SAYA SUKA SOYA, TAPI TAKBOLEH BANYAK SEBAB IA BERBAHAYA, BENARKAH?!

Anda suka minum soya?

Pantang tengok soya yang dijual setiap minggu di pasar malam?

Sangat gemar makan tempe dan tauhu yang dibuat sambal jawa? memang sedap kan? Lapar? Jangan fikir dahulu tentang makan sebaliknya renungkan samada anda masih boleh memakan sumber-sumber soya ini atau harus terus menghentikannya?

Ya benar, mulai dari saat dan detik ini anda harus berhati-hati kerana telah banyak tanggapan dan penyelidikan menemui bahawa susu soya ini adalah berbahaya kepada tubuh manusia.

Akhir-akhir ini memang banyak saranan untuk beralih kepada susu soya jika kita alergi terhadap susu lembu. Banyak juga produk susu susu lembu yang juga menghasilkan dan menjual susu berunsur soya khususnya untuk bayi yang alergi pada susu lembu. Awas, para ibu.. selidiki dahulu susu soya yang diberikan kepada si anak sebagai alternative kepada susu ibu itu..

Baru-baru ini saya dikejutkan dengan suatu berita daripada seorang pengamal urut tradisional yang bertandang ke rumah. Pengambilan produk soya adalah tidak baik untuk kesihatan kerana ia akan menyebabkan tubuh kita berasid! WAH.. BENAR-BENAR MENGEJUTKAN!

Jadi, mari kita kaji dahulu dan survey APA yang dimaksudkan oleh si tukang urut, MENGAPA dan BAGAIMANA mengenalpasti jenis soya bagaimanakah yang telah kita minum selama ini?

3558

CIRI-CIRI SOYA YANG SIHAT,SELAMAT DAN BERMANFAAT UNTUK KESIHATAN :

  1. Kacang soya yang ditanam dan tumbuh membesar secara organic. Soya tidak organic menggunakan baja kimia dan pestisid.
  2. Kacang soya diproses tanpa haba. Proses pemanasan akan merosakkan zat/kandungan protein dalam kacang soya.
  3. Kacang soya tidak dihasilkan secara genetic (Non-GMO). Kacang soya GMO menjalani proses genetic, lebih murah penghasilannya dan menghasilkan toksin pada tubuh.
  4. Isoflavon (genestein dan daidzein) berupaya memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan bagi mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser
  5. Proses pembuatan soy isolate yang dihasilkan daripada kacang soya. (Pengasingan dan penghancuran soyflakes) mesti dibersihkan dengan air, bukan alcohol. Bahan anti-tiroid dan anti-growth mesti disingkirkan bagi mengelakkan risiko penyakit kanser.
  6. Kacang soya yang diproses dengan alcohol akan mengurangkan kadar isoflavin (bahan yang mengurangkan risiko penyakit kanser).
  7. Mengandungi asid amino perlu yang penting untuk penghasilan hormon, antibodi dan enzim pada tubuh.
  8. Kacang soya yang diproses akan dibuang minyaknya, menjadikannya makanan berasid. Penambahan kalsium akan meneutralkannya semula.

Ekstrak kacang soya bukan sahaja dapat menghasilkan air minuman soya yang sedap dan menyegarkan, malah juga asas kepada tauhu dan kicap yang kita hari-hari siram atas nasi. Saya pernah jumpa sorang kawan yang kalau makan mesti ada kicap, kalau dah habis, sanggup pergi kedai beli sekejap tu jugak. Kalau tak, takboleh makan, putus selera katanya.. hihihi…

Tepuk dada, tanyalah dulu pada diri sendiri. Apa yang kita tahu tak semestinya semua betul, apa lagi jika kita sekadar dengar-dengar cakap orang. Ambil tahu dan selidiki sebelum percaya akan sesuatu makluat dan memilik produk ya! Jadilah pengguna yang bijak. :) 

1,217 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation