SET BERSALIN DAN SET BERPANTANG PUJIAN DOKTOR DAN PILIHAN RAMAI IBU

Alhamdulillah. Hari ini baby Nu’man Hadif genap 2 bulan. Ibu pun dah nak habis episod cuti pantang. Sekejap je rasa masa berlalu.

Abi cerita, masa raya baru-baru ni. Anak buah dia yang baru bersalin jugak beberapa bulan lepas tanya,
“Maksu tu pantang makan set bersalin apa?” (Turun pangkat jadi bongsu kalau dengan family husband)

Dia jawab… “apa lagi, vitamin Shaklee dia tu aje laahh” (amboi, nak kata aku obses lah tuu)

Itulah orang kata, bila sekali dah jatuh cinta, selamanya akan setia. Chia chia chia.

Walopun saya sendiri takdelah share sangat benda-benda gini dengan dia, tapi suami saya ni memang dah tau dan maklum benar. Mana tidak, ke dapur nampak canister shaklee, dalam stor kotak shaklee, kat bilik ada vitamin shaklee, even dalam box mainan anak-anak pun penuh dengan botol shaklee yang dah kosong. Hehehe…

Masa mengandung lagi pun dia tak risau pasal vitamin yang wife dia makan dan rasa beruntung pulak bila vitamin yang sama je boleh continue masa berpantang.

Set Makan-makan
*****************
Vitalea, Vita-C, B-Complex, Ostematrix

Minum-minum
***************
Vivix, ESP, Performance Drink, Air Akar Herbanika

Mandi-manda
**************
Mandian Herba Bersalin TYT (sachet)

Sapu-sapu
***********
Minyak Berubat Herbanika – urut dan sapu
Krim Herbal Blend – ruam panas/ruam lampin

Mostly yang instant belaka je. Al-maklum, tak berapa nak rajin. Hehehe.

Kebanyakan yang makan-makan tu semua memang saya sambung terus je daripada set mengandung yang masih berbaki. Kat rumah pun stok memang selalu ada.

Cumanya, setiap kali keluar baby memang husband jugalah yang akan tolong carikan set pelengkap NR untuk kegunaan luaran.

Yang biasa saya guna ialah minyak herbanika dan berubat NR, uncang cuci NR (untuk Miss V) dan sabun susu kambing Dhia NR (kali ni tak beli sebab jenuh cari tak jumpa)

Tambahan tahun ni punya pantang saya include kan akar herbanika buat minum since bersalin czer kan, tak boleh bertungku hari-hari sebab tak reti takut terkena tempat tak sepatutnya (dapat 3 hari je, itupun maknab urut yang buatkan)

Minyak herba berubat ni pulak memang saya suka sangat. Bau dia memang lagi siok dan berangin compare dengan botol hijau yang herbanika tu. Sapu dekat perut yang stil menggeleber dan bolehlah pakai barut yang ada tu.

Sebenarnya minyak botol purple ni recommended by mak bidan yang urut saya (maknab) masa bersalinkan Ain Sufi dulu (memang dia je pun tukang urut pilihan sejak yang sulung).

Bab mandi-manda saya guna daun dan kombinasi herbs TYT yang dah diuncangkan aje. Rendam dengan air panas dan siram suam-suam kat badan maktang. 10 minit siap + wangiii dah.

Apa yang saya makan untuk panas-panaskan badan, support my breastfeeding journey dan elak jangkitan fungus (seriawan) macam yang berlaku pada kelahiran lepas pula adalah 3 sekawan ini.

set menyusu shaklee

Selain vitamin asas yang memang saya amalkan sejak sebelum berpantang lagi pun, ada 3 beradik lagi vitamin dalam episod pantang kalini (setiap kali pun sebenarnya even baru tiga anak)

  • Alfalfa
  • Garlic
  • Lecithin

Baru start after 30 days. Baby Nu’man prolonged jaundice pulak. Tak pernah-pernah dalam sejarah. (Macam-macam sungguh belajar benda baru dengan baby boy this time)

Memang berpeluh-peluh badan macam mandi. Lepas tu siap basah-basah baju, bukan sebab peluh, tapi “air minum” adik yang menitik.

Itupun lepas buat keputusan gilir-gilir dengan air akar herbanika. Sungguhpun ku rasa bagai nak menangis masa menelan. Muahehehehe.

Apakan daya, kalini tak dapat bertungku like before kan. Paksa jugaklah minum suam-suam dengan madu. Boleh tahan jauh la jugak pergi dia. Tapi cukup lah abis sekotak tu (pak suami beli yang 30 uncang oiii), lepas tu sambung dengan alfalfa ajelah. Seribu kali aku sudi.

Walau belum sentuh pam lagi, boleh dah kumpul stok ebm guna jari. Marmet-marmet manja je sementara adik baby layan tidur dia.

Syukur kalini takde rasa sejuk-sejuk or rasa nak demam akibat plugged duct dan engorgement macam last time yang sampai kena makan antibiotik.

Belajar daripada pengalaman terdahulu, maka awal-awal lagi ambik garlic supaya tak terjadi buat kesekian kali jangkitan, alahan atau fungus. Moga side efeknya kulit ai mau jadi cantik macam minah Korea laaa. Hehehe..

Untuk mommies/bakal mommies area Kajang-Bangi boleh PM saya personal kalau nak contact no super senior maknab urut okeh! Servis dia memang best dan puas hati. Siap dengan pakej ajarkan cara mandikan baby lagi. Encik abi yang tak pernah sentuh baby tu sampai harini dah cekap dah mandikan anak-anak masa dalam pantang sejak belajar dengan maknab lepas kelahiran anak sulung tahun 2012 dulu.

Untuk order Set Pantang pulak boleh roger saya hat mana satu yang berkenan atau perlukan cadangan. Saya cover seluruh area sebab kurier boleh kasi settle semuanya depan pintu rumah uolls. Harganya pun memang berbaloi-baloi, siap boleh dapat keahlian percuma tau!

Life is a Story
Facebook: Nusaybah Anuwar
FB Page: i-Nutrisi / Tips Hamil Sihat dan Cantik
Shaklee ID: 932852
Emel: imanusaybah@gmail.com
Contact No: 019-3832656

“You’re the writer of your life”

224 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation