SELAMATKAH VITAMIN YANG KITA MAKAN?

#flashback

romantic-bedroom-design-3800-1900

Saya masih ingat, sebaik sahaja berkahwin dan tinggal berasingan dengan abah mama, saya sangat teruja melakukan tugas seorang yg bergelar isteri yang sejak dulu selalu dibayang-bayangkan. :) Nak masak utk suami, nak hias biliik tidur kasi romantik, susun atur perabot dan deko rumah (walaupun cuma rumah sewa) dan prepare meja makan cantik-cantik ala-ala candle light dinner! Baru jadi bini orang, haruslah rajin terlebih! Saya pasti, bukan saya sorang yg punya perasaan begini, malah ramai lagi yg sejak anak dara pun sudah berangan begini, kan? (akibat banyak sangat tengok slot akasia yang beradaptasi daripada khayalan penulis novel) kahkahkah!

Selepas tu pulak, dah masuk fasa kedua perkahwinan, mula nak focus pasal pemakanan. Yang masam-masam? Eh, tu belum lagi.. pasal belum lagi lah nak kena focus nii. Macam mana corak pemakanan? Macam mana diet seharian? Semua tu musti ambik kira sebab selalunya newly weds ni berat badan akan naik, pipi pun akan montel dari biasa sebab terlalu happy lah katakan. Pengantin baru. :)

Macam saya, suka sangat jadikan pakcik google ni rakan baik. Dunia di hujung jari katanya. Ini antara usaha kecil saya utk mendapatkan junior pertama kami dan kami memang sangat teruja!

Asid folik dikatakan penting diambil bukan sahaja utk ibu hamil tetapi juga untuk bakal ibu yg ingin hamil. Walaupun anda merasa diri anda sihat dan tidak mengalami sebarang kekurangan zat dan vitamin, anda masih perlu memakan asid folik sekurang-kurangnya 400mcg sehari sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum mengandung. Asid folik, walaupun terdapat dengan banyak dalam makanan dan sayuran seharian, ia mudah rosak apabila semasa proses memasak. Kekurangan asid folik dikaitkan dengan kecacatan saraf seperti spina bifina. Asid folik juga boleh diperolehi daripada sumber makanan harian kita seperti daging lembu, barli, ragi dalam tapai, beras perang, keju, ayam, sayuran hijau spt brokoli, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, bijirin dan dalam buah yang paling famous bulan ramadhan, buah kurma!

Inilah jenama asid folik yang saya beli. Prenatal vitamin pertama saya. :)

th3KKCFI47

Sekian. Itu serba sedikit tentang kepentingan asid folik. Masih banyak lagi vitamin dan mineral lain yang diperlukan utk bekalan nutrisi yg optimum buat ibu hamil.

thJY24TUER

Vitamin dan suplemen memberi nutrien yg diperlukan oleh ibu hamil bagi mengekalkan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. Ia boleh didapati melalui pemakanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, produk tenusu, daging, ikan dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, ia mungkin sukar bagi sesetengah orang terutamanya ibu hamil untuk mendapat sumber keperluan vitamin dan mineral yg mencukupi dalam pemakanan harian mereka.

Oleh itu, terciptalah multivitamin dan suplemen untuk ibu hamil yg mengandungi pelbagai gabungan vitamin dan mineral lengkap seperti asid folik, zat besi, kalsium, epa dan dha yg dirumus khas bagi melengkapkan keperluan diet harian yg sememangnya sangat penting buat mereka.

Kehamilan juga sinonim dikaitkan dengan pil multivitamin obimin atau iberet folic yg terkandung di dalamnya nutrisi lengkap termasuk zat besi sebagai komponen penambah darah buat bakal ibu.

Namun, bagaimanakah cara memilih vitamin atau suplemen yang terlalu banyak di pasaran?

Sejauh manakah vitamin atau suplemen tambahan ini selamat diambil terutamanya buat ibu hamil?

JOM KITA SEMAK BERSAMA :

  1. Vitamin yang diambil hendaklah Full-Spektrum. Mengandungi semua komponen yang sepatutnya terdapat dalam sesuatu vitamin. Misalnya, kalsium yang terbaik ialah yang mengandungi  vitamin D dan magnesium yang membantu penyerapan kalsium dengan lebih baik. Tanpa vitamin D, kalsium akan termendap di buah pinggang dan boleh menyebabkan terjadinya batu karang.
  2. Vitamin yang diambil hendaklah natural (semulajadi). Badan kita memerlukan vitamin dari makanan, bukan dari sumber bukan makanan. Vitamin natural diperbuat daripada ekstrak bahan semulajadi yang mengandungi semua komponen untuk berinteraksi dengan tubuh kita. Ketiadaan silica gel (paket kecik yang mengandungi biji2 halus) adalah petanda bahawa vitamin yang anda beli itu adalah semulajadi kerana ia tidak memerlukan unsur yang berperanan menyerap lembapan yang terdapat di udara yang mana sekiranya dibiarkan, kelembapan berterusan ini boleh menyebabkan pertumbuhan kulat.
  3. Reputasi pengeluar jenama vitamin. Sebagai orang awam, kita sememangnya tak dapat nak buat lab test ke atas setiap vitamin yang kita nak ambil. Oleh itu, reputasi syarikat pengeluar vitamin adalah sangat penting. Tetapi bila disebut tentang Shaklee, kebanyakan orang mengenali syarikat yang dah lebih 50 tahun memberi kebaikan kepada masyarakat dan terbukti berkesan! (walaupun ada juga yang Tanya, Shaklee tu ape?) Dengan kata lain, semakin lama sesuatu produk itu berada dalam pasaran, bermakna reputasinya semakin kukuh.
  4. Kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan  Sijil halal yang disahkan. Pastikan produk yang dipilih mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ini bagi memastikan kualitinya dijamin dan tidak mengandungi bahan yang diragukan. Sebagai orang Islam kita harus tahu apa yang kita makan sebab benda makan-makan ni jadi darah daging. Mencari yang HALAL itu adalah fardhu yakni WAJIB!

Supplemen tidak boleh menggantikan makanan kita. Kita mesti kena makan juga. Ia sekadar melengkapkan apa yang kurang dalam memenuhi keperluan nutrisi tubuh. Jangan kerana “terlebih pengetahuan” tentang vitamin, saban hari kita cuma telan pil saje dan kocak bancuhan sachet 3 in 1 protein dari mula celik, bangun awal pagi sehingga nak lelapkan mata semula. Itu Gila! Poket pun boleh koyak!

Makan supplemen saja tak cukup. Kita kena juga ambil tahu sejauh manakah ia berkesan dan dapat diserap oleh tubuh badan kita. Baru kita rasa berbaloi-baloi wang yang dilaburkan. Baru kita tak rasa rugi beli. Baru kita tak kata vitamin Shaklee mahal. EH?

Sebelum saya celik vitamin dan sebelum saya mengenali SHAKLEE, produk yg selamat, semulajadi dan tentunya berkesan!

Kini tidak lagi. Saya sangat-sangat takut untuk makan sembarangan ubat mahupun suplemen yang diragui kestabilan syarikat pengeluarnya, dan saya tak tahu fakta nutrisinya.

Benarkah memahami kandungan sesuatu suplemen adalah tanggugjawab sepenuhnya pembekal, jururawat di kaunter, doktor dan ahli farmasi?

Nak tahu apakah kelebihan pil multivitamin yang saya ambil pada kehamilan yang terdahulu ?

Tentunya dari produk dan syarikat pengeluar yg stabil dengan reputasi yang membanggakan!

  • Nutrisi lengkap dengan zat besi untuk tumbesaran baby
  • 12 vitamin dan 7 galian
  • Morning sickness yang sangat minimal
  • Tiada masalah low blood yang sangat sinonim dgn ibu hamil
  • Bertenaga sepanjang hari walaupun ketika berpuasa

Image234524338

SELAMATKAH VITAMIN YANG KITA MAKAN?

Tepuk dada, tanyalah pada yang pakar :)

SMS/WhatsApp/Telegram

Nusaybah 019-38382656

1,101 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation