RISIKO KOLESTEROL

Kolesterol adalah komponen lemak yang terdapat pada pembuluh darah dalam tubuh manusia. Kolesterol berfungsi sebagai sumber tenaga, membentuk dinding sel-sel tubuh, sebagai bahan asas pembentukan hormon steroid.
 

Kolesterol dalam tubuh manusia terbahagi kepada 2 jenis iaitu Kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan Kolesterol HDL (kolesterol baik). Bila keduanya tidak seimbang atau Kolesterol LDL lebih tinggi, ia akan menimbulkan penempelan di dinding pembuluh darah.

Penempelan di pembuluh darah yang berlebihan akan menyebabkan penyempitan pada pembuluh darah sehingga aliran darah menjadi tidak lancar.

Kebiasaannya Kolesterol mula menyerang pada usia 50 tahun ke atas. 
Namun berdasarkan penelitian pada tahun 2004 , sekitar 9.3% terjadi pada usia muda dari 25-34 tahun. Untuk mengurangkan risiko terjadi seperti itu, adalah sangat digalakkan untuk selalu memeriksa kadar kolesterol dari usia 20 tahun ke atas, agar dapat mengurangkan risiko terkena penyakit kolesterol yang akhirnya akan menyebabkan penyakit jantung.

Kolesterol Tinggi disebabkan oleh makanan-makanan seperti : daging beburung, gula tambahan, kentang putar, pizza, produk tenusu, pai, kuih muih tradisional dan popcorn.


 

















Sedangkan Penyebab dan Faktor Risiko Kolesterol Tinggi berpunca dari sejarah
keluarga, gaya hidup serta pengambilan makanan yang tidak sihat, seperti berikut:

  1. Pola makan yang salah, tidak seimbang, sering mengambil daging merah, beburung, telur, keju, dan lain-lain.
  2. Berat badan yang berlebihan/Obesiti. Obesiti akan meningkatkan kadar trigliserida dan menurunkan kadar HDL(kolesterol baik).
  3. Kurang beraktiviti/bersenam/bersukan. Kurangnya beraktiviti akan meningkatkan LDL dan membuat HDL semakin sedikit
  4. Usia dan jantina, usia 20 tahun ke atas memiliki kecenderungan peningkatan kadar kolesterol
  5. Kesihatan keseluruhan, penyakit diabetes atau hiperteroid akan meningkatkan kadar kolesterol
  6. Sejarah keluarga, faktor keturunan berperan dalam terbentuknya kolesterol jahat.
  7. Merokok. Merokok memang sangat berbahaya selain akan merosakkan paru-paru , merokok juga dapat menurunkan kadar kolesterol baik di dalam tubuh

Gejala Kolesterol Tinggi yang perlu diawasi adalah :

  1. Sering berasa sakit/pening di bahagian belakang kepala
  2. Tengkuk dan pundakkebas
  3. Sering kebas di tangan dan kaki
  4. Sering kesemutan di tangan dan kaki
  5. Dada sebelah kiri terasa seperti ditusuk 


1,117 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation