SETAHUN BERLALU, ADIK MASIH MENYUSU BADAN DAN IBU BELUM LAGI PERIOD..KENAPA ?

22 September 2015.

Hari ni, genap umur adik setahun, 2minggu. Terasa cepat betul masa berlalu. Setahun yang lepas, saya sedang dalam tempoh 2 minggu berpantang. Tanpa kehadiran mama dan abah di sisi yang kedua-duanya pergi menyahut seruan haji.

Adik lahir awal seminggu. Ibu pun tak sangka, sebab lansung takde tanda-tanda macam orang selalu duk cakap tu, perut dah nampak jatuh, kaki dah mula bengkak, muka sembap, semua lansung tak ada. Yang paling penting, adik sempat jumpa atuk dan wan sebelum bertolak ke tanah suci. Ibu pun sempat bermanja dengan atuk, sebelum kena tinggal menghabiskan 40 hari berpantang sendiri. huwaaa!!!

Ok, sebenarnya entry hari ni bukan nak ulang tayang balik pasal pengalaman berpantang atau bersalin, tapi ibu nak ulas sikit satu lagi beza antara kakak Nasuha dan adik Sufi. Pasal period semula selepas bersalin.

Kalau masa kakak dulu ibu datang haid semula masa umur kakak 1 tahun 5 hari, tapi time adik, sehingga hari ini pun ibu masih belum cuti-cuti lagi. :) Dah masuk 1 tahun 14 hari. Memang kali ni adik pecah rekod!

Tak datang haid masa menyusu badan

Haid pertama selepas melahirkan boleh bermula seawal 6 atau 11 minggu selepas bersalin. Ada sebilangan ibu yang period semula hanya setelah bayinya berumur setahun, dan ada juga yang kembali datang haid setelah bayi nya wean-off, sebaik berjaya melengkapkan penyusuan ketika mencecah usia 2 tahun.

Ia berbeza antara seorang ibu dengan ibu yang lain bergantung kepada corak penyusuan dan lekapan bayi di mana penyusuan itu sendiri bersifat ekologi. Manakala jika ibu itu tidak menyusukan bayinya, haid akan kembali normal dalam tempoh 3 bulan selepas itu.

Kalau flash back balik, masa baru anak satu dulu, saya memang agak cuak bila tunggu punya tunggu period tak muncul-muncul. Masa tu lah start riki-riki geng-geng mak menyusu yang lain. Lagi-lagi yang anak lebih kurang sebaya dengan anak kita. Eh, engkau period dah? Bukan apa, risau jugak kan bila dah berbulan-bulan tak datang bulan. Serba tak kena dibuatnya.

Rupa-rupanya ramai geng yang seangkatan. hihihi..  Lagi confiden bila tanya punya tanya pengalaman beberapa orang mak menyusu lain yang memang ada yang dah anak 3 or 3 or 4 orang pun, masih juga macam tu. Lepas setahun umur anak baru datang period.

Bila haid pertama selepas bersalin sepatutnya datang semula?

Cepat atau lambat kedatangan semula haid ibu bergantung kepada perkara dan situasi berikut :

1. Kekerapan bayi menyusu (direct feeding)

  • lebih jarang bayi menyusu, lebih tinggi kemungkinan untuk datang haid semula

2. Kekerapan bayi menyusu menggunakan botol

  • rangsangan hisapan bayi kepada payudara ibu akan berkurang

3. Penggunaan puting tiruan pada bayi

  • penggunaan puting akan menyebabkan bayi kurang menyusu

4. Berapa lama tempoh tidur bayi pada waktu malam

  • lebih lama bayi tidur di waktu malam, lebih kurang permintaan terhadap susu

5. Pengenalan bayi kepada solid food

  • apabila bayi sudah mulai makan, secara automatik dia akan kurang menyusu

Ada beberapa hasil kajian yang menunjukkan bahawa ibu yang kerap menyusukan bayinya akan lambat untuk kembali subur, begitulah sebaliknya. Walaubagaimanapun, ia tetap bergantung kepada tindakbalas hormon di dalam tubuh ibu (hormon estrogen (kewanitaan) vs hormon prolaktin (penyusuan) kerana tidak semua wanita sama dengan wanita yang lain.

Baca juga kenapa GLA Complex yang sinonim dengan masalah ketidakstabilan hormon patut menjadi Teman Baik Wanita.

Dengan kata lain, semakin kurang rangsangan kepada payudara, semakin hampir period akan datang kembali menemui anda sebagai “rakan karib” setiap bulan. :)

Susu merudum ketika datang haid

ain sufi

 

 

 

 

 

 

Kalau tanya dekat ibu-ibu yang menyusu penuh, diorang ni bukannya takut bila period datang..cuma bila period dah kembali biasanya susu pun akan mula drop. Susu drop atau merudum inilah sebenarnya yang jadi satu ketakutan!

Penghasilan susu yang berkurang semasa period adalah kerana penurunan tahap kalsium dalam darah yang berlaku pada pertengahan kitaran haid dan adakalanya berterusan hingga hari kedua tau ketiga dalam tempoh cycle.

Ditambah pula dengan rasa nyilu pada payudara dan cramp (kejang) pada perut akibat daripada proses pengecutan rahim yang berlaku yang boleh menyebabkan ibu mengalami stress yang akan membuatkan milk production lebih terjejas.

For some women, the drop in milk supply and nipple tenderness associated with menstruation becomes more of a challenge. An effective treatment for these symptoms associated with the return of periods is to add a calcium/magnesium supplement to the diet upon ovulation and continue it through the second or third day of a period. The supplement should be 1500 calcium/750 magnesium but can be as low as 500 calcium/250 magnesium (the higher the dosage the more effective and quicker the results). It should be a combination pill.

This much calcium should never be taken alone. If your cycles are not regular and you do not know when you ovulate, you can take the supplement the entire month until you begin to see a pattern to your flow. This type of supplement seems to work as it prevents the drop in blood calcium levels which occurs mid-cycle and continues through the second to third day of a period. It is this drop which is associated with the nipple tenderness and drop in milk supply as well as the uterine cramping so often experienced with menstruation.

http://www.motherandchildhealth.com

Satu kaedah berkesan untuk mengatasi gejala berkaitan haid yang menggangu production susu ini ialah dengan mengambil makanan tambahan iaitu kalsium dan magnesium dalam diet. Tambahan ini adalah sekitar 500 kalsium /250 magnesium hingga 1500 kalsium/750 magnesium. (lebih tinggi dos, lebih berkesan dan lebih cepat nampak hasil).

Tetapi harus diingat, pil kalsium yang lengkap mestillah ada kombinasi dengan magnesium dan vitamin D. Kalsium yang diambil semata-mata akan menyebabkan pemendapan pada buah pinggang dan meningkatkan risiko batu karang.

Ostematrix lengkap dengan kalsium, magnesium dan vitamin D

Ostematrix ni nama lainnya ialah calcium tablet Shaklee. Ia mengandungi 1000 mg kalsium, 400 mg magnesium, 400IU vitamin D serta maganese, boron, zinc dan copper untuk bekalan kalsium yang lengkap untuk keperluan tubuh ibu.

Tambahan pula kalau ibu tu dah berumur 30 tahun ke atas. Semua tahu kan, bila masuk je umur 30 tahun, risiko osteoporosis pun meningkat sebanyak 40% tau! Memang kena ada sumber kalsium yang cukup dalam badan, especially kalau yang jenis tak minum susu. Sebab itulah kalsium menjadi antara mineral yang sangat diperlukan oleh ibu yang menyusukan bayinya.

Sejak mengandung lagi kalsium dah dicuri dek baby dalam perut, disambung pulak masa menyusu. Kalau dibiar-biarkan memang akan mula rasa sakit pinggang, cramp kaki dan jadi arthritis pula nanti. Tak guna baju mahal-mahal, make-up cantik-cantik kalau belum jadi nenek pun dah bongkok kan!

Atasi masalah susu merudum dengan bekalan kalsium lengkap daripada Shaklee, yang bukan hanya sekadar kalsium. Macam saya, yang masih belum period tapi masih juga setia dengan kalsium ini sebab saya memang tak minum susu. Ibu menyusu sangat perlukan kalsium yang cukup tau, untuk diri sendiri, nak bekalkan untuk baby lagi.

Cuma RM61 untuk 120 biji tablet ostematrix yang sama dengan sumber kalsium yang diperlukan selama sebulan. Memang sangat berbaloi dan lebih murah jika dibandingkan dengan harga sekotak susu segar yang harus dibeli setiap hari.

Dapatkan tablet Ostematrix anda hari ini!

Hubungi saya untuk harga menarik dan konsultasi percuma.

Pengedar sah Shaklee di seluruh Malaysia. COD sekitar Bangi, Putrajaya dan Cyberjaya :

Nusaybah Anuwar  019-3832656

4,359 total views, 4 views today

3 Thoughts on “SETAHUN BERLALU, ADIK MASIH MENYUSU BADAN DAN IBU BELUM LAGI PERIOD..KENAPA ?

  1. Pingback: TIPS MENGENDALIKAN EBM, PERLUKAH STOK SUSU BEKU YANG BANYAK GILA ? | Life is a Story

  2. Pingback: CARA MUDAH MENYIMPAN SUSU IBU DENGAN BETUL | Life is a Story

  3. Pingback: BAGAIMANA GLA COMPLEX BANTU ATASI MASALAH KETIDAKSUBURAN DAN LEBIH MUDAH MERANCANG ANAK SETERUSNYA | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation