintang

masukkan susu ke dalam liners dan keluarkan anginnya sebelum dibaringkan melintang

Susu yang perlu dimasukkan ke dalam storage bags tidak perlu sehingga penuh kerana ia akan menghasilkan ketulan ebm yang bersaiz gemuk. Ini akan menyukarkan proses penyusunan stok susu setelah ia beku kelak.

Memadailah dengan memasukkan hanya separuh susu daripada jumlah sebenar yang boleh dimuatkan dalam setiap helai storage bag. Ia kemudiannya akan dileperkan dengan membaringkannya dan disusun bertindih satu demi satu.

Boleh nampak kan lelemaks susu yang masih kelihatan terlekat di sekeliling botol tu ?

Inilah buktinya enzim lipase menjalankan tugasnya. Ia berfungsi sebagai agen pencernaan yang memecah lemak ke dalam bentuk asid lemak baik yang lebih kecil untuk memudahkan penghadaman. Tanpa enzim ini, baby tidak mampu mendapat nutrisi daripada susu yang diminumnya.

Ia juga berupaya melumpuhkan protozoa, iaitu sejenis kuman yang boleh menyebabkan penyakit. Kan dah kata, susu ibu kaya dengan antibodi. :)

Tubuh secara semulajadinya akan menghasilkan enzim lipase agar dapat membolehkan organ pencernaan memproses makanan dan mengubahnya menjadi berbagai nutrisi yang diperlukan oleh tubuh baby.

ebm yang telah siap dimasukkan ke dalam storage bags jangan sampai penuh

ebm yang telah siap dimasukkan ke dalam storage bags jangan sampai penuh

Untuk permulaan, eloklah jika bilangan auns (oz) susu dibuat mengikut berapa yang biasa dihabiskan oleh baby supaya ia habis diminum pada satu sesi penyusuan sahaja. Ingat ya, lain baby lain pula corak dan rutin penyusuannya walaupun umur dekat-dekat sebaya dan saiz badan hampir sama.

ebm yang telah siap dipindahkan ke dalam storage bags dan dilabelkan

ebm yang telah siap dipindahkan ke dalam storage bags dan dilabelkan

Terdapat 2 size biasa storage bags yang terdapat di pasaran iaitu 7 oz dan 12 oz, berbanding storage bottle yang kebanyakannya dapat memuatkan hanya 5 oz. Setiap kotak ada 25 keping storage bags/liners dengan harga RM12.90 baru tahun ini RM13.90.

bolehlah memulakan operasi menyusun ebm ke dalam peti di bahagian beku

bolehlah memulakan operasi menyusun ebm ke dalam peti di bahagian beku

Hampir selesai nampaknya tugas ibu. Ebm yang telah siap dipek ini kemudiannya bolehlah disusun kemas-kemas di bahagian peti beku atau freezer.

ebm yang telah disusun di bahagian beku

ebm yang telah siap disusun di bahagian beku

See. Tak banyak pun ebm yang saya simpan kan? Tapi masih cukup untuk rolling-rolling turun naik setiap hari. Dah umur setahun 4 bulan dah anak kedua den ni. :)

Seelok-eloknya asingkanlah tempat penyimpanan makanan basah seperti ikan dan ayam tu dengan ebm. Masukkan di dalam bekas yang bertutup rapat supaya tiada bau pelik lain yang akan meresap masuk ke dalam susu semasa mereka berada bersama di dalam freezer. :)

Tengok je macam sikit. Hitung-kira semua tu ada dalam lebih kurang 200-300 oz jugaklah total tu!

Tak cukup banyak lagi ke? Agak-agak kalau hari-hari praktis dengan steps ini dan patuh dengan jadual mengepam masa berjauhan dengan baby, cukup tak nak survive bila tiba saat-saat kecederaan? :) Kata nak menyusukan anak sampai cukup 2 tahun kan? Smile emoticonssss.

Macam saya dulu, waktu mula-mula habis pantang, stok susu memang penuh la 2 layer freezer tu. Al-maklum, masa tu hormon penyusuan tengah high dan breast belum betul-betul faham tentang jumlah sebenar susu yang baby kita perlukan.

Still tak ada alasan nak asapkan dapur sendiri ye, sebab kekdahnye beli barang dapur hanya ikut keperluan bila betul-betul nak guna je. Nak masak baru beli ayam atau ikan. Otherwise, utamakan letak ebm. :)

Lama kelamaan, stok akan menyusut jugak sebab makin besar baby, makin kurang dah permintaan terhadap susu walaupun ketagihan dekat tek tu makin teruk.. hahaha.. Terutama sekali once dia dah start makan. Lagi kuranglah nenen nanti.

Yang buat hati lega tu sebab in case berlaku power trip atau bil kena potong, takdelah runsing sangatkan sebab senang nak settle stok ebm yang tidak lah sampai ke tahap boleh buat jual ni.

Dah selesai. Banyaknya botol nak kena basuh. Part ni memang agak malas sikit, tapi sejak ada multi-purpose cleaner ni.. memang mudah sangat dah kerja-kerja mencuci saya.

proses mencuci storage bottles semudah ABC

proses mencuci storage bottles semudah ABC

Cuma perlu spray bancuhan pencuci serbaguna Basic-H yang telah dicairkan pada botol dan tadaaaa… tanggal semua lemak-lemak susu uolss.

ebm beku yang telah direndam dan dicairkan semalaman

ebm beku yang telah direndam dan dicairkan semalaman

Jangan lupa untuk keluarkan 1 atau 2 botol ebm beku dan letakkan di peti bahagian bawah atau chiller untuk mencairkannya sebelum dimasukkan ke dalam storage bottle dan dihantar ke taska atau pengasuh. Boleh rujuk panduan mengendalikan ebm untuk bekalan harian baby.

Saya gunakan labeller jenis sticker ni dah tampal pada penutup botol mengikut susunan, bergantung kepada berapa jumlah susu perahan yang diperlukan. Harganya cuma RM5 dan saya beli kat DAISO jek.

  • 1 – ebm beku yang dicairkan
  • 2 – chill ebm
  • 3 – chill ebm
  • 4 – chill ebm

Sebelum ni lepas bangun pagi atau in between subuh dan sebelum pergi kerja memang akan marmet dulu barang sebotol dua dan kasi fresh ebm buat bekalan.

Tapi, sejak-sejak anak dah besar ni memang saya tak kasi fresh ebm yang baru perah sebab biasanya memang adik akan selak baju dan kopek bra ibu. Hehehe. So 1 sesi direct feeding dulu dah pagi-pagi sebelum hantar gi taska.

ebm yang siap disusun sebelum dihantar ke taska

ebm yang siap disusun sebelum dihantar ke taska

Sekali lagi ditegaskan di sini. Apa yang saya kongsikan dalam entri blog ini adalah cara saya. Bukan saya mempertikaikan cara ibu-ibu lain mengendalikan ebm mereka. Tidak juga saya menghalang emak-emak menyusu lain untuk membeli deep freezer. Belilah sekiranya ibu-ibu dan emak-emak semua rasa ia memang satu keperluan sebab susu terlalu banyak. It’s in your hand! :)

Saya sendiri menggunakan approach ini sebab pernah menangis melihat beratus-ratus oz susu di dalam storage bags cair dan basi akibat power trip sepeninggalan kami yang pulang ke kampung. Ditambah pula dengan keterpaksaan membuang susu yang tak sempat diminum sebab dah tiba expiry date. Kebetulan, anak saya adalah salah seorang baby yang reject ebm beku yang saya percaya bukan saya seorang punyai baby yang tak suka susu beku yang dicairkan.

Banyak juga try and error selama bergelar ibu menyusu ini. Namun, inilah teknik yang saya amalkan sehingga hari ini dan ia sangat relevan dengan situasi saya.

Jadi, apa yang saya buat ialah bekalkan lebih banyak susu fresh pada anak dengan formula pam hari ini untuk bekalan esok hari dan menggunakan susu beku pada nisbah 1:3 (1 botol ebm beku yang dicairkan vs 3 botol fresh ebm).

Susu bekalan anak bukan sahaja akan lebih sedap, malah kandungan nutrisi dan antibodi juga tidak terjejas kerana tidak melalui proses pembekuan.

Setakat ini, praktis ini adalah yang terbaik dan saya suka! :)

Deep freezer tidak sesekali akan menjamin atau menentukan kejayaan penyusuan sekiranya rules penyusuan tidak dipatuhi. Nak susu sentiasa ada, kena selalu rangsang breast untuk keluarkan susu. Kang tak pasal bayar bil letrik melambung sebab nak tampung penggunaan peti sejuk beku canggih.. tapi stok susunya semput-semput je. Kemain kan..

Samalah juga ibaratnya jika ambil suplemen penyusuan sebab nak susu banyak tapi malas nak pam masa kat tempat kerja. Lepas tu tiba-tiba suplemen yang salah. EH?!

Semoga perkongsian ini membantu dan memberi manfaat buat mereka yang memerlukan!

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia

COD sekitar Kajang, Bangi dan kawasan sekitar

Nusaybah Anuwar 019-3832656

8,668 total views, 5 views today

2 Thoughts on “STEP BY STEP MENYIMPAN DAN MENYELENGGARA EBM SUPAYA SUSU CUKUP DAN BERKUALITI TANPA DEEP FREEZER

  1. Pingback: PERHATIAN BREASTFEEDING MOM – INI LAGI TIPS MENYIMPAN SUSU PERAHAN ATAU EBM | Life is a Story

  2. Pingback: CARA MENGATASI PUNCA SUSU DROP DAN MERUDUM | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation