SET SINGKIR KOLESTEROL DI MUSIM PERAYAAN BUAT HATI SENANG DAPAT MAKAN MENU SEDAP DENGAN GEMBIRA

Setiap kali tibanya musim perayaan, godaan yang paling kuat tak lain dan tak bukan ialah senarai menu-menu tradisional yang menggiurkan.

Malaysia ini kan syurga makanan. Buktinya, yang tengah “on diet” pun masing-masing buat-buat lupa dan declare diri mereka “on cheating day”. hehehee..

Diet sihat dan seimbang?

Bercuti dulu buat masa ini katanya. :)

Di waktu-waktu beginilah paras kolesterol jahat mula meningkat secara mendadak dengan jayanya. Rasa kebas di beberapa bahagian tubuh. cramp di hujung tumit sertta sakit dan tegang yang teramat sangat di bahagian pangkal leher adalah di antara simptom yang tidak disedari.

Kolesterol ini muncul dari lemak-lemak jahat yang datang bersekali dengan pakej pesta makanan. Bermula daripada sajian daging sehinggalah kuih-muih yang tiada tolok banding rasanya. Lemak daripada daging merah hingga yang muncul daripada susu dan mentega sebagai bahan pembuat kuih-kuih disebut-sebut sebagai pemicu kolesterol tinggi tersebut.

Kolesterol tinggi menjadi masalah yang paling terkenal dan kerap terjadi kerana pengambilan makanan seharian yang banyak mengandungi lemak sudah menjadi perkara biasa. Lemak-lemak kan sedap.
Apa yang membimbangkan tentang kolesterol ini ialah ia akan menghasilkan tompok-tompok gangguan di dalam aliran darah dan sistem pembuluh darah. Tompokan ini akan menyebabkan kerosakan pembuluh darah, penyempitan arteri serta meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular yang menjadi pembunuh paling digeruni.

Kolesterol yang tinggi akan menyebabkan pengumpulan lemak di dalam arteri yang mengganggu pengaliran darah ke jantung. Ia akan menjadi penyumbat yang mengakibatkan aliran darah menuju jantung menjadi tidak lancar. Rasa nyilu pada dada (seperti pedih ulu hati) dan sukar bernafas sangat berkait rapat dengan simptom ini sehingga tiba-tiba diserang sakit jantung, stroke dan kanser.

Kolesterol jahat ini tidak boleh dibiarkan bermaharajalela di dalam badan kita kerana pengaliran darah yang tidak lancar akan mengganggu tugas mengangkut oksigen ke otak.

Fungsi Kolesterol

Kolesterol jahat merupakan penyebab terjadinya aterosklerosis iaitu pengerasan dinding pembuluh darah. Pengerasan pada pembuluh darah, terutamanya pembuluh darah koroner akan menjadi sempit dan menghalang aliran darah yang mengalir di dalamnya. Ia akan meningkatkan risiko terkena Penyakit Jantung Koroner.

Namun kolesterol tetap diperlukan manusia juga untuk membentuk dinding-dinding sel dan menghasilkan hormon. Kolesterol juga merupakan satu komponen penting untuk membuat asid hempedu, hormon steroid dan vitamin D.

Kolesterol Normal

Bacaan kolesterol yang normal  adalah <200 mg/dl untuk jumlah total di mana :

  • <100 mg/dl untuk kolesterol jahat (LDL – jenis yang boleh menyumbat arteri) dan
  • >50 mg/dl untuk kolesterol baik (HDL- jenis yang membantu membersihkan lemak dari darah).

Pengujian paras kolesterol boleh dilakukan dengan menguji kadar LDL dalam darah. Pengujian ini boleh  dilakukan secara rutin untuk orang yang memang sudah memiliki risiko penyakit tertentu.

Real food yang boleh membantu merendahkan bacaan kolesterol

Salah satunya ialah unsur phytosterol yang memiliki kemampuan untuk bersaing ganas dengan kolesterol sebelum ia berjaya diserap oleh usus kita. Kesannya, persaingan ini akan menggagalkan usaha kolesterol untuk masuk ke dalam salur darah, seterusnya mengurangkan jumlah kolesterol jahat yang dapat diserap ke dalam tubuh.

Jika diambil dalam jumlah yang sepatunya, phytosterol yang dapat mempengaruhi kadar metabolisme kolesterol dan menurunkan penyerapan kolesterol LDL oleh usus sehingga mengurangkan risiko terjadinya penyumbatan salur darah.

Phytosterol secara semulajadinya ia banyak terdapat di dalam minyak sayuran (minyak jagung, minyak bunga matahari), buah, kekacang dan bijirin.

Phytosterol terbukti secara klinikal mampu menurunkan paras kolesterol

Phytosterol pertama kali ditemui dapat menurunkan kadar kolesterol darah sejak tahun 1953.

Phytosterol daripada tumbuhan telah diuji secara klinikal oleh 80 kajian untuk merendahkan paras LDL kolestrol (kolesterol jahat yang menjadi punca utama penyumbatan salur darah)

Phytosterol adalah tumbuhan sterols dan stenoils yang terdapat dalam sel membrane tumbuhan. Strukturnya sangat hampir menyerupai kolesterol dalam badan kita. Pengambilan makanan yang kaya dengan sterols dan stenoils akan menjadi pertahanan pada salur darah untuk menghalang penyerapan kolesterol jahat.

struktur-kolesterol-dan-phytosterols

Jadi, apabila mereka berjumpa, phytosterol ini akan memberi saingan yang sengit menyebabkan kolesterol jahat tersebut tidak dapat diserap ke dalam sistem penghadaman tubuh kita. Sterols dan stenoils ini akan menjadi penghalang LDL daripada menyumbatkan salur darah seterusnya merendahkan bacaan kolesterol kepada yang lebih baik.

Sterols dan stenoils ini boleh diperolehi daripada pemakanan seharian kita di mana untuk mendapatkan jumlah phytosterol yang cukup kita harus mengambil 200 batang lobak merah, 70 keping roti gandum dan 425 biji buah tomato.

Soalnya, mampu tak kita nak makan buah, bijirin dan sayuran sebanyak itu?

Sebab itulah saya dan ramai yang memilih phytocoal sebagai perisai lemak-lemak jahat ni. :)

Phytocoal-ST Shaklee

phytocoal-shaklee

  • Diperbuat daripada campuran bahan yang mengandungi fisoterol yang boleh didapati secara semulajadi di dalam tumbuhan, buah-buahan, sayuran dan bijirin
  • Mengandungi 2000mg phytosterol daripada tumbuhan yang diperlukan oleh tubuh kita setiap hari
  • Kandungan phytosterol yang mencukupi seperti yang disarankan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)
  • Tidak mengandungi perasa tambahan, pewarna dan pemanis tiruan atau bahan pengawet

Gabungan efisien untuk kesan yang lebih woww!

Kena gabung-gabung ke ambil suplemen untuk nyah kolesterol?

Jawabnya kalau gabung lagi bagus dan tip-top dia punya result. Namanya pun dah set kan.

Sebab fungsi dan cara bertindaknya pun berbeza.

Phytocoal-ST – phytosterol menghalang kemasukan kolesterol jahat daripada makanan yang ingin masuk dengan menempelkan diri pada salur darah

Omega Guard – asid lemak omega 3 menyahkan kolesterol sedia ada dengan memecahkan lemak-lemak yang termendap di dalam lubang salur darah.

Kesemuanya dapat mencegah pembekuan darah dalam badan dan membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL.

Perasan tak, orang yang ada sakit jantung darahnya pekat dan sangat cepat beku? Sebab itulah antara prescribtion ubat yang diberikan adalah ubat cair darah. Mereka ini sangat berisiko terkena heart attack.

Satu lagi yang power secara semulajadinya – Garlic. Bawang putih telah mendapat pengiktirafan sebagai penghapus kolesterol secara

So, eloklah amalkan makan bawang putih banyak-banyak supaya bacaan kolesterol sentiasa cantik di bawah border.

Atau boleh order saja vitamin semulajadi yang terbukti berkesan.

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia

COD sekitar Kajang, Bangi dan kawasan berhampiran

Nusaybah Anuwar 019-3832656

390 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation