SEJARAH PENGASAS SHAKLEE – PESAKIT TIBI DAN KANSER YANG KUAT SEMANGAT

Selalu kita dengar sebab utama seseorang berjaya dalam sesuatu bidang yang diterokainya adalah kerana sejarah lampaunya yang mendukacitakan, kan.

Begitulah juga dengan pengasas syarikat vitamin semulajadi terkemuka ini – Dr.Forrest C. Shaklee.

Kelahiran baru yang kelam

Kalau sebelum ini kita pernah menangis terharu bila tengok video bayi baru lahir kaku dan kebiruan yang akhirnya menangis dan dapat bernafas dengan normal, demikianlah yang terjadi pada beliau sebaik sahaja dilahirkan ke dunia.

Kisah hidupnya bermula dengan begitu tragis kerana tidak seperti bayi lain, beliau lahir dalam keadaan tidak menangis dan seolah-olah tiada harapan hidup.

Tidak cukup dengan itu, sejak usia bayi lagi beliau telah disahkan menghidap penyakit tuberculosis atau orang kita panggil tibi sehingga doktor pakar sendiri mengatakan bahawa beliau hanya boleh hidup sampai umur 8 tahun sahaja.

Pada ketika itu, ayahnya hampir-hampir saja berputus asa dan hanya menunggu ajal menjemput beliau. Namun, berbeza dengan ibunya, beliau nekad dengan menghasilkan sendiri minyak herba yang disapukan ke seluruh tubuh anak kesayangan mereka itu.

Berpindah ke tempat baru

Atas kepercayaan yang kuat bahawa beliau bakal sembuh dan hidup seperti kanak-kanak lain, mereka sekeluarga telah berpindah daripada kawasan perlombongan arang batu ke sebuah perkampungan ladang di pedalaman yang lebih sihat dan damai.

Bagi kedua ibu bapanya, persekitaran udara yang sihat dan amalan pemakanan organik yang kaya dengan zat dan nutrisi semulajadi boleh melawan kesakitan mengembalikan semula kesihatan Forrest. Sejak dari saat itu juga mereka mula mengamalkan gaya hidup sihat dan mengaplikasikan tumbuhan herba sebagai ikhtiar rawatan pemulihan.

Pada usia 17 tahun, beliau mendaftar masuk ke Palmer School of Chiropractic dibawah kelolaan B.J Palmer. Di situ, beliau mula mendalami ilmu chiropractic dan menjadi seorang doktor dengan pusat rawatan sendiri, sekaligus mengenepikan ramalan yang beliau hanya mampu bertahan sehingga berumur 8 tahun!

Berinspirasikan kisah hidupnya sendiri yang kembali sihat dengan aproach “close to nature”, Forrest terus terusan mengkaji kehebatan alam semulajadi ciptaan Tuhan dan mendapati kebanyakan masalah kesihatan berpunca dari masalah kekurangan nutrisi dan terlebih makan (overfeed)

Pada usia 21 tahun, beliau mencipta satu produk nutrisi berasaskan tumbuh-tumbuhan yang dikenali sebagai “vitalized mineral”.

Dengan kemahiran chiropractic dan ilmu tentang nutrisi yang beliau miliki, Forrest berazam untuk membantu mereka yang sakit tetapi tidak mampu untuk datang berjumpa dengannya. Dengan kerjasama Wilbur dan Orville Wrights, Forrest menjadi flying doctor yang pertama di kawasannya.

Dugaan hidup beliau tidak terhenti setakat itu. Tanpa disangka, nature pekerjaan beliau yang berkaitan dengan tulang dan sering terdedah kepada prosedur sinar X-ray telah menjebakkan beliau sekali lagi dengan kematian buat kali kedua. Beliau disahkan menghidap kanser oleh seorang pakar kanser Chicago yang menasihati supaya lengan kiri dan kaki beliau dipotong untuk menyekat penularan sel kanser.

Sebagai seorang doktor muda, beliau tidak patah semangat sebaliknya memberitahu isterinya yang sedang mengandung bahawa, “saya akan hidup, saya akan sembuh. Saya pasti boleh melakukannya”. Beliau percaya beliau boleh bergantung dengan kuasa penyembahan secara semulajadi dengan sumber alam.

Beliau memulakan rawatan intensif dengan nutrisi, membuat analisa darah secara kerap dan hanya makan sayur dan buah-buahan yang ditanam secara organik serta mengamalkan suplemen yang dicipta oleh beliau sendiri dengan dos yang tinggi.

Ketika itulah beliau mengadunkan kombinasi 9 herba untuk proses detoks semulajadi bersumberkan herba sehingga terhasilnya Herb-Lax yang masih lagi wujud sehingga hari ini.

Yakin dengan kisahnya yang lampau, beliau merawat dirinya sendiri sehingga kembali sembuh sepenuhnya (bebas kanser) setahun kemudian, berbekalkan falsafah “living harmony with nature”.

Malangnya, klinik yang dikunjunginya selepas itu tidak percaya bahawa penyembuhannya itu adalah kerana menjaga pemakanan dan suplemen. Dengan itu, Forrest kembali membuka klinik, dan menjadi “first drugless clinic”.

Kliniknya bertambah maju dan semakin terkenal sehingga beliau membeli sebuah kapal terbang kecil untuk membolehkannya sampai kepada pesakitnya di ladang Iowa. Oleh sebab itu, beliau mula dikenali sebagai “The Flying Doctor”

Penubuhan Shaklee Corporation

shaklee-ditubuhkan-pada-tahun-1956

Pada penghujung tahun 1955, Forrest C. Shaklee memberitahu anaknya, Forrest Jr. dan Lee bahawa beliau ingin melakukan sesuatu yang boleh memberikan impak terhadap kesedaran masyarakat tentang kepentingan nutrisi.

Sejak itu Dr. Forrest C. Shaklee sangat menekankan aspek semulajadi dalam penghasilan produknya. Beliau berpendapat ”dadah dalam ubat-ubatan hanyalah bertujuan untuk melenyapkan simptom penyakit, bukan untuk menyembuhkan”.

Akhirnya, pada April 1956 di usianya 62 tahun, tertubuhlah Shaklee Corporation – syarikat jualan lansung yang pertama di dunia.

Syarikat ini jugalah yang memperkenalkan multivitamin pertama dan tertua di dunia “vitalized mineral” yang kini telah disingkatkan sebutannya menjadi vita-min dan digunakan di seluruh dunia. Vitalea telah melalui beberapa evolusi sebelum ini sehingga dihasilkan dalam bentuk pil yang mudah ditelan dan berusia hampir 101 tahun. Mantan Perdana Menteri kita pun salah seorang pengamal tegar vitalea sehingga ke hari ni

Konsep direct selling “ajar beberapa orang dan orang tersebut mengajarkan pula kepada beberapa lagi orang lain lain” ini jugalah menjadikan Shakeley sebuah syarikat nutrisi semulajadi yang terkemuka dan menjadi fenomena sampai hari ini.

Dulu multivitamin ni dalam bentuk cecair yg diberi nama Vitalized Mineral dan akhirnya selepas beberapa kali evolusi di ubah menjadi bentuk pil untuk mudah ditelan yg dikenali sebagai Vitalea yang sudah berusia hampir 101 tahun.

Dr.Forrest C.Shaklee menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika berusia 91 tahun kerana sakit jantung dan menjadi seorang lagenda yang disebut sehingga ke hari ini.

Inilah secebis kisah Dr. Forrest C. Shaklee yang sampai hari pun masih terus menjadi inspirasi kami sebagai pengedar Shakeley yang tak pernah penat berkongsi kebaikan apa yang kami sendiri dah rasa dan amalkan.

Kalau di awal dulu, mula tertarik dengan Shakeley sebab tagline “semulajadi”, tapi kini sebab kisah benar pengasasnya, landmark study yang dipegang dan konsep cintakan bumi yang sangat diambil serius dalam setiap penghasilan produknya.

Mungkin inilah juga semangat yang telah dipinjamkan oleh beliau kepada kami pengedar-pengedar Shaklee untuk terus berkongsi dan menyebarkan ilmu tentang kepentingan nutrisi semulajadi.

Satu kenyataan beliau yang buat saya membuka mata dan sangat terkesan ialah :

Saya tidak pernah memperlekehkan profesion perubatan, tetapi kedua-dua bidang yang kita ceburi adalah di dalam dunia berasingan. Mereka dilatih untuk merawat pesakit, manakala saya lebih berminat dalam membina kesihatan

Saya mencari rakan bisnes yang terinspirasi dengan kisah ini untuk sama-sama menyertai kumpulan saya – Sapphire Team. Changing brands can change your life. :)

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia

COD sekitar Bangi, Kajang dan kawasan sekitar

Nusaybah Anuwar 019-3832656

508 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation