SELAGI TAK DAPAT DAPAT

Selagi tak dapat. Haaa..suspen tak tajut entry?

Ni haaa..encik brown rice ni. selagi tak pegi beli, selagi tak ada kat dapur rumah. selagi itulaahh duk merengek nak beli.
Abi pulak bila dah malas, dilayankan saje si wifey yg memang kadang² sengaja mintak cubit nii..heheheh…
kalau tak diturutkan, drpd merengek akan jd meroyan, seterusnya akan jd merajuk.
 
semua nak yg perfect la kononnya utk anak tersayang..
Nak kasi makan beras perang. healthy katanya.
berang perang ini ternyata memang lebih sihat jika diambil sbb kurang kanji.
jadi, molek benarlah jika diperkenalkan kpd bayi di awal usianya.

Apa yg sy buat bila dapat beras ni ???

  1. Saya ambil segenggam beras & basuh beras bersih-bersih.
  2. Saya sangai (tanpa minyak) atas kuali sehingga beras jd warna keperangan 
  3. Saya blend si beras separa halus
  4. Saya simpan serbuk beras dalam bekas kedap udara
  5. Saya letak bekas beras dlm peti sejuk
  6. Saya ambil satu sudu beras dan masak dlm periuk bersama air yg banyak
  7. Saya campurkan dgn kiub kentang/karot/brokoli/bayam kesukaan Iman Nasuha
  8. Jika saya rajin dan ada homemade chicken stok, saya akan campak sekali barang seketul-dua
  9. Atau saya masukkan homemade serbuk ikan bilis yg dibuat menggunakan kaedah yg sama..
  10. Siap! Licin!
Apa kata Wikipedia :
Beras perang adalah beras yang tidak dikisar atau separuh dikisar, sejenis biji-bijian semula jadi lengkap. Ia mempunyai perisa sedikit berkacang, adalah lebih kenyal dan lebih berkhasiat daripada beras putih, dan menjadi tengik lebih cepat. Mana-mana beras, termasuk biji-bijian panjang, biji-bijian pendek, atau pulut, dapat dimakan sebagai nasi perang.

Namun ramai tidak tahu antara beras putih dan perang, beras perang lebih berkhasiat dan baik untuk kesihatan berbanding beras yang biasa kita jamah.
Jika dilihat dari segi luaran, beras perang sama saja dengan beras biasa, tetapi apa yang membezakannya adalah beras perang tidak dibuang selaput kulit yang meliputi beras itu.
 
Oleh sebab itu, keba-nyakan kita lebih menyukai beras biasa kerana ia lembut dan cepat dimasak, berbanding beras perang yang mempu-nyai tekstur agak kasar.
Ia dinamakan beras perang kerana beras terbabit belum ditapis dan diproses seperti beras putih yang sudah diproses dan dibuang kulitnya.
 
Bahagian yang dibuang itulah terkandung pelbagai nutrisi yang sememangnya diperlukan badan. Ini termasuk serat, protein, magnesium, manganese dan zink iaitu antara nutrisi yang terbuang semasa proses penapisan.
 
Beras perang membuat anda berasa lebih cepat kenyang dan membantu untuk mengambil makanan dengan jumlah yang kecil.
 
Ini dapat membantu proses berdiet kerana kandu-ngan serat yang terkandung di dalamnya membuatkan proses penghadaman menjadi lebih mudah.
 
Bagi penghidap kencing manis, beras perang sememangnya menu terbaik bagi menggantikan beras putih yang sentiasa menjadi sajian anda. Ini kerana beras perang dapat membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah. Ia membebaskan gula secara perlahan berbanding beras putih.
 
Beras perang menjadi pilihan yang tepat sebagai menu yang boleh membantu pesakit kencing manis.
 
Walaupun beras perang kurang digemari ramai kerana rasanya yang kurang enak berbanding beras biasa, khasiatnya amat bernilai berbanding beras putih.
 
Kandungan serat yang tinggi membantu mencegah penyakit kanser usus. 
Serat ini menjaga bahan yang tidak diperlukan dan toksin daripada melekat pada usus.
 
Untuk kesihatan, cuba amalkan mencampurkan beras biasa dan segenggam beras perang setiap hari dan nikmati kebaikannya.
 
Beras perang baik dimakan oleh bayi yang baru diperkenalkan dengan bubur nasi dan individu yang ingin mengamalkan diet kalori rendah.
 
Walaupun beras perang sering diabaikan oleh kebanyakan pengguna kerana dikatakan kurang enak atau baunya yang kurang segar, tiada siapa dapat menafikan manfaat dan kebaikannya.

Harian Metro
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/09

1,144 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation