SEMUA TENTANG KELUARGA VITAMIN B YANG HEBAT DAN TERKENAL

Dalam banyak-banyak vitamin, vitamin B adalah salah satu vitamin yang mempunyai adik beradik yang sangat ramai dan kesemuanya sangat diperlukan oleh tubuh setiap daripada kita.

60961_10151302460073571_1330704157_n

 

 

 

 

 

 

Vitamin B mempunyai sifat yang mudah larut dalam air tetapi tidak boleh disimpan lama di dalam tubuh kita. Oleh sebab itu, pengambilan vitamin B yang cukup adalah sangat penting untuk pertumbuhan dan membekalkan tenaga yang diperlukan oleh kita sehari-hari.

Kekurangan vitamin B akan mengganggu proses biokimia dan metabolisme semulajadi tubuh, termasuklah fungsi menukar karbohidrat kepada tenaga, pembentukan sel-sel darah merah yang berperanan mengedarkan oksigen ke seluruh badan, serta gangguan pada sistem saraf tangan dan kaki.

Dalam jangka masa yang panjang ia akan mengakibatkan tubuh sering berasa lemah, mudah keletihan dan mengundang stress yang berpanjangan.

Mari berkenalan dengan ahli keluarga Vitamin B-Complex ini :

  1. Vitamin B1
  2. Vitamin B2
  3. Vitamin B3 (niacin)
  4. Vitamin B5
  5. Vitamin B6
  6. Vitamin B9 (asid folic)
  7. Vitamin B12.

Seterusnya mari kita lihat pula fungi dan kebaikan setiap satu daripadanya.

Vitamin B1 – Menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma

Vitamin B2 – Memproses asid amino dan lemak. Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic yang sangat diperlukan oleh ibu hamil.

Vitamin B3 – Membantu mengurngkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan.

* Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental

Vitamin B5 – Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang

Vitamin B6 – Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan tekanan.

Vitamin B9 – Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi didlm badan

Vitamin B12 – Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram

Makanan yang tinggi kandungan vitamin B termasuklah daripada sumber tumbuhan, haiwan seperti kekacang seperti :

Buah-buahan dan sayur-sayuran

  • pisang
  • epal
  • tembikai
  • bayam
  • buncis
  • brokoli
  • cendawan

Haiwan

  • daging ayam
  • daging merah
  • kuning telur
  • susu kambing
  • ikan salmon

Bijirin

  • kacang tanah
  • badam
  • kacang soya
  • gandum
  • kacang hijau

Jadi, rajin-rajinkanlah diri untuk memantau prestasi kesihatan masing-masing. Jangan sambil lewa dengan signal-signal yang diperlihatkan oleh tubuh kita. Perhatikan simptom yang mungkin timbul dan biasakan diri untuk sentiasa ambil tahu tentang corak pemakanan kita seharian, adakah cukup atau kurang nutrisi.

Survey dan pastikan pilihan akhir yang dibuat adalah pilihan yang bijak! :)

IMG_84270469286176

630 total views, 1 views today

2 Thoughts on “SEMUA TENTANG KELUARGA VITAMIN B YANG HEBAT DAN TERKENAL

  1. Pingback: CARA MENGATASI BENGKAK KAKI KETIKA MENGANDUNG | Nasuha Vita Life

  2. Pingback: PETUA SEMULAJADI UNTUK MERAWAT ALERGIK | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation