SEPETANG DI ANA IKAN BAKAR

Petang semalam, balik dari kerja kemain lapar perut ni. Terus u-turn ke Ana Ikan Bakar, nak ambil feeling kat Kuantan makan ikan bakar bersambal petai.

Pertama kali bawa anak dara gendut ni makan di kedai begini..

So, kasi oder mee goreng kosong satu, tak pedas untuk dia.. yang dapatnye mee kicap, dengan sayur dan udang segar yang meriah.. saya campur air suam dan plain sup sikit.. sayur habis dikutip macam makan cokelat aje. Hasil didikan maknah alhumaira, dia memang sejak umur setahun suka suap makanan sendiri.. Tengoklah..tudiaaa…

Kami suami isteri memang sepakat..

Tak kisah anak makan comot-comot gilaa..

Tak marah anak sekolah calar-calar sikit..

Tak kepoh anak main lasak-lasak nauzubillah..

Sebab, itulah learning proses.. Masa umur macam ni lah dia nak belajar pelbagai benda baru.. nak explore pengalaman-pengalaman best.. Macam kita masa kecil-kecil dulu.. boleh je sukses masuk universiti walau tak ada ipad, walau tak kenal tab..

So sekarang, takkan berparut kena gigit nyamuk sikit pun tak boleh?

Tak payah duduk ceruk kampung pun, dekat tengah bandar pun banyak spesies serangga ni.. kalau tak, masakan hospital penuh dengan kes denggi segala.. Jangan kata dia yang kecil tu, kita yg besar, yang darah kotor ni pun nyamuk suka nak cium-cium..

Hai lah anak.. ibu dan abi selalu berdoa agar kamu menjadi anak yang solehah, pandai menjaga diri, serta kakak yang baik buat adik-adik kamu kelak..

Oh…terlalu banyak doa kami utk kamu Iman Nasuha.. yang penting dan pasti, semua hanyalah untukmu…

20140204_180234

992 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation