SAMBAL SARDIN SEDAP SAMPAI BEREBUT MAKAN ADIK-BERADIK

Harini kita share resepi lagi. Resepi warisan turun termurun daripada mama, yang kami adik beradik suka sangat dan selalu rindu nak makan.

Menu yang kami akan vote untuk makan sahur setiap kali tiba hari pertama puasa Ramadhan.

Menu yang selalu buat kami adik beradik berebut-rebut makan.

Menu yang buat nasi dalam periuk sampai takde kerak.

Menu yang kami akan pilih bila ada family trip atau vacation.

Menu yang adik-adik lelaki saya terer masak dekat umah mertua masing-masing.

Sambal Sardin Sedap dan Senang

Bahan-bahan :

  • 1 tin sardin bukan mackerel (saya guna ayam brand)
  • 1 labu bawang besar dikisar
  • 15 ulas cili padi dikisar (boleh tambah jika suka lebih pedas)
  • 1 keping asam gelugur
  • garam dan gula secukup rasa
  • (kesemua sukatan bahan adalah mengikut kesesuaian tekak masing-masing dan bolehlah digandakan mengikut jumlah hidangan)

PhotoGrid_1416546928335

Cara-cara :

1. Asingkan ikan sardin dan kuahnya ke dalam pinggan berasingan.

2. Gorengkan sardin yang telah dikeluarkan terlebih dahulu sehingga separa garing dan ketepikan. Kalau nak garing sampai krup krup pun boleh, tapi saya tak berapa suka nanti hilang rasa ikan sardin. (Pastikan minyak tidak terlalu banyak kerana ia akan digunakan semula untuk menumis sambal nanti)

3. Dengan menggunakan baki minyak yang sama, tumiskan bahan kisar (bawang besar dan cili api) sehingga berbau wangi.

4. Masukkan kuah sardin yang telah diasingkan tadi ke dalam kuali tumisan, campak sekeping asam gelugur dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. (asam gelugur ni asam kepinglah :))

5. Masak kuah sehingga agak kering dan terbit minyak dan bolehlah tutupkan api.

6. Siramkan kuah sambal yang telah siap ke atas ikan sardin goreng yang telah sedia menunggu di dalam pinggan.

7. Siap!

menu sardin sambal yang super sedap dan senang dimasak

menu sardin sambal yang super sedap dan senang dimasak

 

 

 

 

 

 

 

Sangat sedap dimakan bersama nasi panas-panas atau roti.

Berapa kali dah saya bawak sambal sardin ni ke ofis bila tekak rasa teringin nak makan. Dan setiap kali bawak, setiap kali itu jugalah diminta resepi.

Berapa kali dah saya dah share resepi ni dengan kawan-kawan and ada yang siap request video pulak. hehehe.. comel tau korang-korang ni.

Yang tak tahan tu, semua adik beradik lelaki saya yang dah kawin, bawak resepi ni masuk ke rumah mertua masing-masing jugak. Siap claim tu resepi bujang diorang pulak.

Kepada yang nak rasa kelainan masakan sardin, bolehlah try test, manatau boleh buat suami makin sayang ke. hahahaha..

Selamat menchoobaaaa!!!

38,475 total views, 1 views today

3 Thoughts on “SAMBAL SARDIN SEDAP SAMPAI BEREBUT MAKAN ADIK-BERADIK

  1. Pingback: Resepi bujang yang sedap dan senang | Nasuha Vita Life

  2. 1 labu bawang besar tu , bawang apa kak? bawang holland ke

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation