SAYA MENGANDUNG, PERLU KE MAKAN VITAMIN ATAU SUPLEMEN TAMBAHAN?

Teringat dua tiga hari lepas sempat bertegur sapa dengan sorang officemate dekat surau.

Saya tanya dia, “breastfeed lagi?”

“Hak ah, masih”, jawabnya.

Saya sambung, “bila next?”

Dia jawab “tengoklah dulu, tahun depan kot”

“Nanti sama-sama tau!” saya balas kembali.

Dua-dua terdiam sekejap. Lepas tu, tersembur – berderai gelak.

hahahaahaaaa

Seronok sangat bila tengok kawan-kawan pregnant. Macam berpakat pulak. Saya? Belum lagi. Tunggu geng-geng yang sama batch start, then baru la kita follow. hihihi.

Biasanya dekat ofis ni kalau diperhatikan, rata-ratanya anak kami kebanyakannya sebaya. Kawin sama tahun, mengandung dan bersalin pun sama tahun. Dan yang buat tak tahan asyik nak sengih sampai telinga tu, anak kedua pun share tahun yang sama jugak! hehehe.. Suratan atau kebetulan namanya ni?

Bila mengandung, bakal-bakal ibu mesti concern sangat bab-bab vitamin kan? Ada yang tahu, dan ada pula yang masih tertanya-tanya, terutamanya mereka yang baru pertama kali nak jadi ibu.

Perlu ke ambil suplemen tambahan?

Tak cukup ke dengan makanan seharian yang sihat macam buah-buahan dan sayur-sayuran hijau?

Yang dah ada pengalaman pula suka berkongsi tentang amalan-amalan sunnah dan pemakanan sihat semasa mereka mengandung dahulu. Seronok berkongsi sambil mengimbau kenangan membawa khalifah di dalam perut.

Perlukah ambil vitamin atau suplemen ketika mengandung ?

Ya. Ia penting untuk membantu menampung sebarang jurang atau lompong-lompong nutrisi dalam diet ibu. Dengan kata lain, vitamin atau suplemen ketika mengandung berperanan sebagai polisi insurans bernutrisi selama 40 minggu untuk kesihatan ibu dan bayi yang sedang dikandung.

Sememangnya sangat sukar untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan oleh ibu dan bayi, sekalipun pemakanan ibu sudah dirasakan hampir sempurna dan seimbang, walaupun ibu makan pelbagai jenis makanan termasuk daging, produk tenusu , buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang.

Itu belum lagi dikira sekiranya ibu mengalami mual dan alahan yang teruk seperti morning sickness yang menyebabkan ibu bukan sahaja tidak berselera makan, malahan tidak mampu menelan air liur pun di fasa awal kehamilan.

Semasa di awal kehamilan, loya dan alahan mengandung boleh mempengaruhi tabiat makan ibu. Ada yang mungkin mengidamkan makanan tertentu dan sebilangannya pula yang lansung tidak mempunyai selera untuk makan. Sekiranya ini berlaku, ibu terdedah kepada risiko kekurangan zat yang akan menjejaskan kesihatan dan tumbesaran janin.

Ketika hamil, ibu harus mengambil pelbagai makanan bukan sahaja untuk memenuhi nutrien tubuhnya sendiri, malah juga pertumbuhan bayi yang sedang dikandung.

Ibu harus makan dan harus juga konsisten dengan pengambilan vitamin kerana semasa mengandung keperluan nutrisi juga bertambah, di mana diet daripada pemakanan seharian tidak lagi mampu mencukupkan apa yang tubuh ibu perlukan.

Tidak boleh tidak, kerana suplemen kehamilan bukan bertujuan untuk menggantikan kepelbagaian real food yang sepatutnya diambil oleh ibu setiap hari, tetapi ia sekadar untuk membantu memastikan tubuh ibu mendapat jumlah zat yang betul untuknya dan bayi yang bakal dilahirkan kelak.

Kepentingan suplemen tambahan semasa hamil

Multivitamin adalah gabungan daripada pelbagai jenis vitamin berbeza yang biasanya ditemui dalam makanan dan sumber semulajadi. Ia biasanya dilengkapi dengan zat besi yang juga boleh ditemui dalam makanan seperti daging merah yang mudah diserap oleh tubuh kita.

Dalam tubuh kita, zat besi akan menjadi sebahagian daripada hemoglobin dan myoglobin. Hemoglobin membawa oksigen melalui darah ke tisu dan organ-organ ke seluruh badan. Myoglobin pula membantu sel-sel otot menyimpan oksigen.

Multivitamin dan zat besi digunakan untuk menyediakan vitamin dan zat besi yang tidak dapat dipenuhi melalui makanan yang kita ambil seharian. Ia juga digunakan untuk menambah zat besi atau kekurangan vitamin yang disebabkan oleh penyakit, kehamilan, pemakanan yang kurang baik , gangguan pencernaan, dan banyak lagi keadaan lain.

Diet yang seimbang adalah sebahagian daripada asas kesihatan yang baik dalam kehidupan seharian kita. Semasa mengandung, apa yang dimakan oleh ibu adalah sumber utama nutrien untuk bayinya. Semakin besar usia kandungan, semakin banyak nutrien yang diperlukan.

Antara vitamin yang sering disebut dan menjadi perhatian ialah asid folik, obimin, calcium lactate dan neurogain yang terkenal pada kehamilan biasa. Ada juga di kalangan ibu yang mendapat pramilet, iberet folic dan tablet zat besi tambahan sebagai antenatal vitamin yang disyorkan oleh doktor.

Makan dengan cukup semasa mengandung bukan bermaksud ibu harus makan untuk dua orang, tetapi cukup dengan memastikan bahawa keperluan nutrisi dipenuhi seperti berikut :

  • 400 mikrogram (mcg) asid folik
  • 400 IU vitamin D
  • 200 hingga 300 miligram (mg) kalsium
  • 70 mg vitamin C
  • 3 mg thiamine
  • 2 mg riboflavin
  • 20 mg niasin
  • 6 mcg vitamin B12
  • 10 mg vitamin E
  • 15 mg zink
  • 17 mg besi
  • 150 mikrogram iodin

Produk multivitamin dan zat besi bertujuan untuk merawat atau mencegah kekurangan nutrisi disebabkan oleh pemakanan yang tidak seimbang, penyakit tertentu, atau memenuhi keperluan ibu semasa mengandung. Vitamin dan zat besi adalah blok binaan penting dalam badan dan membantu tubuh supaya sentiasa kekal dalam keadaan sihat.

Keperluan diet dan nutrien setiap wanita berbeza-beza, namun harus diingat bahawa diet yang padat dengan nutrien adalah faktor yang paling penting untuk ibu mendapatkan vitamin dan mineral yang mencukupi semasa mengandung, mengelakkan kecacatan pada tumbesaran janin, seterusnya akan memudahkan proses kelahiran juga.

1,672 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation