SAYANGILAH MATA SEBELUM HANYA BUTA PILIHAN YANG KITA ADA

wpid-blue-eye_46

Tidak semua orang bertuah memiliki penglihatan yang sempurna. Namun begitu, kesihatan deria yang satu ini sering dipandang ringan terutama sekali di zaman teknologi yg serba canggih ini. Kita sering terdedah kepada gadgets, alat peranti dunia tanpa wayar yg boleh mengancam kesihatan penglihatan. Sedarkah kita bahawa kealpaan kita pada deria yang satu ini boleh memudaratkan serta mengakibatkan buta, kecatatan seumur hidup?!

Walaubagaimanapun, mengekalkan penglihatan yang sempurna bukanlah sesuatu yang boleh diperolehi tanpa usaha. Ia memerlukan penjagaan dan dipengaruhi oleh gaya hidup kita.

Mata kering adalah sejenis penyakit mata. Ramai di kalangan kita mengalaminya tetapi tidak memberi perhatian untuk mengubati kerana memikirkan masalah ini tidak serius.

Penyakit ini berlaku disebabkan kekurangan air mata untuk melembapkan mata. Air mata kita membabitkan campuran kompleks air, lemak dan lendir (mucin) dan ia membantu permukaan mata menjadi licin dan jelas di samping melindungi mata daripada jangkitan.

Perunding Oftalmik, Kosmetik Kelopak Mata, Lacrimal dan Pakar Bedah Orbit Mata, Hospital Pantai Kuala Lumpur (HPKL), Dr AD Vanniasingham berkata, penyebab utama mata kering ialah ketidakseimbangan komposisi air mata akibat kerosakan mana-mana satu daripada tiga lapisan air mata berkenaan.

TAHUKAH ANDA ?

Pengeluaran air mata berkurangan seiring dengan pertambahan usia. Oleh itu, mata kering lebih kerap berlaku kepada mereka yang berusia lebih 50 tahun. Selain itu, wanita yang telah mengalami putus haid (menopaus) juga kurang mengeluarkan air mata disebabkan kekurangan hormone.

Mereka yang menghidap beberapa penyakit tertentu seperti kencing manis, artritis reumatoid atau kekurangan vitamin A, menjalani pembedahan mata secara laser dan mengalami kerosakan kelenjar air mata akibat radang turut merupakan golongan yg kurang mengeluarkan air mata.

Setiap kali kita kelipkan mata, sebenarnya ia membantu menyebarkan air mata ke permukaan mata dan kelopak mata yang bermasalah menyebabkan mata susah berkelip, sekali gus air mata tidak rata secukupnya atau menyejat dengan cepat. Namun, kita juga kurang mengelipkan mata kerana menghadap komputer, membaca atau memandu terlalu lama. Pengambilan ubatan bagi merawat tekanan darah tinggi, alahan kulit, jerawat, antidepresi dan hormon serta faktor cuaca panas, kering dan berangin juga menyumbang penyakit mata kering.

Selain rabun yg juga menjadi kebiasaan dan boleh dibantu dengan hanya dengan pemakaian kaca mata dan kanta lekap, risiko mendapat penyakit lain berkaitan mata seperti katarak, glaucoma, kerosakan retina, ulser kornea, conjunctivits tidak harus dipandang ringan.

Mungkin kini banyak rawatan moden yang boleh merawat penglihatan, termasuklah yang melibatkan pembedahan kecil seperti laser, tetapi masih ramai juga diantara kita yg takut dan tidak yakin dgn pendekatan sebegini. Justeru itu, jagalah kebersihan pemandangan kita dan sentiasa ambil berat pada cara pemakanan kita. Sememangnya mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

Berikut adalah antara makanan dari sumber semulajadi yang boleh membantu untuk mengekal dan memperbaiki penglihatan kita :

carrot-juice1

Lobak Merah
Lobak merah kaya dengan Betacaotene (pelopor kepada Vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk penglihatan), Lycopene (nutrien perlindungan sinaran UV pada mata) dan Lutein (nutrien yang melindungi kerosakan pada radikal mata). Jika anda mengalami masalah penglihatan, disarankan makan lebih banyak lobak merah.

Black-Tea

Teh
Jika anda menggemari segala jenis teh, anda sedang melakukan tindakan yang betul untuk mencegah katarak mata. Teh membantu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Pakar menjelaskan jika terlalu banyak saluran darah di sebalik retina, ia kan menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang menjurus kepada bintik buta.

IMG_0319

Bawang Putih & Bawang Merah
Bawang putih dan merah sangat penting dalam pengeluaran Glutation, sejenis sulfur yang bertindak sebagai anti oksidan untuk kanta mata.

walnuts

Kacang Walnut
Kacang Walnut mengandungi sumber Omega- 3, Vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Nutrien ini amat penting dalam memerangi radang mata.

420022

Tomato
Tomato juga mengandungi dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein. Tomato juga berkesan mencegah kanser mata.

soybeans

Kacang Soya
Jika anda merupakan peminat kicap dan tempe, anda tentu gembira mengetahui bahawa kacang soya merupakan salah satu makanan penting untuk mata . Kacang soya mengandungi antioksidan yang kuat yang dipanggil isoflavon. Antioksidan ini melindungi mata daripada sindrom mata kering.

983151a8a7d9bc0d261ca7e1e78f2764

Telur
Percaya atau tidak, telur juga baik untuk penglihatan. Sebatian sulfur, protein dan cysteine membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Makan telur sehari sekali sudah memadai bagi penjagaan mata.

broccoli-DSC_1445

Brokoli
Brokoli mengaktifkan enzim anti – radang dalam badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata.

raspberi

Rasberry
Mengandungi alpha carotene – berperanan membantu untuk penglihatan malam, menghalang degenerasi penglihatan,

Grapefruit

Apricot
Ekstrak lutein dan zeaxanthin – berupaya menyekat katarak dan glaucoma, melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru

Selain itu, kita juga boleh mendapatkan khidmat suplemen bagi menyokong dan memperbaiki tahap penglihatan supaya deria yg dianugerahkan ini dapat dipelihara sebaiknya!

Sesetengah orang suka menggunakan ubat mata yang boleh memutihkan mata dan membantu penglihatan agar lebih jelas. Penggunaan ubat jenis ini untuk jangkamasa panjang adalah tidak sesuai dan boleh menyebabkan mata juga menjadi merah selepas penggunaan ubat ini dihentikan. Kesan sampingan lain boleh menyebabkan kerosakkan mata yang kekal. Kita mungkin sekali akan kehilangan penglihatan, dengan kata lain tidak akan boleh melihat lagi!

 

Fotor1119143820

Dapatkan tablet daripada sumber vitamin A terbaik untuk kesihatan mata kita hari ini!

Carotomax Shaklee

Carotomax Shaklee

butang-beli-02

Omega Guard Shaklee

Omega Guard Shaklee

butang-beli-02

1,572 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation